Home Entertainment 10 Fakta Menarik Tentang George Clooney

10 Fakta Menarik Tentang George Clooney

0

Peminat-peminat filem pasti mengenali George Clooney, bintang filem tersohor yang sering muncul dalam filem-filem hebat yang pasti menjadi tumpuan dunia. Pelakon lagenda yang kini sudah berusia 61 tahun itu mempunyai peminat dan pengikut tersendiri.

Pada tahun 2018, George Clooney telah diberi penghargaan tertinggi dalam sejarah kariernya apabila dia diberi peluang untuk menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat dari AFI (American Film Institute).

Institut Filem Amerika (American Film Institute atau AFI) ialah sebuah pertubuhan filem Amerika yang mendidik para pembikin filem dan menghargai warisan seni perfileman di Amerika Syarikat. AFI disokong oleh pembiayaan swasta dan yuran keahlian awam.

Institut ini terdiri daripada para pemimpin dari filem, hiburan, perniagaan, dan komuniti akademik. Satu lembaga pemegang amanah yang dipengerusikan oleh Sir Howard Stringer dan lembaga pengarah yang dipengerusikan oleh Robert A. Daly membimbing organisasi itu, yang dipimpin oleh Presiden dan CEO, sejarawan filem Bob Gazzale.

Pemimpin terdahulu ialah pengarah pengasas George Stevens, Jr. (dari permulaan pertubuhan pada tahun 1967 hingga 1980) dan Jean Picker Firstenberg (dari 1980 hingga 2007).

George Clooney atau nama sebenarnya George Timothy Clooney dilahirkan pada 6 Mei 1961 ialah seorang pelakon dan pembikin filem Amerika Syarikat. Beliau merupakan penerima tiga Anugerah Golden Globe dan Anugerah Akademi, satu untuk lakonan dalam Syriana (2006) dan satu lagi sebagai penerbit bersama Argo (2012) dan anugerah tertinggi iaitu Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat dari AFI.

Jom kita baca beberapa fakta menarik mengenai George Clooney:

D70698A8 9062 45A1 B286 0E1D1A19F471

1) George Clooney pernah mempunyai masalah dan hubungan tidak baik dengan pihak paparazzi dan dia pernah memboikot program televisyen Entertainment Tonight yang secara diam-diam telah merakam aktiviti pelakon itu tanpa izin.

2) Aktor kelahiran Kentucky ini pernah mendapat pendidikan di Northern Kentucky University dan University of Cincinnati. Sayangnya, pelakon ini tidak pernah berjaya menghabiskan kedua-dua bidang pendidikannya itu.

3) Clooney memiliki darah kacukan dari Ireland, Iggeris, Jerman, Scotland, dan Belanda.

4) George Clooney memiliki hubungan jauh bau-bau bacang dengan bekas presiden USA iaitu Abraham Lincoln.

5) Clooney pernah mengalami sakit belakang serius dan kehilangan memori sementara setelah mengalami kecederaan sewaktu menjalani penggambaran filem ‘Syriana’ pada Oktober 2005. Setelah menjalani pembedahan tulang punggung, Clooney beransur sembuh dan pulih.

6) Clooney sanggup dibayar lebih rendah dari kadar bayaran biasanya sewaktu ditawarkan watak dalam filem ‘O Brother, Where Art Thou’ yang dikeluarkan pada tahun 2000. George Clooney terus bersetuju sebelum dia membaca skrip filem tersebut kerana telah lama dia impikan untuk bekerja bersama duo pengarah Coen iaitu Joel dan Ethan Coen.

7) George Clooney memecahkan sebuah rekod apabila dia adalah aktor pertama yang menerima pencalonan Academy Awards untuk 6 kategori yang berbeza. Kategori itu adalah Best Supporting Actor, Best Director, Best Original Screenplay, Best Adapted Screenplay, Best Actor, dan Best Picture.

8) George Clooney adalah pelakon ke-enam yang membawa watak sebagai Batman.

9) Selain seorang pelakon yang berjaya, George Clooney juga dikenali sebagai aktivis isu kemanusiaan yang sangat memberi perhatian terhadap konflik di Darfur, Sudan, mengeluarkan dana untuk korban gempa bumi di Haiti, dan diberi gelaran sebagai Messenger of Peace oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) pada tahun 2008.

10) Pada era 1990an, George Clooney kerap menyatakan secara terang-terangan bahawa dia tidak akan mendirikan rumah tangga lagi dan mempunyai anak setelah bercerai dengan Talia Balsam. Aktres Michelle Pffeiffer dan Nicole Kidman pernah bertaruh US$10 ribu kerana yakin George Clooney akan bergelar seorang bapa sebelum dia berusia 40 tahun.

D5498F28 66B7 4FB5 B806 A044FFC0B15C

Keduanya ternyata salah dan telah membayar taruhan tersebut kepada George Clooney. Namun, aktor ini tidak dapat melawan takdir apabila sewaktu dia berumur 53 tahun, dia telah berkahwin dengan Amal Alamuddin pada 2014. Keduanya sekarang telah dikurniakan anak kembar.

Baca Lagi: 5 Artis Paling Kaya Di Dunia

Baca Juga: Filem Seram Hollywood Yang Mengaut Keuntungan Besar