Home Entertainment Binge Watch 4 Drama Di Viu Bulan Ramadhan Ini

Binge Watch 4 Drama Di Viu Bulan Ramadhan Ini

0

Hai korang dah masuk bulan Ramadhan ni drama apa yang korang biasa layan sebelum menunggu waktu berbuka dan bersahur?

Apa kata korang Binge Watch 4 drama best di Viu pilihan Daebaking ini.

If You Wish Upon Me

Drama  ini merupakan drama yang diilhamkan oleh organisasi sebenar di Belanda, dimana mereka berusaha untuk memenuhi kehendak pesakit yang tenat.

If You Wish Upon Me | Korea | Drama | Watch with English Subtitles & More ✔️

Ji Chang Wook memegang watak sebagai Yoon Gyeo Re, seorang lelaki dengan kehidupan yang sukar.

Sejak kecil lagi, Yoon Gyeo Re (Ji Chang Wook) telah menjalani kehidupan yang penuh dengan nasib malang. Dia melangkah ke rumah anak yatim sendirian untuk melarikan diri daripada penderaan bapanya, dan dia berjuang untuk hidup hari demi hari.

Suatu hari secara tidak sengaja, Yoon Gyeo Re bertemu dengan Kang Tae Shik (Sung Dong Il), yang merupakan ketua “Team Genie” di Hospital Hospice , dan disitulah titik perubahan dalam hidupnya.

Ramai yang tak sabar  untuk melihat perubahan Yoon Gyeo Re selepas menjadi sukarelawan di hospital tersebut. Jom tengok dekat sini.

4 Moments In Episodes 3-4 Of “If You Wish Upon Me” That Warmed Our Hearts | Soompi

 

Brain Works

2022 12 22 Static Brain Works Poster 01

Sukakan drama yang bertemakan penyiasatan dengan plot menarik tetapi mahukan sesuatu yang santai ? Drama yang mengangkat genre misteri komedi Brain Works adalah drama yang tepat untuk anda.

Drama ini merupakan gandingan pertama ahli kumpulan CNBLUE dan pelakon, Jung Yong Hwa bersama pelakon berpengalaman Cha Tae Hyun.

Brain Works mengisahkan dua lelaki yang berlainan karakter terpaksa bekerja sama untuk menyelesaikan kes jenayah bunuh yang berkaitan dengan penyakit yang melibatkan otak yang jarang berlaku.

Screenshot 2023 01 12 165221
Shin Ha Ru (Jung Yong Hwa) bekerja sebagai pakar neurologi dan mempunyai kebijaksanaan yang luar biasa dan berasal daripada keluarga yang kaya dengan harta pusaka.

Shin Ha Ru adalah seorang yang yakin akan dirinya dalam bercakap dan bertindak, namun dia tidak mempunyai belas kasihan dan empati kepada orang sekelilingnya.

Screenshot 2023 01 12 165436

Berbeza dengan Geum Myung Se (Cha Tae Hyun) yang bekerja sebagai detektif. Dia sentiasa berpenampilan dan berkelakuan seperti di dalam mood yang tidak ambil kisah sehingga mereka yang tidak mengenalinya akan menganggap dia sebagai polis korup.

Pada hakikatnya Geum Myung Se adalah seorang detektif yang baik hati, bertimbang rasa dan sentiasa menegakkan kebenaran.

Screenshot 2023 01 12 165313

Dengan karakter yang berbeza, mereka selalu bertengkar walhal untuk perkara yang kecil dan mereka selalu menolak untuk bekerjasama. Pasti anda akan tercuit hati melihat kerenah mereka berdua.

Dapatkah mereka bekerjasama demi menyelesaikan kes kes jenayah bunuh itu? Kena sama-sama tengok dekat sini lah.

Mantan Tapi Menikah

Mantan Tapi Menikah adalah drama terbaru daripada koleksi Viu Original. Drama ini diadaptasi daripada karya di Wattpad dengan tajuk yang sama.

Kejayaan karya yang ditulis oleh Ami Rahmi di Wattpad sehingga memperolehi 10.5 juta bacaan telah membantu karya ini diterbitkan sebagai novel dan dijadikan drama bersiri.

