Home Artis Korea Daesang SBS 2023 Award, Menjadi Rebutan 4 Pelakon Ternama Ini

Daesang SBS 2023 Award, Menjadi Rebutan 4 Pelakon Ternama Ini

0

Pada 27 Disember, SBS mengumumkan empat calon Daesang untuk majlis anugerah tahunannya yang akan datang!

IMG 7959

Anugerah Drama SBS 2023 mempersembahkan beberapa pelakon terkenal seperti Kim Tae Ri, Lee Je Hoon, Kim Rae Woon dan Han Suk Kyu kerana drama lakonan mereka menerima rating drama tertinggi pada 2023 ini.

Empat calon utama tersebut yang tercalon memenangi Daesang terdiri daripada Lee Je Hoon, Kim Tae Ri, Kim Rae Won dan Han Suk Kyu akan menghadiri Anugerah Drama SBS 2023 pada hari Jumaat, 29 Disember 2023.

Sbs

Walaupun SBS telah mengukuhkan statusnya sebagai saluran drama wakil utama dengan mempersembahkan beberapa drama hit tahun ini. Ini adalah kali pertama terdapat minat yang begitu besar dalam pencalonan Daesang di Anugerah Drama SBS 2023.

Atas sebab ini, Anugerah Drama SBS 2023 mendedahkan empat calon pemenang Daesang yang akan menghiasi malam Jumaat yang indah itu. Lee Je Hoon untuk drama Driver Taxi 2, Han Suk Kyu untuk drama Dr. Romantic 3. Manakala Kim Tae Ri untuk Revenant dan Kim Rae Won untuk drama The First Responders.

LEE JE HOON

IMG 7956

Lee Je Hoon yang membintangi drama Taxi Driver 2 dengan meraih rating penonton tertinggi 2023 melebihi 20% rating dianggap calon terkuat untuk memenangi Daesang di  Anugerah Drama SBS 2023. Dia mempamerkan beberapa lakonan dalam watak sekunder untuk musim kedua dan membuktikan bahawa terdapat pelakon muda yang lebih baik daripada pelakon lebih berpengalaman melalui spektrum lakonan yang lucu dan serius.

Selain itu, beliau menunjukkan kepimpinan luar biasa meliputi  keluarga “Rainbow Taxi” sekaligus membuatkan penonton begitu teruja untuk musim ketiga siri ini.

Baca juga: “Taxi Driver 3” Kini Dalam Proses Perbincangan

HAN SUK KYU

IMG 7954

Han Suk Kyu daripada Dr. Romantic 3  berjaya menamatkan musim 3 dan diiktiraf sebagai drama bermusim SBS yang sentiasa mengekalkan rating dan momentomnya di tengah-tengah drama. Kehadiran musim 3 memperluaskan pandangan dunia Hospital Doldam hingga ke Pusat Trauma Doldam. Musim 3 dianggap mampu menarik simpati penonton dan tidak mengubah nilai yang sedia ada.

Khususnya, Han Suk Kyu menerima ulasan yang baik kerana menggambarkan dengan teliti sisi kuat dan karisma Kim Sabu melalui kemahiran lakonan yang cemerlang dan membuatkan anda tidak dapat mengalihkan pandangan anda darinya, auranya begitu kuat dan memukau!

Baca juga: 12 Watak Doktor Dalam Dr Romantic 3

KIM TAE RI

IMG 7951

Manakala Kim Tae Ri mempamerkan kemahiran lakonannya yang mengagumkan dalam drama siri horror thriller dan misteri, Revenant telah menarik perhatian global walaupun sebelum permulaan pertemuan dengan penulis Kim Eun Hee.

Kim Tae Ri memikat penonton dengan lakonan sempurna dan menggambarkan peranan sukarnya sebagai manusia yang dirasuk oleh roh jahat. Dia juga sebagai gadis manusia biasa yang bergelut, dan berjuang untuk merungkai hal-hal ghaib yang terjadi kepadanya dan orang disekelilingnya.

Lakonan hebat Kim Tae Ri mendapat pujian pengkritik dan orang ramai, Revenant  mencatatkan purata rating penonton melebihi 10%.

Baca juga: 5 Fakta Roh Jahat Dalam “Revenant”, Sudah Bunuh Ramai Mangsa!

KIM RAE WON

IMG 7949

Akhirnya, menyempurnakan senarai calon Daesang tahun ini ialah Kim Rae Won, yang menerima pujian istimewa kerana kebolehannya mengeluarkan adegan aksi yang realistik dalam “The First Responders”.

Kim Rae Won memainkan peranan sebagai detektif yang menangkap penjenayah dengan pemahaman yang mendalam tentang tempat kejadian dan perihal laku psikologi penjenayah.

Baca juga: The First Responders 2: Penuh Kejutan, Bakal ada Musim 3?

Pada Anugerah Drama SBS 2022, antara calon utama, Kim Nam Gil berjaya mendapat anugerah itu berkat peranannya dalam “Those Who Read the Hearts of Evil”.

IMG 7948

Anugerah Drama SBS 2023 akan disiarkan pada 29 Disember jam 8:40 malam KST. Jangan lupa saksikan ya!

Sumber: Naver, Theqoo, Soompi

Baca lagi: 4 Kdrama Thriller Ini Meraih Banyak Anugerah, Misteri dan Jenayah Silih Berganti
Baca juga: 9 Kdrama dan Filem Terbaik Lakonan Lee Sun Kyun, Pasti Kekal Terpahat Dihati