Home Artis Korea 14 Artis Korea Paling Laris Pada Tahun 2023

14 Artis Korea Paling Laris Pada Tahun 2023

0

Tahun 2023 merupakan tahun yang membawa keuntungan bagi beberapa orang artis Korea. Kebanyakan mereka mendapat populariti gilang gemilang selepas bekerja keras membina kerjaya selama ini.

Hasil dari jerih perih tersebut, deretan artis Korea ini mendapat banyak tawaran untuk berlakon dalam drama, filem, dan juga untuk menyertai pelbagai program hiburan.

Siapakah artis Korea paling sibuk pada tahun 2023 yang membintangi drama Korea? Jom sama-sama kita lihat senarai artis di bawah ini!

 

6e8ad456 c9d5 41f7 b9f7 5449273e4bc31. Populariti makin meningkat selepas membintangi drama siri Moving, Go Yoon Jung juga muncul dalam drama Death’s Notes. Antara bintang yang paling laris!

 

baf00f28 9261 4a3a b114 984a4a274bf32. Sebelum menyertai latihan wajib ketenteraan, Lee Do Hyun telah bersetuju untuk mengambil banyak projek drama. Bermula dari The Good Bad Mother hingga ke Death’s Notes juga!

 

639873fa ce33 44b2 96a7 c680585eb47e3. Park Gyu Young juga nampaknya tidak mahu berehat dan memperlahankan karier pada tahun 2023 ini. Dia berlakon dalam Sweet Home, Celebrity, dan juga A Good Day to Be a Dog

 

4206cc3b 2ad0 4a98 bb95 e946c2a8736f4. Artis Korea paling sibuk pada tahun 2023 seterusnya adalah Lim Ji Yeon. Selesai membintangi The Glory, dia terus berlakon dalam dua drama lain dalam waktu yang berdekatan!

 

20a81e5d bf12 4a96 9f3c 72e27477bb375. Selepas mempersembahkan lakonan mantap dalam See You in My 19th Life, Shin Hye Sun membintangi Welcome to Samdal-ri pada akhir tahun 2023. Hebat!

 

c0abaaa7 6803 4efd 8f45 b3462ecb1e446. Seolah-olah tiada hentinya, artis Korea paling sibuk pada tahun 2023 adalah Lee Chung Ah. Selepas membintangi Celebrity, artis ini terus membuat kemunculan sebagai cameo dalam My Dearest

 

116eeae4 f56c 45cd b07c 5cfe08425b027. Ahn Eun Jin memulakan tahun 2023 dengan berlakon dalam The Good Bad Mother. Lalu, menutup tahun ini dengan membawa watak dalam My Dearest

 

b5c8fa74 00f3 41d6 bd9d ee29fe66f6e0

8. Artis Korea paling sibuk pada tahun 2023 seterusnya adalah Choi Hyun Wook. Membintangi D.P 2, Twinkling Watermelon, dan juga High Cookie

 

Artis korea9. Selepas berlakon dalam Taxi Driver 2, Pyo Ye Jin terlibat pula dengan dua drama lain iaitu Our Blooming Youth dan Moon in the Day

 

e823db1f 0603 4e60 978b b7378791ad4910. Artis Korea paling sibuk pada tahun 2023 ini jangan dilupakan pula! Rowoon berlakon dalam Destined With You dan The Matchmakers!

Baca juga: 19 Artis Korea Mendirikan Rumah Tangga Pada 2023, Ada Kecundang Di Tengah Jalan

f7a67120 6d7a 4559 9869 64d3e1993eb211. Baru sahaja melangsungkan perkahwinan, Kim Dong Wook juga sangat sibuk pada tahun ini. Dia berlakon dalam My Perfect Stranger dan Delightfully Deceitful yang membawa genre thriller

 

23b0004a e96a 4daf 8ae5 d8284d4a74b012. Han Hyo Joo juga termasuk dalam senarai artis Korea paling sibuk pada tahun 2023. Selain berlakon dalam Moving, dia juga terlibat dalam projek filem dan menjadi bintang undangan dalam reality show

 

eb8b85b4 2daf 4cc2 9e64 6693fabe0ecd13. Tidak mahu kalah dengan Han Hyo Joo, Jo In Sung berlakon dalam filem box office Korea selepas membintanti Moving. Tambahan pula, dia turut menjadi bintang dalam reality show

 

IMG 7963

14. Ji Chang Wook juga termasuk dalam senarai artis Korea paling sibuk dan laris pada tahun 2023. Selain berlakon dalam drama siri The Worst of Evil, terbaru dia juga membintangi dalam drama Welcome to Samdalri.

Demikian sahaja 14 artis Korea yang paling sibuk pada tahun 2023 ini. Oleh kerana populariti mereka, mereka mendapat banyak tawaran untuk projek filem dan drama. Murah rezeki, ada di antara mereka ada yang berjaya berlakon dalam tiga buah drama dalam setahun. Hebat!

Baca lagi: Daesang SBS 2023 Award, Menjadi Rebutan 4 Pelakon Ternama Ini
Baca juga: 4 Kdrama Thriller Ini Meraih Banyak Anugerah, Misteri dan Jenayah Silih Berganti