Home Entertainment 12 Watak Doktor Dalam Dr Romantic 3

12 Watak Doktor Dalam Dr Romantic 3

0

Setelah berjaya dengan dua musim, drama siri popular Dr. Romantic kembali dengan musim ketiganya iaitu Dr. Romantic 3 (2023), masih lagi menampilkan tentang kehidupan Doktor Kim Sabu di Hospital Doldam.

Drama siri ini turut menampilkan wajah-wajah lama dan baru seperti Han Suk Kyu, Ahn Hyo Seop, dan Lee Sung Kyung sebagai watak utamanya. Ketiga-tiga mereka merupakan doktor di Hospital Doldam.

Selain Kim Sabu, drama siri Dr. Romantic 3 (2023) menampilkan lebih ramai watak doktor baru sehinggakan kepada doktor pakar. Pesona mereka memikat, berikut ini adalah 12 watak doktor yang terdapat dalam drama Dr. Romantic 3 (2023).

Siapakah doktor kegemaran anda? Jom sama-sama kita lihat senarai di bawah ini:

a136b693 8a11 4d3f b8f3 8211fa9f1d44
1. Cukup ikonik, Han Suk Kyu membawa watak sebagai Kim Sabu iaitu seorang doktor yang mempunyau 3 kepakaran iaitu pembedahan am, pembedahan jantung, dan pembedahan saraf

cdf2d793 16f4 4636 b0a5 5e54895aa2d4
2. Kembali tampil pada musim ketiga ini, Ahn Hyo Seop membawa watak sebagai Seo Woo Jin iaitu doktor bedah am

d48624ef 605a 4c16 8165 4b8f2ca06c64
3. Kini telah menjadi buah hati Seo Woo Jin (Ahn Hyo Seop), Lee Sung Kyung membawa watak sebagai Cha Eun Jae iaitu seorang doktor bedah jantung

057b28df 1227 41e8 bf44 f58712b8041c
4. Kim Joo Hun melakonkan karakter Park Min Gook iaitu seorang pakar bedah am yang kini menjadi pengarah di Hospital Doldam

aa3a206d 0ccf 4734 b652 5cc52677cae0
5. Pelakon lelaki tampan Byun Woo Min membawa watak sebagai Nam Do Il, iaitu seorang doktor bius yang selalu membantu Kim Sabu dalam setiap pembedahan yang dilakukannya

678b1e42 5579 4614 8ae3 654ffaa69663
6. Shin Dong Wook melakonkan karakter Bae Moon Jeong. Dia adalah doktor pakar bedah ortopedik

3f2520ca 39c2 40b6 8898 08d2ba629f6e
7. Karakter doktor Jeong In Soo dilakonkan oleh pelakon lelaki Yoon Na Noo. Dia merupakan doktor pakar dalam perubatan kecemasan (emergency medicine)

752da5bc 7a99 43eb 99ad 2955d44c102c
8. Pelakon kecil molek So Joo Yeon membawa watak sebagai Yoon Ah Reum. Dia juga adalah doktor bahagian perubatan kecemasan (emergency medicine)

15481a2c 1e55 4d27 8b5d 039fbcd41b19
9. Kembali bekerja di Hospital Doldam, Go Sang Ho sebagai Yang Ho Joon iaitu seorang doktor bedah am

82839992 d446 45da b144 7094abe9360c
10. Suka menghilang dan tidak bertanggungjawab, Lee Shin Young membawa watak sebagai Jang Dong Hwa, iaitu seorang doktor bedah am dan doktor termuda di Hospital Doldam

5f13eae2 30aa 409a bb22 b86cf8fc8d60
11. Lee Hong Nae membawa watak sebagai Lee Sun Woong, dia adalah doktor pembedahan toraks. Dia merupakan bekas doktor ketenteraan

2a82ceca 8251 421b 8f3f 2114b4e18d23
12. Merupakan watak baru, pelakon lelaki senior Lee Geung Young membawa watak sebagai Cha Jin Man, iaitu seorang doktor pakar bedah toraks. Dia adalah musuh Kim Sabu sejak zaman belajar lagi

Di antara dua belas watak doktor di atas, doktor yang mana satukah menjadi kegemaran anda?

Baca Lagi: 5 Fakta Peribadi Min Woo Hyuk Atau Dr Roy

Baca Juga: Antara Dr Romantic 3 & Dr Cha, Yang Mana Pilihan Anda?