Home Entertainment 5 Filem Komedi Menarik NETFLIX Yang Mungkin Anda Belum Tonton

5 Filem Komedi Menarik NETFLIX Yang Mungkin Anda Belum Tonton

0

Film komedi di platform striming Netflix menjadi salah satu genre kegemaran ramai yang selalu dicari oleh penonton filem yang sukakan tontonan santai dan bersahaja. Fiem komedi banyak ditonton untuk melepaskan penat dan tekanan setelah beraktiviti seharian.

Ada banyak platform striming yang menyediakan filem-filem komedi, namun filem komedi dari Netflix selalunya yang menarik perhatian. Selain jalan ceritanya yang menarik, lakonan yang sangat mencuit hati juga mampu mengundang gelak tawa para penonton.

152A307B 3FDF 4F58 96FC 787E97BBFE11 scaled

Contohnya filem Red Notice, The Con-Heartist, dan The Murder Mystery. Filem-filem komedi ini dibalut dengan adegan dramatis, romantis, serta aksi. Kami ada beberapa cadangan untuk filem komedi Netflix yang sesuai ditonton sewaktu masa senggang dan terluang.

Berikut merupakan beberapa filem komedi menarik di Netflix:

 

1) FAST AND FEEL LOVE

83DF6F16 A340 487B 8022 6A6099BAA05B

● Tarikh tayang: 6 April 2022
● Pengarah: Nawapol Thamrongrattanarit
● Pelakon: Urassaya Sperbund, Nat Kitcharit
● Genre: romantik komedi (romcom)
● Rating: 7/10 (IMDb), 7,6/10 (MyDramaList)

Fast and Feel adalah tentang seorang jejaka bernama Kao yang merupakan atlet sport-tacking paling juara di dunia. Teman wanita Kao yang sudah menemani dan menguruskannya sejak sekian lama tiba-tiba sahaja memutuskan perhubungan mereka. Kao terus berada dalam kebingungan dan patah hati lantas kerjayanya sebagai atlet sport-tacking terancam dan prestasinya mula menurun.

Bagaimanakah Kao bangkit dan menawan semula hati teman wanitanya? Filem dari negara Thailand ini ringan dan santai-santai sahaja. Sangat berbaloi untuk tontonan bersama seisi keluarga.

2) JAADUGAR (2022)

C6BD099C B2B2 4AC5 B688 C84C912CE202

● Tarikh tayang: 15 Julai 2022
● Pengarah: Sameer Saxena
● Pelakon: Jitranda Kumar, Arushi Sharma, Jaaved Jaaferi
● Genre: Romantik komedi (romcom)
● Rating: 7/10 (IMDb)

Jaadugar adalah fielm dari negara India yang dilepaskan di Netflix pada 12 Julai 2022. Filem India ini mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Meenu Narang yang merupakan seorang ahli silap mata berasal dari bandar Neemuch.

Meenu terpaksa bermain bola sepak walaupun dia langsung tidak mempunyai bakat. Semuanya dilakukan demi pujaan hati tercintanya iaitu Disha. Rasanya, Meenu berjaya atau tidak mencuri hati Disha?

3) BAD TRIP (2021)

6D880C82 387E 4BF6 A600 405E41CE23B4

● Tarikh tayang: 26 Mac 2021
● Pengarah: Kitao Sakurai
● Pelakon: Eric Andre, Lil Rel Howery
● Genre: komedi, aksi
● Rating: 6,5/10 (IMDb), 78% (Rotten Tomatoes)

Filem ini merupakan kisah pengembaraan dua orang sahabat, Chris dan Bud yang melakukan road trip dari Florida ke New York City agar salah seorang dari mereka boleh meluahkan rasa cinta kepada gadis idamannya.

Siapa sangka perjalanan mereka itu perlu menempuhi onak dan duri. Pelbagai halangan mendatang. Mereka juga dikejar oleh adik Bud yang merupakan seorang penjahat bernama Trina kerana keretanya telah dicuri oleh Bud dan Chris untuk melakukan perjalanan tersebut.

4) DEIDRA AND LANEY ROB A TRAIN (2017)

8570EE48 057A 42C4 A281 5B90723805BE

● Tarikh tayang: 23 Januari 2017
● Pengarah: Sydney Freeland
● Pelakon: Ashleigh Murray, Rachel Crow
● Genre: komedi, aksi
● Rating: 6/10 (IMDb), 92% (Rotten Tomatoes)

Mengisahkan tentang dua adik-beradik, Deidra dan Laney yang berusaha bermati-matian untuk membebaskan ibu mereka dari penjara dan membayar jaminannya.
Mereka hampir berputus asa kerana tiada satu cara pun dapat membantu mereka untuk mencari duit bagi membebaskan ibu mereka.

Akhirnya mereka membuat keputusan untuk merompak sebuah kereta api dan berjaya menghidupkan kembali hubungan kekeluargaan yang renggang. Tanpa disedari mereka rupanya diperhatikan dan diikuti oleh seorang detektif.

5) WIN IT ALL (2017)

2507F0C2 F390 4C53 B0DE 4A6C0993CCFA

● Tarikh tayang: 11 Mac 2017
● Pengarah: Joe Swanberg
● Pelakon: Jake Johnson, Aislinn Derbez
● Genre: komedi
● Rating: 6,2/10 (IMDb), 85% (Rotten Tomatoes)

Salah satu film komedi terbaik di Netflix ini menceritakan tentang Eddie Garrett, seorang kaki judi kecil-kecilan yang diberi tugas untuk menjaga sebuah beg yang dipenuhi dengan wang setelah pemiliknya dipenjara.

Sewaktu menjaga beg tersebut, Garrett tidak mampu menahan diri untuk berjudi dan menggunakan wang dari dalam beg tersebut. Akhirnya, nasib buruk menimpa dirinya. Banyak kejadian lucu dan mencemaskan berlaku apabila Garrett terjebak dalam masalah yang dicarinya sendiri.

Baca Lagi: Filem Seram Hollywood Yang Mengaut Keuntungan Besar

Baca Juga: N!xau Toma Dibayar $300 Untuk Filem Bernilai $60 Juta