Home Artis Korea 9 Kdrama dan Filem Terbaik Lakonan Lee Sun Kyun, Pasti Kekal Terpahat...

9 Kdrama dan Filem Terbaik Lakonan Lee Sun Kyun, Pasti Kekal Terpahat Dihati

0

Lee Sun Kyun yang terkenal dengan filem pemenang Oscar, PARASITE ini dilaporkan meninggal dunia disyaki bunuh diri di dalam dalam keretanya pada Rabu, 27 Disember 2023.

Para peminat setia drama dan filem Korea Selatan pastinya merasa terkejut dengan berita duka dan memilukan apabila Lee Sun Kyun menamatkan riwayatnya dengan tragis!

TERKINI! Suspek Yang Memeras Ugut Mendiang Lee Sun Kyun Telah Ditahan dan Disyaki Menggunakan Helah Keji Untuk Memeras Ugut

Sebelum terpalit dengan kes penyalahgunaan dadah, Lee Sun Kyun memang dikenali sebagai salah seorang pelakon lelaki paling berbakat dengan membintangi banyak filem dan juga drama popular.

Kini hanya tinggal kenangan, berikut ini adalah beberapa buah filem dan drama Korea yang dibintangi pelakon ini dan lakonan hebatnya dalam karya-karya ini pasti kekal terpahat dalam hati para peminat mendiang.

Baca juga: Kenali Mendiang Lee Sun Kyun, Pelakon Bersuara “Husky”, Yang Membunuh Diri Pada 27 Disember 2023

SLEEP

Lee sun kyunFilem SLEEP yang dibintanginya bersama Jung Yu Mi merupakan filem terakhir yang dibintangi oleh Lee Sun Kyun sebelum terpalit dengan kes dadah dan meninggal dunia.

 

PAYBACK: MONEY AND POWER

dbb132f3 1eec 4552 8c5d 5102e5832211Sebelum keluar dari projek drama No Way Out, Lee Sun Kyun sudah menyelesaikan drama terakhirnya yang sudah ditayangkan pada awal tahun ini iaitu PAYBACK: MONEY AND POWER.

 

MY AHJUSSI/ MY MISTER

64d60235 f0d5 4017 9dcc 4b055ddab4acSebagai salah seorang pelakon lelaki berbakat, Lee Sun Kyun juga membintangi beberapa buah drama popular seperti MY AHJUSSI, drama yang dibintanginya bersama IU.

 

PARASITE

74859fd9 56a6 41ff 9b67 abed4d2e4d37Salah sebuah filem lakonannya yang paling popular hingga dikenali di seluruh dunia adalah PARASITE, filem yang berjaya menggondol anugerah Oscar pada tahun 2020.

 

DIARY OF A PROSECUTOR

56327c8b e3c7 406e 9152 58e9e45784beJangan dilupakan lakonan hebat Lee Sun-kyun sebagai pendakwa raya bernama Lee Sun Woong dalam drama DIARY OF A PROSECUTOR.

TERKINI! Pendedahan Terbaru Susulan Kes Kematian Lee Sun Kyun, Mengejutkan dan Mengecewakan

JO PIL HO: THE DAWNING RAGE

2a7ccfb2 932c 4256 b4dc faec733c2d9aWataknya sebagai pendakwa raya dan juga anggota polis seakan-akan sudah menjadi makanan bagi Lee Sun-kyun. Salah satu drama genre jenayah lakonannya yang paling membekas di ingatan para peminat adalah JO PIL HO: THE DAWNING RAGE.

 

COFFEE PRINCE

ea5bfcfa d587 41e7 b729 4347e31cd166Para peminat drama Korea pastinya tidak akan melupalam penampilan Lee Sun-kyun dalam drama popular, COFFEE PRINCE yang ditayangkan pada tahun 2007.

 

PASTA

48163eb5 1670 48da 938c f15bd3a52ef4Drama menarik yang merupakan permulaan kejayaan Lee Sun-kyun adalah PASTA. Bergandingan dengan Gong Hyo Jin, keserasian mereka berdua berjaya menarik perhatian para penonton hingga mereka memenangi anugerah Best Couple Award di MBC Awards 2010.

 

A HARD DAY

981fbe27 8ee2 435b 8fd0 5958167105bcAntara filem paling menarik dari mendiang Lee Sun-kyun adalah A HARD DAY yang berjaya membuatkan Lee Sun-kyun membawa pulang anugerah Baeksang 2015 untuk kategori Best Actor kerana lakonannya yang sangat berkesan sebagai detektif Ko Gun Soo.

Bergelar seorang bintang terkenal di Korea Selatan bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Segala cahaya gilang gemilang dan populariti akan hancur sekelip mata sekiranya nama tercemar dengan perkara-perkara negatif.

Jika anda mempunyai masalah dan memerlukan sokongan moral, pastikan anda mencari tempat untuk bergantung dan meluahkan perasaan. Di Malaysia, anda boleh menghubungi Befrienders di talian 03-76272929 untuk membantu anda menenangkan fikiran dan meminta khidmat nasihat jika anda sudah tidak ada tempat lagi untuk dituju.

Baca lagi: Pelakon Lee Sun Kyun ditemui mati kerana membunuh diri
Baca juga: Polis Keluar Kenyataan Hasil Siasatan Awal Lee Sun Kyun, Negatif Dadah?