Home Entertainment Fakta Menarik Dan Wajah Sebenar Madam Lim Taxi Driver

Fakta Menarik Dan Wajah Sebenar Madam Lim Taxi Driver

0

Ingat Shim So Young pasti ingat Madam Lim yang memiliki bentuk gigi unik dan lakonan mencuit hati dari Kdrama Taxi Driver yang sedang menjadi bahan bualan terhangat  dikalangan peminat kdrama tersebut.

F9787758 0635 455E AF52 5F51776C7965

Inilah rupa paras sebenar Madam Lim tanpa secalit alat solek, ternyata wajahnya sangat cantik dan semulajadi.

E13F92DE 1ECF 4646 8541 7700971E796C scaled

Terkini Shim So Young telah mencuri perhatian apabila muncul dalam episod pertama “Taxi Driver” musim 2.

Menurut Nielsen Korea, episod pertama ”Taxi Driver” musim 2 meraih rating sebanyak 12.1% pada 17 Februari 2023. Selain itu, tayangan episod pertama musim kedua ini juga mencapai rating penonton lebih tinggi dari musim pertama.

Dengan mencapai rating tertinggi, “Taxi Driver” musim 2 menjadi drama Korea yang terbanyak ditonton pada hari Jumaat dan Sabtu.

Sebelum ini di musim pertama “Taxi Driver” Shim So Young dikenali dan mula menambat hati dikalangan peminat kdrama ini apabila dia membawa peranan sebagai Lim Bok Ja atau Madam Lim, ketua organisasi sindiket penipuan dimana prestasinya lakonannya dalam musim pertama benar-benar telah mencetuskan satu fenomena baru  dan telah melonjakkan nama watak Madam Lim.

Dalam Taxi Driver, siapa sangka Madam Lim dengan karakter gengsternya boleh jatuh cinta dan bermain perasaan dengan Kim Do Gi (Lee Je Hoon) atau Wang Tao Zi. Secara tidak langsung telah menjadikan dirinya sebagai watak kedua yang menerima respons sangat menggalakkan daripada penonton.

A5C922B0 D7CB 4440 B5F7 A7889D5DB7DF BA8D8732 F706 4723 B143 1E05A8E248D9

Kehebatannya sebagai Madam Lim dalam Taxi Driver terbukti apabila dia berjaya meraih anugerah sebagai SCENE STEALER AWARD di SBS Drama Award 2021. Anugerah ini diberikan kepada pelakon pembantu yang diiktiraf kerana prestasi lakonan yang tiada tandingannya.

F6D2C554 E71A 44C2 958D 65F42A91BA26

Berikut merupakan fakta-fakta menarik tentang Shim So Young:

 

1. Sebelum menceburkan diri dalam bidang lakonan pada tahun 2018, Shim So Young memulakan kariernya sebagai pelakon teater.

2. Shim So Young yang kini telah mencecah umur 52 tahun itu debut di layar tv melalui drama bertajuk Children Of A Lesser God sebagai watak pembantu.

3. Setelah itu dia mula membintangi banyak kdrama dan filem antaranya seperti Hyena, Tale of The Nine Tailed dan Alchemy of Souls S2, Goedam, The Guest, Green Mother’s Club, Behind Every Star, Summer Drama College: Monster Mansion, Unstoppable, Pipeline, Miracle: Letters to the President, Hidden, The Cursed: Dead Man’s Prey, The Battle: Roar To Victory, Dark Figure of Crime, dan yang terbaru kdrama akan datang pada bulan Mac 2023 Pandora: Beneath The Paradise sebagai pelakon pembantu Kim Seon Deok.

4. Pada 2019 Shim So Young memenangi Anugerah Pelakon Terbaik di Festival Teater Tempatan Kebangsaan Gomanaru ke-16.

Kdrama TAXI DRIVER 1 dan TAXI DRIVER 2 boleh ditonton secara striming di Viu Malaysia.

Baca Lagi: Fakta Menarik Perkahwinan Jang Nara

Baca Juga: Whispering Corridors 6 Siri Filem Seram Korea Diadaptasi Dari Legenda Sekolah