Home Entertainment Filem Seram Hollywood Yang Mengaut Keuntungan Besar

Filem Seram Hollywood Yang Mengaut Keuntungan Besar

0

Sejak kebelakangan ini filem-filem seram semakin mendapat tempat dihati para penonton secara meluas. Filem-filem seram ini juga membuktikan bahawa mereka tidak perlu dihasilkan oleh studio besar dan ternama untuk meraih perhatian dan kutipan pecah panggung seperti filem-filem genre lain.

69F9294E 178F 4428 99B9 03E3774480C5

Sebilangan daripada filem seram yang berjaya mengaut keuntungan besar sebenarnya adalah filem-filem yang dihasilkan dengan bajet rendah. Filem-filem ini membuktikan bahawa filem bajet rendah juga amat laku bukan sahaja di pawagam malah juga di setiap platform striming.

Filem-filem seperti M3gan, Saw dan Paranormal Activity telah mengatasi apa yang diharapkan oleh para penonton dan telah mendapat kutipan pecah panggung yang sangat menguntungkan. Filem-filem ini telah memecah tradisi filem seram dan sekaligus memberi nafas yang lebih segar kepada genre seram secara keseluruhannya.

Berikut merupakan filem-filem seram yang berjaya mencatat keuntungan besar:

1) M3GAN (2023)

4EA905DA FA23 4289 BBEE 6BE241700AA6

Selepas trailer filem M3gan ditayangkan secara premier pada bulan Oktober 2022, filem ini mula menjadi bualan dan mendapat perhatian ramai. Filem ini telah mengaut keuntungan sebanyak $161 juta di seluruh dunia. Filem ini mendapat pujian melangit setelah tayangan perdana pertama dilakukan pada 6 Januari 2023. Bajet pembikinan filem ini hanya menelan belanja sebanyak $12 juta.

2) PARANORMAL ACTIVITY (2007)

2236C092 3099 4290 A47D C9594185BB21

Selepas filem Paranormal Activity ditayangkan, filem ini terus melonjak dengan kutipan keuntungan yang amat luar biasa. Filem jenis found footage ini berkisar tentang kisah pasangan yang menyiasat kejadian pelik yang berlaku di kediaman mereka. Filem ini diarahkan oleh Oren Peli dengan bajet hanya $25 ribu. Filem ini berjaya mengejutkan dunia apabila mencatat keuntungan sebanyak $194 juta. Sejak itu, semua francais Paranormal Activity laku keras dan sehingga kini telah mencatat keuntungan sebanyak $890 juta untuk semua filemnya.

3) IT (2017)

BE134300 A8BB 4D0C B6BB 326DCA146915Filem It yang bertemakan badut jahat yang menjadikan kanak-kanak sebagai mangsa telah berjaya mengaut keuntungan luar biasa. Filem ini dihasilkan dengan bajet besar, tidak hairanlah kualiti filem It sangat cantik dan menarik. It dihasilkan dengan bajet sebanyak $40 juta dan telah mengembalikan pulangan sebanyak $701 juta keseluruhannya.

4) SAW (2004)

A49F030A FD90 4FF2 84CB DE7009F26693

Apabila filem Saw ditayangkan pada tahun 2004 (sebelum filem Paranormal Activity), filem ini telah dinobatkan sebagai filem seram paling menguntungkan sepanjang zaman, mendapat tempat pertama mendahului Scream (1996). Bajet filem Saw adalah $1.2 juta dan keuntungan yang diperolehi pula ialah $103 juta.

5) THE NUN (2018)

4DD83BA3 5812 4A61 BC4F BF65A759ADFB

Filem The Nun adalah filem ke-5 untuk siri filem The Conjuring. The Nun mencatat kutipan keuntungan paling tinggi berbanding siri-siri filem lain The Conjuring. Filem ini berjaya mengaut keuntungan sebanyak $365 juta dan bajet pembikinan filem ini menelan belanja sebanyak $22 juta.

 

6) GET OUT

F952A16C 5B79 44F1 AD6B A19967CB1ADA

Filem Get Out mendapat pujian dari ramai pengkritik filem. Get Out merupakan filem arahan pertama Jordan Peele. Filem ini sangat unik kerana kejayaannya memasukkan elemen komedi bersama dengan elemen seram. Filem ini dihasilkan dalam tempoh 23 hari sahaja dengan bajet $4.5 juta dan telah meraih keuntungan sebanyak $252 juta.

Baca Lagi: Jason Blum Merayu Orang Ramai Menonton M3gan

Baca Juga: 6 Filem Seram Di Netflix Yang Berbaloi Ditonton