Home Entertainment 6 Pelakon Korea Dengan Projek Paling Banyak Tahun 2023

6 Pelakon Korea Dengan Projek Paling Banyak Tahun 2023

0

Siapakah pelakon yang mempunyai projek paling banyak tahun 2023 ini?

Beberapa nama besar dalam industri lakonan di Korea Selatan telah ditawarkan lebih dari lima projek terbaru. Selain drama siri, mereka juga membintangi filem Hollywood hingga ke variety show yang memang sangat hype waktu ini. Anda pasti sudah tidak asing lagi dengan nama pelakon-pelakon popular ini.

Berikut adalah 6 orang pelakon yang berjaya mendapatkan watak utama dalam drama siri Korea 2023 yang membintangi lebih daripada lima projek terbaru. Dari tahun ke tahun populariti mereka semakin megah. Pastikan kamu tidak ketinggalan untuk menyaksikan penampilan mereka!

 

d2b7a0d7 88f5 4336 90b4 e0b17537fbcc
1. Jang Dong Yoon
Tahun 2023 tampaknya menjadi tahun yang memang sibuk buat bintang Oasis (2023), Jang Dong Yoon. Pelakon lelaki top yang melakonkan watak Lee Doo Hak ini juga membintangi lima drama dan tiga filem Korea dalam tahun ini sahaja.

Selepas selesai penggambaran filem Project Wolf Hunting yang ditayangkan di OTT pada 29 April lalu, Jang Dong Yoon akan membintangi My Man Is Cupid, Daily Dose of Sunshine, The Sand Flower, dan juga The Fairy and the Bald Idol. Penampilannya dalam filem Long D dan After juga sangat dinanti-nantikan.

2579c818 257b 4b4d 915b 75bb313c8088
2. Esom
Drama siri Korea Black Knight yang ditayangkan pada 12 Mei 2023 yang akan datang di Netflix. Menampilkan Esom sebagai watak utama. Setelah itu, pelakon wanita yang nama asalnya adalah Lee So Young ini juga telah menerima tawaran untuk drama siri romantik terbaru yang bertajuk LTNS.

Selepas selesai dengan dua drama siri tersebut, kita akan kembali menyaksikan penampilan hebat Esom dalam filem Possession, Single in Seoul, dan juga Starlight Is Falling. Sementara itu, sejak awal tahun 2023, Esom telah mencuri perhatian dengan penampilannya dalam filem Phantom dan Kill Boksoon.

fee7c1fc 97b9 42ee a95b b4fe9e0bee04
3. Lee Je Hoon
Pastu ramai yang masih mengingati watak Kim Do Gi dalam Taxi Driver 2. Lee Je Hoon, melakonkan watak tersebut dengan begitu baik sekali dan kini namanya sedang menjulang-julang tinggi. Dia turut menerima banyak tawaran drama dan filem Korea hingga akhir tahun 2023.

Selepas Taxi Driver 2, kita akan kembali menyaksikan Lee Je Hoon dalam Chief Inspector 1963, Big Bet 2, dan juga Taxi Driver 3 yang rasmi akan menjalankan penggambaran dalam waktu terdekat ini. Selain itu, Lee Je Hoon bakal tampil dalam filem Noryang: The Sea of Death, Moral Hazard, dan juga Escape.

9ad70681 1235 4b8a a7da 1705e1ac93b8
4. Park Seo Joon
Pelakon lelaki Korea Park Seo Joon yang mengejutkan netizen sejak namanya tersenarai dalam barisan pelakon The Marvels (2023) juga sangat sibuk dengan banyak projek besar pada tahun 2023. Salah satu daripadanya adalah Gyeongseong Creature 1&2 yang memang dinanti-nantikan para peminat.

Sementara itu Concrete Utopia telah mengubah jadual tayangan, filemnya yang bertajuk Dream sudah rasmi ditayangkan bermula 26 April 2023. Selain drama dan filem Korea, Park Seo Joon juga sibuk dengan variety show barunya iaitu Jinny’s Kitchen.

b877cde6 3515 4548 a069 5fb870dcd0e8
5. Yeom Hye Ran
Penampilan Yeom Hye Ran dalam The Glory (2022–2023) mendapat banyak pujian. Terdapat enam drama dan filem yang dibintangi olehnya dalam setahun. Selepas selesai The Glory Part 2, drama Mask Girl, The Uncanny Counter Musim 2, dan When the Day Breaks akan ditayangkan.

Bukan itu sahaja, Yeom Hye Ran juga dipilih untuk menjadi watak penting dalam filem Citizen of A Kind. Sebelum itu, pada awal tahun 2023 pelakon ini juga sudah membintangi filem Ungnami.

27aa1d15 b415 4c63 adb5 d24ab3b3926d
6. Lee Dong Wook
Siapa yang tertunggu-tunggu Tale of the Nine Tailed 1938? Prekuel drama Tale of the Nine Tailed (2020) yang dibintangi oleh Lee Dong Wook itu akan ditayangkan pada 6 Mei 2023. Pelakon kacak ini juga akan kembali dalam musim ketiga drama siri ini yang akan menjalani penggambaran pada tahun ini juga.

Lee Dong Wook masih mempunyai beberapa drama siri dan filem lain yang bakal ditayangkan tahun ini. Antaranya adalah filem Single in Seoul dan Harbin, selain itu adalah drama siri The Killer’s Shopping Mall dan The Good Man.

Kita sedang menghampiri pertengahan tahun 2023, enam pelakon berbakat ini mempunyai banyak projek terbaru dan pastinya mereka sangat sibuk dengan jadual penggambaran dah promosi. Nantikan cerita-cerita terbaru dari mereka!

Baca Lagi: 9 ”First Look” Kdrama “Tale Of The Nine Tailed 1938”, Tayang 6 May Ini

Baca Juga: 12 Watak Doktor Dalam Dr Romantic 3