Home Entertainment 5 Filem dan Drama Terbaru Di Viu Mei Ini

5 Filem dan Drama Terbaru Di Viu Mei Ini

0

Korang dah tak tahu nak tengok drama atau filem apa lagi bulan ini? Jangan bimbang pada bulan Mei ini , Viu membawakan 5 drama dan filem terbaru untuk korang semua.

Jom kita tengok apa yang Viu bawakan khas untuk korang semua.

Project Wolf Hunting

daebaking.co 5 filem dan drama terbaik
Filem yang bergenre Thriller ini merupakan salah satu filem yang sangat popular di Korea Selatan kerana jalan ceritanya yang menarik.

Filem ini juga telah di undang ke Festival Film International Toronto 2022 dan telah mendapat anugerah di Sitges International Fantastic Film Festival. Bukan calang calang  filem ini korang.

daebaking

Filem ini juga dibarisi pelakon handalan Korea Selantan antaranya :

  • Jang Dong Yoon sebagai Lee Do Il
  • Seo In Guk sebagai Park Jog Du
  • Park Ho San sebagai Lee Seok Woo
  • Jung So Min sebagai Lee Da Yeon
  • Ko Chang Seok sebagai Go Geon Bae
  • Jang Young Nam sebagai Choi Myung Joo
  • Sung Dong Il sebagai Oh Dae Woong
  • Choi Gwi Hwa sebagai Alpha

daebaking.co project wolf 1
Filem ini mengisahkan tentang proses pemindahan penjenayah berkelas tinggi daripada Manila Ke Korea Selatan.

Pada awalnya proses pemindahan ini mengunakan kapal terbang, namun sebuah insiden yang membabitkan bom bunuh diri telah membuatkan 7 orang maut dan puluhan yang lain cedera.

Baca lagi: Binge Watch 4 Drama Di Viu Bulan Ramadhan Ini

daebaking.co project wolf hunting 5Susulan kejadian ini, kerajaan memutuskan untuk melakukan proses pemindahan kumpulan penjenayah berkelas tinggi seterusnya  mengunakan kapal laut kargo dari pelabuhan Manila ke pelabuhan Busan yang akan mengambil masa sekitar 3 hari.

Untuk pemindahan pertama mengunakan kapal kargo ini, sekumpulan anggota polis yang bergalaman telah ditugaskan untuk mengawal kumpulan penjenayah itu.

daebaking.co project wolf hunting

Baru sahaja ekpedesi itu dimulakan , salah satu penjenayah Park Jung Doo ( Seo In Guk) telah mencetuskan kemarahan Ketua polis yang mengetuai mereka, Lee Seok Woo (Park Ho San) dengan kerenahnya.

Sebenarnya Seo In Guk bersama banduan lain telah merancang untuk melakukan rusuhan besaran untuk meloloskan diri mereka.

daebaking.co project wolf hunting 2Di dalam kapal kargo yang tiada jalan keluar siapakah yang akan terselamat di dalam rusuhan berdarah ini?

Apa lagi korang jom tengok dekat sini.

My Perfect Stranger

daebaking My Perfect Stranger Main Poster

My Perfect Stranger merupakan drama Korea Selatan terbaru yang dibawakan khas oleh Viu Original. Drama ini membawakan genre misteri dan romantik serta mengunakan tema perentas masa.

Drama ini dibintangi oleh pelakon handalan Korea Selantan seperti

  • Kim Dong Wook sebagai Yoon Hae Joon
  • Jin Ki Joo sebagai Baek Yoon Young
  • Seo Ji Hye sebagai Lee Soon Ae (1987)
  • Lee Won Jung sebagai Baek Hee Seop (1987)
  • Lee Ji Hyun sebagai Lee Soon Ae (2021)
  • Lee Kyu Hoe sebagai Baek Hee Seop (2021)
  • Kim Jong Soo sebagai Byeong Gu
  • Park Soo Young sebagai Hyung Man

daebaking my perfect stranger 1

My Perfect Stranger mengisahkan Yoon Hae Joon (Kim Dong Wook ) yang memulakan kerjayanya di stesen penyiaran sebagai wartawan berita tempatan.

