Home Entertainment “The Real Has Come” Kdrama Dengan Rating Tertinggi

“The Real Has Come” Kdrama Dengan Rating Tertinggi

0

Salah satu drama bersiri Korea dari KBS 2TV “The Real Has Come” yang telah ditayangkan sejak 16 April lalu juga turut menjadi bualan hangat terkini apabila ia mencapai penarafan penonton tertinggi untuk episod kedua belasnya.

Menurut Nielsen Korea, penyiaran terbaru drama percintaan yang dibintangi oleh Ahn Jae Hyun dan Baek Jin Hee mendapat rating purata di seluruh negara sebanyak 21.7 peratus, menjadikannya program yang paling banyak ditonton disiarkan pada hari Ahad—dan mencatat rekod peribadi baharu untuk rancangan itu.

IMG 4786

SINOPSIS “THE REAL HAS COME”

Drama KBS ini dibintangi oleh Baek Jin Hee, Ahn Jae Hyun, Cha Joo Young, dan Jung Eui Jae.

IMG 4791

Oh Yeon Doo ialah pensyarah dalam talian yang optimistik yang mengajar bahasa Korea. Selepas melalui banyak kepayahan, dia akhirnya mendapat rumah dan kerjaya yang stabil yang membolehkan dia membuat persediaan untuk berkahwin.

Namun, dilema baru menjadi ibu tunggal berlaku. Ketika itulah dia berjumpa doktornya, Gong Tae Kyung. Walaupun dia memilih untuk menjadi penganut misogamis, seorang lelaki yang ingin mengelakkan perkahwinan dan seorang wanita yang sanggup melahirkan bayi tanpa bapa memulakan hubungan.

Namun, hal itu tidak sesederhana yang mereka pikirkan, kerana mereka harus menghadapi berbagai rintangan dari keluarga dan bekas kekasih mereka. Oleh itu, percintaan kontrak bermula dengan bayi sebagai cagaran. Adakah pembohongan kurang ajar mereka mampu memperbodohkan keluarga mereka hingga ke akhirnya?

7 Sebab Untuk Menonton K-Drama “The Real Has Come!”

1. Kembalinya pelakon utama setelah lama menyepikan diri

62758dd4 ec7d 4f81 8086 f0dfbddc69a1

Penggemar tentu tak sabar melihat Ahn Jae Hyun kembali ke layar kaca. Sejak membintangi Love with Flaws (2019), pelakon kacak ini terus menyepikan diri.

Namun kini, para peminat dapat melepaskan rindu dengan menikmati lakonan hebat Ahn Jae Hyun sebagai doktor kacak dalam drama romantis komedi “The Real Has Come”.

2. Jalan cerita tidak membosankan walaupun episodnya panjang

IMG 4790

Jumlah episod untuk setiap drama sering kali menjadi pertimbangan utama bagi penonton drama Korea. Para penonton lebih cenderung menonton drama dengan episod yang tidak terlalu panjang seperti 16-20 episod sahaja.

Kali ini, peminat drama Korea harus cuba untuk pertimbangkan “The Real Has Come”, walaupun drama ini mempunyai 50 episod dengan durasi kurang dari 60 minit setiap episod.

Ini kerana dari episod awal lagi, para penonton pasti terpikat dan merasa tidak ingin berhenti dari menontonnya.

3. Banyak mesej positif yang tersirat

IMG 4788

Fokus cerita yang diangkat dalam The Real Has Come (2023) ini ialah tentang kehidupan seorang ibu tunggal bernama Oh Yeon Doo (Baek Jin Hee). Penonton disajikan dengan kisah lika-liku pahit getir manis yang dia harus hadapi selama mengandungkan bayi tanpa bapanya.

Banyak pula kisah kehidupannya yang relate dengan kehidupan sebenar. Mulai dari kepayahan yang dilalui sehingga pandangan serong masyarakat terhadap ibu tunggal, sememangnya cukup memberi kesan dan cukup rencah dalam drama ini. Walaupun ia bergenre romantis, tetapi kisahnya jauh dari adegan-adegan romantis yang kurang digemari sesetengah penonton.

4. Kisah romantis yang penuh plot twist

IMG 4795

Drama bertema pasangan yang berpura-pura menjalinkan hubungan sememangnya agak klise. Walaupun membawa tema sama, The Real Has Come memiliki daya tarikan dari segi penyampaian plot. Terdapat banyak kejadian yang tidak dijangka dan mengejutkan.

Pertemuan Oh Yeon Doo dan Gong Tae Kyung (Ahn Jae Hyun) mungkin terlihat klise pada awalnya. Namun, perkembangan kisahnya sangat menarik dan sesuatu yang jarang dapat kita saksikan di drama-drama lain dalam tema yang sama.

5. Lakonan mantap dari watak antagonis

IMG 4793

The Real Has Come (2023) menceritakan kisah romantis ibu tunggal bernama Oh Yeon Doo dengan Gong Tae Kyung, seorang doktor pakar obstetrik dan ginekologi (obgyn). Sebelumnya, mereka sama-sama mempunyai kisah masa lalu yang belum selesai.

Selain watak bekas kekasih Oh Yeon Doo, iaitu Kim Jun Ha (Jung Eui Jae), watak yang dilakonkan oleh Jang Se Jin (Cha Joo Young) juga kerap menjadi scene stealer. Dua karakter ini benar-benar membuatkan penonton rasa menyampah, sakit hati dan menguji kesabaran!

6. Keluarga yang unik dan erat

IMG 4800

Keluarga Oh Yeon Doo mungkin terlihat biasa sahaja dari luaran, tetapi mereka telah terbukti memiliki beberapa karakteristik dan kebiasaan yang unik. Setiap anggota keluarga memancarkan keperibadian yang bersemangat yang membuat penonton ingin terus mengikuti drama ini.

7. Chemistry Antar Pemeran Utama

IMG 4787

Oh Yeon Doo dan Gong Tae Kyung diperlihatkan memiliki hubungan yang cukup menarik. Meskipun mereka bersubahat bersama untuk membentuk hubungan palsu, mereka menunjukkan bahawa pasti akan memerlukan masa sebelum mereka berada di landasan yang sama.

Hal ini menimbulkan kegembiraan dari para peminat drama ini tentang bagaimana kisah mereka akan berkembang. Semakin jauh episod, kedua-dua pasangan palsu ini telah menunjukkan chemistry yang manis dan indah.

IMG 4798

Dilihat dari segi plot sehingga ke barisan pelakon yang hebat-hebat, The Real Has Come pasti layak menjadi tontonan santai setiap peminat drama Korea. Walaupun durasinya cukup panjang, jalan ceritanya tetap menarik dan jauh dari kata membosankan!

Dengan episode yang sudah tayang sejauh ini, The Real Has Come terbukti cukup menghibur dan layak untuk ditonton.

Baca Lagi: 10 Konflik Gong Tae Kyung Dalam “The Real Has Come”

Baca Juga: 10 Kdrama Baharu Yang Akan Ditayangkan Mei 2023