Home Entertainment Whispering Corridors 6 Siri Filem Seram Korea Diadaptasi Dari Legenda Sekolah

Whispering Corridors 6 Siri Filem Seram Korea Diadaptasi Dari Legenda Sekolah

0

Whispering Corridors yang juga dikenali sebagai Ghost School dan Ghost School Horror ialah siri filem bergenre seram mistik Korea Selatan. Siri ini menggunakan sekolah menengah perempuan sebagai latar belakang untuk setiap filemnya.

Memandangkan banyak sekolah Korea mempunyai legenda bandar yang terikat dengan kehidupan masyarakat disana, pengarah Choon-yun berhasrat untuk menghasilkan filem dengan kisah versi kontemporari menakutkan yang diadaptasi daripada legenda sekolah.

Setiap filem Whispering Corridors menampilkan plot, watak dan alur kisah yang berbeza bermula dengan filem Whispering Corridors dan diikuti oleh lima sekuel (Memento Mori, Wishing Stairs, Voice, A Blood Pledge dan The Humming).

E5215277 2655 45D9 9393 0D020C8627BA

Adakah kesemua rangkaian filem ini saling bersangkut-paut?

Setiap sekuel dari filem ini tidak bersangkut-paut langsung antara satu sama lain, kerana pengarah menginginkan Whispering Corridors menjadi “jenama” nya sendiri.

Berikut ulasan bagi setiap siri filem tersebut:

1. Whispering Corridors (1998)

A7A7877E 9528 4ED8 90E7 3D7584A983E5

Sebuah Sekolah khas untuk pelajar perempuan sahaja, Jookran High School telah dihantui oleh entiti yang dahulunya merupakan pelajar di sana. Setiap tahun, entiti tersebut akan menyamar menjadi salah satu pelajar baru dan membunuh guru-guru dan para pelajar lain di sekolah tersebut.

2. Whispering Corridors 2: Momento Mori (1999)

D000B9AA 2A00 4854 BBDD FFCE8C4D53CE

Min Ah, menemukan sebuah buku harian milik Hyo Shin dan Shi Eun yang merupakan pelajar di sekolah Min Ah suatu ketika dahulu. Ketika Min Ah membuka buku tersebut, dia telah mendapat flashback dari kisah lalu buku tersebut dimana Hyo Shin telah mati sebab bunuh diri melompat dari bumbung atas sekolah.

Sejak itu, roh Hyo Shin kerap menghantui sekolah tersebut dan ingin membalas dendam terhadap semua orang yang mengutuk “hubungannya” dengan Shi Eun.

3. Whispering Corridors 3: Wishing Stairs (2003)

71B97A71 2E6D 4AB5 83F3 AE8866B631F1

Jin Sung dan Soo Hee merupakan 2 BFF namun ikatan persahabatan mereka mula renggang selepas mereka bersaing untuk merebut tempat dalam satu pertandingan peringkat kebangsaan yang mana hadiah tersebut merupakan tajaan biasiswa di sebuah sekolah tarian balet di Rusia.

Jin Sung risau Soo Hee akan dipilih dia pun pergi ke anak tangga ke 29 yang ada di asrama mereka yang mana anak tangga tersebut adalah Urban Legend di sekolah tersebut dipercayai sesiapa sahaja yang berjaya naik ke tangga ke-29, setiap permintaan mereka akan dikabulkan. Namun Jin Sung perlu menanggung akibatnya sekiranya permintaannya dikabulkan.

 

4. Whispering Corridors 4: Voice (2005)

2A6E7A7B 7C4F 4730 9F23 09406A6D4321

Young Eon meninggal dengan misteri ketika sedang menyanyi di bilik musik sekolahnya. Setelah Young Eon meninggal, hanya Sun Min yang merupakan BFF dapat berkomunikasi dengan roh Young Eon. Mereka berdua bersama-sama menyiasat misteri punca kematian Young Eon.

5. Whispering Corridors 5: A Blood Pledge (2009)

4892EBD0 17E0 4485 89E4 FD69B8A76535

4 sahabat baik, Yoo Jin, So Yi, Eun Young, dan Eun Joo berjanji untuk mati bersama. Namun, hanya Eun Joo yang melompat dari bumbung sekolah ketika itu. Selepas kejadian itu, roh Eun Joo mulai muncul dan membalas dendam. Satu persatu pelajar mula mati dengan misteri.

6. Whispering Corridors 6: The Humming (2021)

5FAC7986 DA79 4664 A289 2CCF2E128D3A

Mengisahkan seorang guru Eun Hee (Kim Seo Hyung) telah berpindah kerja ke sebuah sekolah menengah lamanya sebagai naib pengetua dan juga guru kaunseling. Eun Hee cuba mengenali setiap perlakuan pelajarnya dan dengan tidak sengaja dia telah merungkai semula satu sejarah hitam yang pernah menghantuinya ketika dia belajar di sekolah tersebut dahulu.

Sekolah tersebut hanya untuk pelajar perempuan sahaja. Ha Yong adalah salah seorang pelajar di sekolah tersebut dan dia memiliki perwatakkan dan sikap yang agak kasar, pendiam dan suka berahsia.

Satu hari Ha Yong telah menjumpai sebuah loker yang belakangnya tersembunyi sebuah ruangan/bilik tandas yang telah lama tidak digunakan dan macam-macam kejadian disertai dengan suara menyeramkan perempuan sedang bersenandung yang dia dengar ketika berada di situ.

Sejak dia memasuki ke ruangan tandas lama tersebut, sikap Ha Yong mula berubah dan semakin pelik seolah-olah ada sesuatu yang disembunyikannya.

Untuk “Whispering Corridors 6: The Humming (2021)”, anda boleh tonton ia secara striming di aplikasi iQiyi manakala yang lain-lain boleh tonton di aplikasi Bilibili.

Baca Lagi: Filem Terbaru Bae Doona Menceritakan Kisah Benar Seorang Pelajar Yang Mati Bunuh Diri
Baca Juga: Sugamo Case 1988 Kisah Tragis Tentang 5 Kanak-Kanak Yang Diabaikan