Sekarang dia telah bekerja sebagai pembaca berita program hujung minggu dan yang merupakan pembaca berita yang termuda berkerja di stesen peryiarannya.

Sikapnya  yang  tenang dan berterus terang membuatkan dia sangat disenangi oleh orang sekelilingnya.

daebaking.co my perfect stranger 23

Manakala BaeK Yoon Young ( Jin Ki Joo) seorang yang sentiasa bercita cita untuk menjadi penulis, namun untuk menampung kehidupannya dia terpaksa bekerja di sebuah syarikat penerbitan.

Dia telah berada di bawah tekanan kerena kerjanya, ini membuatkan dia sering melepaskan kemarahan kepada ibunya.

Baca lagi: Royal Doctor Drama Terbaru Mario Maurer

daebaking my perfect stranger

Pada suatu hari Yoon Hae Joon dan Baek Yoon Young telah merentas masa ke tahun 1987. Bukan setakat itu tanpa mereka sedar mereka juga telah terperangkap di dalam kes pembunuhan berantai yang berlaku pada tahun tersebut.

Yoon Hae Joon bertekad untuk merungkai misteri sebenar pembunahan berantai yang berlaku manakala Baek Yoon Young berusaha untuk menghalang ibubapanya daripada berkahwin.

daebaking.co my perfect stranger

Mampukah mereka berdua merungkai misteri yang membawa mereka kembali ke tahun 1987?
Adakah mereka berjaya untuk pulang kembali ke masa kini?

Saksikan sekarang di sini untuk mengetahui jawapannya.

All That We Loved

Bagi korang yang sukakan drama yang berlatarkan zaman persekolahan dan plot cerita yang santai. Korang wajib tengok drama terbaru ini.

daebaking.co all tha we loved

All That We Loved membariskan pelakon pelakon muda yang sangat popular di Korea Selatan antaranya:

  • Oh Se Hun (EXO) sebagai Go Yoo
  • Jang Yeo Bin sebagai Han So Yeon
  • Jo Joon Young sebagai Go Joon Hee
  • Jeon Yeong In sebagai Ahn Soo Tak

daebaking.co all that we loved 2

All that We Loved mengisahkan tentang persahabatan dan percintaan tiga segi di antara tiga sahabat  yang tidak mampu memilih di antara persahabatan dan percintaan antara mereka.

Drama ini membawakan tema yang jarang kita lihat berkaitan memori selular, dimana terdapat hipotesis di mana ingatan boleh dipindahkan oleh organ badan dari penderma kepada penerima organ.

Baca lagi: The Secret Romantic Guesthouse Drama Terbaru Viu

daebaking.co all that we loved 22

Berkongsi dua nama yang sama Goo Yoo (Oh Se Hun) dan Go Jo Hee  (Jo Joon Young) adalah pelajar tahun kedua di Hara High School. Walaupun berkongsi nama yang sama namun karakter mereka berdua sangat berbeza di antara satu sama lain.

Goo Yoo seorang pelajar yang sangat aktif dan  sering dipuji sebagai pemain bola keranjang yang genius. Dia juga terkenal kerana dirinya yang tampan.

Go Joo Hee pula merupakan pelajar yang sangat pintar tetapi mempunyai fizikal dan kesihatan yang lemah.

daebaking.co all that we lovedWalaupun mempunyai karakter yang berbeza mereka berdua bersahabat baik sehingga Goo Yoo sanggup mendermakan buah pinggangnya kepada Go Joo Hee.

Namun segalanya berubah selepas itu, kerana sekarang Goo Yoon terpaksa bersaing dengan sahabat baiknya sendiri untuk merebut cinta pelajar no 1 di sekolah mereka iaitu Han So Yeon ( Jang Yeo Bin ) yang juga merupakan cinta pertama Goo Yoon.

daebaking.co all we loved

Ini semuanya di sebabkan oleh Cellular Memory Syndrome. Go Joo Hee mula menyerupai sikap dan perasaan Go Yoo.

