Home Entertainment Antara Filem Terbaik Sepanjang Zaman

Antara Filem Terbaik Sepanjang Zaman

0

Menonton filem boleh menjadi satu aktiviti yang menyeronokkan dan menyenangkan. Lagi pula, jika filem yang ditonton merupakan sebahagian dari cadangan filem terbaik sepanjang masa. Filem menjadi hiburan yang sudah ada sejak lama lagi. Sejak filem pertama dihasilkan hingga lada saat ini, ternyata terdapat beberapa filem yang layak mendapat label terbaik.

Filem terbaik boleh dilihat dari pelbagai segi contohnya rating atau kemenangan filem-filem tersebut di persada acara anugerah berprestij. Selain itu, terdapat juga filem yang tersu tersenarai sebagai filem terbaik kerana jalan cerita, lakonan, dan proses pembikinan secara keseluruhannya.

Berikut merupakan senarai filem terbaik sepanjang zaman yang wajib ditonton oleh peminat-peminat filem:

1) THE GODFATHER

32B11456 6AD8 47F4 8CB1 F65D8D4313F5

Salah satu filem yang dicanang-canang dan disebut-sebut terbaik sepanjang zaman ialah THE GODFATHER. Filem THE GODFATHER merupakan filem yang menceritakan tentang kehidupan mafia di masa lampau yang penuh noda jenayah, kekerasan, perniagaan haram, penindasan dan juga pembunuhan.

Film THE GODFATHER disajikan dalam bentuk trilogy. Ketiga siri THE GODFATHER selalu dikagumi pecinta filem. Filem yang diarahkan oleh Francis Ford Coppola ini pernah 11 kali tersenarai dalam acara Academy Award. Salah satunya, kategori best actor yang telah dimenangi oleh aktor Marlon Brando.

2) THE SHAWSHANK REDEMPTION

57A60099 7313 402B 9535 C2FEE1BE5365Seterusnya ialah filem THE SHAWSHANK REDEMPTION. Filem yang dikeluarkan pada tahun 1994 ini mengangkat latar masa pada tahun 1947. Berkisah tentang kehidupan seorang pegawai bank muda di Portland yang bernama Andy Dufresne. Andy didapati bersalah atas kes pembunuhan isterinya.
Andy cuba sedaya upaya untuk membelas diri.

Dia bersungguh-sungguh menafikan tuduhan dan dia menyatakan dia tidak melakukan pembunuhan itu. Malangnya semua bukti menunjukkan Andy bersalah dan akhirnya Andy dihantar le penjara. Dia perlu menjalani hukuman penjara seumur hidup di penjara Shawshank. Di penjara tersebut dia telah menjalin persahabatan dengan Red yang telah dihukum 20 tahun lamanya. Andy kini mengetahui cerita tentang kehidupan keras para banduan di penjara, rumah barunya.

Dibintangi oleh aktor-aktor kelas A seperti Tim Robbins dan Morgan Freeman. THE SHAWSHANK REDEMPTION menjadi salah satu filem dengan rating tertinggi di laman imdb. Sampai sekarang filem THE SHAWSHANK REDEMPTION sering tersenarai dalam jajaran cadangan filem terbaik sepanjang zaman.

3) MEMORIES OF MURDER

B8D99F93 9A9D 4AB0 9C85 A0D89C509B37

Jangan main-main, industri perfileman Korea Selatan memang telah lama melangkah sebaris dengan industri Hollywood. Filem-filem merek juga lernah tercalon daam Oscar bahkan pernah memenangi Oscar. Beralih dari film barat ke Korea Selatan, MEMORIES OF MURDER juga tersenarai sebagai salah satu filem terbaik yang sangat rugi jika tidak ditonton.

Filem yang terinspirasi dari kisah benar ini wajib ditonton setiap pecinta filem. MEMORIES OF MURDER bercerita tentang kes pembunuhan bersiri di bandar Hwaseong.
Filem yang diarahkan oleh pengarah tersohor Korea iaitu Bong Joon-ho ini disebut-sebut sebagai salah satu filem Korea yang terbaik sepanjang zaman.

Perkara ini dibuktikan dengan banyaknya penghargaan yang dimenangi oleh produksi filem ini. Dimulakan dengan Anugerah Filem Terbaik dalam Chunsa Film Art Awards, Grand Bell Awards, Korean Film Awards, hingga Filem Asia Terbaik di Tokyo International Film Festival.

4) PARASITE

28A270AF 0877 43A8 B858 42C0E274FAD3Sebuah lagi filem dari Korea Selatan yang tersenarai dalam jajaran cadangan filem terbaik sepanjang zaman ialah PARASITE. FilEM PARASITE yang juga diarahkan oleh pengarah yang memang berbakat iaitu Bong Joon-ho. PARASITE adalah sebuah filem yang lengkap dari segala segi, jalan cerita, lakonan, arahan dan segalanya tampak sempurna sekali.

Filem luar biasa ini meliputi genre thriller dan komedi. Jalan cerita membuatkan para penonton berasa tegang dan tertekan tetapi pada masa yang turut sama boleh tertawa dengan elem komedi yang turut diselitkan. Filem ini adalah kisah tentang betapa kontranya kehidupan masyarakat Korea kelas atas dan bawah. Cerita yang disampaikan begitu semulajadi dan penuh ironi.

PARASITE menjadi tumpuan dunia apabila memenangi Anugerah Oscar pada tahun 2020. PARASITE meraih penghargaan tertinggi dalam industri filem dan meletakkan karya-karya Korea Selatan sebagai tumpuan global. Sebelum itu PARASITE juga telah memenangi Anugerah Palme d’Or.

5) AVENGERS: ENDGAME

8AD75DAB 10D7 4D09 B895 32C0D307251A

AVENGERS: ENDGAME menjadi cadangan antara filem terbaik selanjutnya. Filem ini bercerita mengenai kisah para Avengers menentang Thanos. Sebelumnya, Thanos memusnahkan separuh dari populasi Bumi hanya dengan petikan jarinya dalam AVENGERS: INFINITY WAR tahun 2018.

Filem AVENGERS: ENDGAME adalah keajaiban buat filem-filem Marvel apabila berjaya mengutip keuntungan box office sebanyak $1.2 billion pada minggu pertama tayangan di seluruh dunia.

Baca Lagi: 10 Fakta Menarik Tentang George Clooney

Baca Juga: Whispering Corridors 6 Siri Filem Seram Korea Diadaptasi Dari Legenda Sekolah