Home Entertainment 10 Pelakon Wanita Yang Menyeramkan Ketika Berlakon Sebagai Pembunuh

10 Pelakon Wanita Yang Menyeramkan Ketika Berlakon Sebagai Pembunuh

0

10 pelakon wanita Korea yang membunuh dengan kejam dalam filem dan Kdrama
Anggun tapi mengerikan!!

Pembunuhan, kejahatan, dan juga adegan pertarungan di dalam drama mahupun filem Korea biasanya dilakonkan oleh pelakon lelaki sebagai watak utama. Namun, ada beberapa filem dan drama Korea yang menampilkan para pelakon wanita Korea sebagai watak utama dalam adegan sadis tersebut. Boleh dibayangkan bagaimana penampilan cantik mereka digabung dengan kepakaran yang ganas itu??

Tentu sahaja lakonan mereka sangat memukau hasil dari latihan dan kerja keras mereka. Berikut adalah senarai pelakon wanita yang pernah membawa watak sebagai pembunuh yang dingin dalam filem dan drama Korea:

D8F1A67C 6D94 48DD B9E1 06116FD5F9731. Kill BokSoon (2023) dilakonkan oleh Jeon Do Yeon sebagai seorang ibu yang sangat menyayangi anaknya dan juga pembunuh upahan yang sangat kejam!

F6805AA0 6879 4799 BDE6 9AD303F52D6D2. Han So Hee berlakon dalam My Name (2021) sebagai gadis yang kehilangan orang tuanya dan dipenuhi dendam. Dia berlatih untuk menjadi pembunuh demi membalas dendam!

CD0D2789 83FF 490A 83DC B6E91C4088953. Walaupun tidak membunuh manusia, dalam drama Happiness (2021) Han Hyo Joo yang memainkan peranan sebagai anggota pasukan khas telah membunuh makhluk zombie dengan sangat brutal!

FBBE36E7 CDC6 48A2 B4A8 F0E4088DCD334. Dalam Sweet Home (2020), Lee Si Young melakonkan watak sebagai anggota bomba yang tidak ragu-ragu membunuh manusia yang mengalami simptom untuk bertukar menjadi makhluk ganas demi menyelamatkan orang ramai.

Baca Lagi: Jeon Do Yeon Pembunuh Upahan versi John Wick Dalam Kill Boksoon

AC537553 0BE6 40D8 96FF 819B9B2F9BE2

5. Lee Ha Na menjadi pelakon utama yang membawa watak sebagai petugas pusat panggilan dalam drama siri Voice. Namun, dalam Voice S4 (2021) pelakon wanita ini membawa dua watak berbeza iaitu sebagai seorang pembunuh bersiri.

12F0DF4B 4692 4D90 8A78 96B94B7A6A906. Dipungut sejak dari kecil oleh seseorang yang dipanggil mama, Kim Go Eun dilatih untuk melakukan perbuatan keji dalam filem Coin Locker Girl (2015).

CCE2AFBB 514D 4D4F 9C65 E35464AFBCE37. Dalam filem The Villainess (2017), seorang pembunuh upahan terlatih yang dilakonkan oleh Kim Ok Bin ini sangat ganas dan tidak mengasihani mangsanya!

B95856A3 DB0F 4E46 B8C0 0D0B47A363A08. Jun Ji Hyun membawa watak sebagai Ashin dalam Kingdom: Ashin of the North (2021) yang membunuh para pembunuh yang memusnahkan keluarga dan kampungnya!

0132D3C5 47A5 4CF9 8A2D F90C30B0860D9. Sebagai orang nombor 2 dalam organisasi jenayah membuatkan nyawa anak lelaki Kim Hae Soo dalam filem A Special Lady (2021) terancam!

A2A986C9 8518 4C1F B04F 9C5AA1EAAB2510. Lee Seol membawa watak sebagai wanita psikopat dalam drama siri Less Than Evil (2018). Pihak polis dan detektif tidak dapat menangkapnya kerana kepintarannya yang luar biasa.

Jika wanita membawa watak ganas, pasti akan membuat suasana dalam setiap cerita semakin mencengkam jiwa dan tegang, bukan? Wanita sememangnya menyeramkan!

Baca Juga: 5 Watak Wanita Pembunuh Yang Hampir Sama Dengan Gil Boksoon