Home News The Secret Romantic Guesthouse Drama Terbaru Viu

The Secret Romantic Guesthouse Drama Terbaru Viu

0

b717195b cdb1 4f49 80ae 1788bb31c000

The Secret Romantic Guesthouse adalah drama lakonan terbaru pelakon cantik Shin Ye Eun yang telah mencuri perhatian dengan lakonannya di dalam drama siri Revenge of Others dan The Glory.

Pasti korang masih ingat dengan lakonannya sebagai watak antagonis sewaktu remaja. Ekspresi mukanya dalam membawakan watak telah mendapat pujian dan perhatian, membuktikan dia bukan hanya bersandarkan pada wajah yang cantik sahaja.

daebaking.co the secret romantic guesthouse
Namun di dalam The Secret Romantic Guesthouse, Shin Ye Eun akan menampilkan imej yang berbeza daripada imej yang dibawanya di dalam drama siri lakonannya sebelum ini.

Drama yang sebelumnya dikenali dengan beberapa judul termasuk The Love Story of Flower Scholars, Flower Scholars’ Love Story, dan Romantic Secret Guest House ini adalah drama terbaru yang telah ditayangkan di Viu pada 20 Mac 2023 lalu.

Screenshot 2023 04 17 213254

Selain daripada Shin Ye Eun drama ini juga dibarisi pelakon muda yang berbakat Kore Selatan yang lain seperti :

  • Shin Ye Eun sebagai Yoon Dan Oh
  • Ryeo Un sebagai Kang San
  • Kang Hoon  sebagai Kim Shi Yeol
  • Jung Gun Joo  sebagai Jung Yoo Ha
  • Hyun Woo sebagai Lee Chang

Baca lagi: Binge Watch 4 Drama Di Viu Bulan Ramadhan Inidaebaking.co the secret romantic guesthouse 1

Drama siri The Secret Guesthouse yang diadaptasikan dari sebuah web novel yang terkenal ini mengisahkan kehidupan Yoon Dan Oh (Shin Ye Eun) yang merupakan anak bongsu daripada keluarga bangsawan pada era Joseon.

Kehidupannya selama ini penuh dengan kesenangan dan keceriaan malah dirinya adalah anak kesayangan ahli keluarganya. Malah dirinya juga disenangi oleh kesemua orang di sekelilingnya kerana kepintaran dan keceriaannya.

daebaking.co The secret Guesthouse
Namun kehidupannya berubah apabila ayahnya tiba tiba meninggal dunia. Kehilangan ayahnya menjadikan dia tulang belakang keluarganya.

Untuk meneruskan hidup dan menanggung  keluarganya, Yoon Dan Oh telah membuka bisnes rumah penginapan di Hanyang yang diberi nama Ihwawon Inn.


Kebanyakkan tetamu yang datang dan menginap di rumah penginapan Ihwawon Inn adalah para cendekiawan yang datang ke Hanyang untuk menduduki ujian kelulusan pegawai negeri.

daebaking.co the secret Guesthouse 1
Di antara tetamunya ada tiga cendekiawan muda yang mempunyai tiga karektor yang berbeza iaitu Kang San (Ryeo Un) yang sangat mahir dalam seni membela diri , Jung Yoo Ha (Jung Gun Joo) yang mempunyai keperibadian yang lemah lembut dan Kim Shi Yeol (Kang Hoon) yang selalu bertengkar dengan Yoon Dan Oh.

Mereka bertiga juga sebenarnya mempunyai rahsia mereka masing masing. Mereka juga berkongsi satu perkara yang sama , di mana ketiga-tiga sebenarnya telah jatuh hati kepada Yoon Dan Oh.

Baca lagi: Royal Doctor Drama Terbaru Mario Maurer

daebaking.co the secret romantic guesthouse
Pada suatu hari Yoon Dan Oh telah menerima satu tawaran untuk melunaskan kesemua hutangnya.

Untuk melunaskan semua hutangnya, Yoon Dan Oh perlu mencari Lee Sool yang merupakan anak sulung putera raja yang telah digulingkan.

Mencari seorang yang telah hilang sejak 13 tahun yang lalu bukanlah sebuah tugasan yang mudah. Jadi Yoon Dan Oh telah berkerjasama dengan tiga cendekiawan muda untuk berkongsi maklumat dan mencari Lee Seol.

daebaking.co The secret romantic guesthouse 2
Walaupun tugasannya nampak mudah hanya perlu mencari seorang anak putera raja, namun pelbagai cabaran dan dugaan yang terpaksa di hadapi oleh Yoon Dan Oh sehingga meletakkan nyawanya sendiri di dalam bahaya.

Setiap episod akan buatkan korang ternanti- nantikan apa yang akan terjadi.

Apa sebenarnya rahsia yang di simpan oleh ketiga cendekiawan muda ini ?
Mampukan Yoon Dan Oh menemui Lee Seol sebelum dirinya sendiri berada di dalam bahaya?

Jangan buang masa korang lagi,  rugi betul kalau tak tengok drama  The Secret Romantic Guesthouse

Jadi jom lah kita layan drama The Secret Romantic Guesthouse di Viu. Korang boleh juga download aplikasi Viu di telefon korang.

 

Lagi best kalau korang semua langgan Viu Premium baru lah best dapat layan setiap episod terbaru The Secret Romantic Guesthouse tanpa gangguan iklan.

Bayangkan korang tengah seronok layan babak menarik di The Secret Romantic Guesthouse tiba tiba iklan muncul. Jadi tak rugi kalau korang langgan Viu Premium ni