Home Entertainment 5 Watak Cameo Yang Muncul Dalam “Taxi Driver 2”

5 Watak Cameo Yang Muncul Dalam “Taxi Driver 2”

0

Kisah menarik teksi mewah yang membalas dendam untuk mangsa-mangsa kejahatan dan menghukum para penjenayah adalah sebab utama Taxi Driver 2 meraih kejayaan yang besar dan rating yang tinggi. Selain itu, kehebatan lakonan para pelakon drama siri ini turut meraih banyak pujian daripada pelbagai pihak.

Bintang-bintang yang muncul dalam drama siri Taxi Driver 2 bukan artis biasa-biasa, barisan artis ternama juga turut muncul untuk menunjukkan kemampuan lakonan mereka sewaktu tampil sebagai cameo dalam drama siri SBS dan Viu ini. Nampaknya nama-nama besar seperti Nam Goong Min hingga Moon Chae Won, dipilih untuk menjadi cameo drama siri ini.

Jom sama-sama kita lihat senarai lima artis ternama Korea Selatan yang muncul sebagai cameo dalam drama siri Taxi Driver 2:

Peringatan, artikel ini mengandung spoiler:

c4a51b77 2212 4f88 805c 0d9d2cab84bf

1. Lee Young Ae
Lee Young Ae sudah muncul sebagai cameo untuk siri ini sejak musim pertama lagi iaitu Taxi Driver pada tahun 2021. Namun pelakon ini bukan muncul secara visual, hanya suaranya yang hadir dalam Kdrama adaptasi dari sebuah webtoon ini. Dia adalah pelakon suara untuk animasi petunjuk bagi bakal pelanggan pasukan Teksi Pelangi. Dia memaparkan aturan dan petunjuk yang perlu dipatuhi dalam untuk menggunakan khidmat balas dendam tersebut.

72430f66 7484 42f3 82bc 759239f78d522. Shim So Young
Dalam Taxi Driver musim pertama, Shim So Young muncul sebagai salah seorang watak penjahat yang akhirnya dihukum oleh pasukan Teksi Pelangi. Dia melakonkan watak sebagai Lim Bok Ja iaitu ketua sindiket penipuan yang jatuh hatu kepada Kim Do Gi (Lee Je Hoon) yang menyamar sebagai Wang Tao Zi.

Perasaan cinta Lim Bok Ja ini berlanjutan hingga musim kedua sewaktu watak Lim Bok Ja hadir sekilas dalam episod 1 dan episod 2. Dia dikisahkan telah menetap di Cotaya, Vietnam. Walaupun kelihatan seperti ingin membalas dendam, sebenarnya dia masih menyimpan perasaan terhadap Wang Tao Zi.

Baca Lagi: Fakta Menarik Dan Wajah Sebenar Madam Lim Taxi Driver

0100262c cf4c 4caf 847c 755c57353f483. Namgoong Min
Namgoong Min muncul sebagai cameo dalam episod 9 waktu pasukan Teksi Pelangi perlu menangani kes penyelewengan bidang perubatan. Dia melakonkan karakter ikoniknya sebagai pengacara Cheon Ji Hun dalam One Dollar Lawyer (2022). Menariknya, sebelum ini, Lee Je Hoon telah dua kali tampil sebagai cameo dalam drama siri SBS yang dibintangi Namgoong Min. Pertama adalah Hot Stove League (2019-2020) dan One Dollar Lawyer. Kedua-dua drama siri tersebut meraih rating yang tinggi.

527a60d3 9976 4034 bee2 0bd4a5dab36c4. Kim So Yeon
Kerana watak ikoniknya sebagai antagonis dalam drama siri The Penthouse 1-3 (2020-2021), ramai warganet menjangkakan bahawa Kim So Yeon akan tampil sebagai villain utama dalam Taxi Driver 2. Dia membawa watak sebagai pemandu Teksi Mewah pertama sebelum Kim Do Gi. Karakternya digambarkan tinggal di Jepun, tetapi Jang Sung Chul (Kim Eui Sung) menghubunginya untuk meminta bantuan. Dia hadir dalam episod terakhir Taxi Driver 2.

dd07169a 33d6 48c8 bbfe c4534398b292

5. Moon Chae Won
Bukan hanya Kim So Yeon, pelakon wanita, Moon Chae Won juga turut tampil sebagai cameo dalam episod akhir Taxi Driver 2. Dia membawa watak sebagai seorang anggota tentera, wataknya seolah-olah sama dengan karakternya dalam drama siri Payback: Money and Power (2023). Wataknya di sini menyimpan banyak misteri kerana dia seolah-olah mengenali Kim Do Gi. Tetapi, jejaka terus mengabaikannya sewaktu kedua-duanya saling bertemu. Kim Do Gi sedang kusut dengan kes di suatu jabatan infanteri.

Kehadiran lima watak cameo di atas memang singkat dan tidak melebihi dari beberapa minit. Namun watak mereka membuatkan drama siri Taxi Driver 2 semakin menarik untuk ditonton.

Baca Juga: “Taxi Driver 3” Kini Dalam Proses Perbincangan