Siapakah yang berjaya menambat hati Han So Yeon ?
Adakah semua ini akan menjejaskan persahabatan mereka?
Betulkah wujud Cellular Memory Syndrome?

Saksikan di sini untuk melihat kisah tiga remaja ini.

Alter – Naratif

Drama terbaru daripada Viu Original ini membawakan genre Pyschological Thriller Fiksyen yang diarahkan oleh Faizal Ishak dan menampilkan barisan pelakon  yang tidak asing lagi di Malaysia seperti :

  • Nabila Huda sebagai Mel Isa
  • Liyana Jasmay sebagai Aira
  • Neera Azizi sebagai Kina
  • Rahim Omar sebagai Dr Isa
  • Adlin Aman Ramlie sebagai Dr Rahim


daebaking.co alter naratif

Alter-Naratif mengisahkan sebuah syarikat Electric Dust Agency yang cukup terkenal dengan inovasinya dan kebolehan memadamkan ingatan manusia dan menggantikannya dengan ingatan yang baru.

Ketua pegawai Eksekutifnya Mel Isa yakin dengan teknologi baru ini mampu mengubah masa depan bidang psikoterapi.

Baca lagi: Binge Watch 4 Drama Di Viu Bulan Ramadhan Ini

daebaking.co alter naratif 1

Dia yakin teknologi ini dapat membantu mangsa trauma untuk membina kembali kehidupan mereka dengan memadamkan ingatan mereka yang menimbulkan trauma dan menggantikannya dengan ingatan baru.

Tetapi apabila Mel mula pitam secara tiba tiba dan mula mengalami halusinasi , dia mengesyaki ingatannya telah diubah dan dimanipulasi oleh seseorang.

daebaking.co alter naratif 23Tidak mahu berdiam diri, Mel cuba menyiasat apa yang terjadi dan ini secara tidak langsung telah mendedahkan sisi gelap syarikat Electric Dust Agency.

Apakah yang syarikat EDA cuba buat dengan memori manusia?

Dan dengan siapa yang boleh Mel percayai untuk membantunya?

Jom Tonton di sini.

Journal Sarahaeyo

Drama terbaru daripada Viu Present ini bakal menemui semua pada 19 Mei 2023.

Bagi korang semua yang memang sukakan drama Korea dan oppa Korea, korang patut nantikan dan tengok drama ini di Viu.

daebaking journal sarangheyo

Dengar cerita dorang menjalani penggambaran di sekitar Korea!

Dibarisi oleh pelakon muda dan berbakat Malaysia seperti Arena Wan ,Alvin Chong, Aniq Suhair , Alisya Rashid , Adriana Adnan dan Andi Bernadee ini mengisahkan tentang Sara, seorang pelajar tahun akhir universiti yang merupakan seorang peminat setia K-Drama dan K-Pop.

Dia memiliki journal di mana dia menulis tentang harapan dan impiannya untuk pergi ke Korea Selatan dan mencari ‘Oppa’nya sendiri. Peluang datang apabila mereka diberikan projek untuk merancang lawatan universiti ke Korea.

Sara melihat ini sebagai jalan untuk memenuhi impiannya, tetapi tidak selalu mudah untuk merancang apabila ada orang cuba menjatuhkannya, dibuli oleh pembuli siber dan dipermalukan secara umum oleh sebuah akaun twitter tanpa nama.

Dengan sokongan daripada abangnya Saif, rakannya Raf dan Layla rakannya, Sara terus berusaha dan cuba sedaya upaya untuk merealisasikan impiannya.

Jadi korang wajib masukkan drama ini ke dalam wish list korang untuk tonton di Viu.


Menarik betul filem dan drama baru yang di tawarkan oleh Viu pada bulan Mei ini.

Jadi korang jangan lupa masukkan ke dalam list korang di Viu. Korang boleh juga download aplikasi Viu di telefon korang untuk menonton filem dan drama terbaru di mana sahaja.

Lagi best kalau korang semua langgan Viu Premium baru lah best dapat layan setiap episod terbaru Viu tanpa gangguan iklan.