Daebaking.co Mantan Tapi Nikah 1Mantan Tapi Menikah ini menceritakan tentang Ana ( Aurelie Moeremans ) yang sedang berusaha untuk mencari pekerjaan di merata tempat.

Dia telah memohon di pelbagai syarikat namun tidak berjaya, sehinggalah dia diterima bekerja di sebuah syarikat.

Kegembiraannya tidak bertahan lama kerana rupanya  syarikat itu adalah milik bekas teman lelakinya, Saka ( Omar Daniel).

Apatah lagi apabila Ana yang memutuskan hubungan mereka dahulu. Walau terasa tidak selesa dengan keadaan itu, Ana terpaksa kekal bekerja di syarikat milik Saka kerana dia sangat memerlukan pekerjaaan.

Daebaking.Co Mantan Tapi Nikah 06Baca lagi: Bila Bos Baru Rupanya Ex Boyfriend Drama Terbaru Mantan Tapi Menikah.

Masih menyimpan perasaan dendam dan tidak puas hati terhadap perlakuan Ana kepadanya dahulu, Saka tidak melepaskan peluang yang ada di depan matanya untuk mengenakan Ana sepanjang Ana berada di depan matanya.

Ini membuatkan Ana berasa tidak senang duduk sepanjang berada di samping Saka. Telatah Ana sangat mencuit hati dalam menghadapi setiap kerenah Saka.

Daebaking.Co Mantan Tapi Nikah 03

Namun dinamik mula berubah apabila Bayu ( Ge Pamungkas ) teman rapat Ana yang sekian lama mencuba  untuk mengubah statusnya dari teman rapat kepada suami. Saka mula menunjukkan rasa cemburu terhadap hubungan Bayu dan Ana.

Adakah Saka sebenarnya masih menyimpan perasaan kepada Ana? Jom tengok dekat sini lah. 

Daebaking.Co Mantan Tapi Nikah 04

 

Nenek Bongkok Tiga

“Nenek, nenek, si bongkok tiga. Siang mengantuk, malam berjaga”. Siapa pernah bermain permainan tradisional ini sewaktu kecil? Pasti korang terimbas kembali kenangan dahulu kan?

Membawa kelainan baru di dalam industri drama melayu, filem seram thriller arahan Datuk Yusry Abdul Halim ini mengetengahkan elemen dark fantasy thriller.

NBT Poster

Siri Viu Original  ini membawakan barisan pelakon yang mantap seperti Hun Haqeem , Sara Ali , Syafie Naswip, Meerqeen, Syazwan Zulkifly, Ashraf Muslim , Fimie Don, Sara Mack Lubis dan Rykarl Iskandar. Jangan terkejut, pelakon otai Datin Sofia Jane dan Sherie Merlis pun berlakon dalam drama ini.

Nenek Bongkok Tiga mengisahkan tentang lapan individu yang terjaga di sebuah rumah agam yang dihuni oleh seorang nenek tua. Kesemua mereka mula sedar yang mereka telah menjadi tebusan di rumah agam di tengah hutan Bukit Luruh yang sememangnya terkenal dengan misteri orang hilang.

Baca lagi: Nenek Bongkok Tiga, Baru Tengok Trailer Dah Tak Senang Duduk.

nonton streaming drakorindo nenek bongkok tiga viu original 1

Berdepan ancaman makhluk jahat “tuan rumah” yang mendakwa mereka telah menceroboh kawasannya, kesemua mereka terpaksa melakukan beberapa cabaran dengan harapan untuk keluar daripada rumah agam itu.

Mulanya saling bekerjasama, kemudian mereka mula menunjukkan sisi gelap masing-masing demi menyelamatkan diri mereka sendiri.

Dalam situasi yang semakin mendesak satu per satu misteri Bukit Luruh dan identiti nenek tua terbongkar.

Kesemua 10 episod dah ada di Viu . Korang boleh binge watch Nenek Bongkok Tiga  di sini  .

Lagi best kalau korang semua langgan Viu Premium baru lah best boleh binge watch semua drama ini tanpa ganguan iklan.