Home Entertainment Jason Blum Merayu Orang Ramai Menonton M3gan

Jason Blum Merayu Orang Ramai Menonton M3gan

0

Siapalah yang tidak kenal dengan Jason Blum , seorang ikon, penerbit serta pengarah filem dan siri televisyen yang terkenal dengan hasil-hasil karyanya melalui genre seram thriler luar biasanya yang sentiasa mendapat hati para peminat di seluruh dunia.

3EE5098A 27A9 4C48 876F 776FDF307370

Baharu-baharu ini, Jason Blum melalui laman Twitternya pada 9 Februari telah mencicip dan meminta para peminat dan pengikutnya menonton semula M3gan di pawagam untuk mendapatkan kutipan sehingga $100 juta di dalam Amerika sendiri.

6C117860 CA21 4E84 A0FF 55EF3C001503M3gan dilaporkan telah mencatatkan prestasi luar biasa di box office setakat ini, dengan kutipan $88 Juta di Amerika dan $160 Juta di seluruh dunia dengan bajet hanya $12 juta. Kejayaan M3gan menjadi fenomena bagi permulaan tahun Blumhouse Production dan sekuel telan pun ditetapkan pada 17 Januari 2025.

Walaupun dengan prestasi menakjubkan itu, Jason Blum masih belum berpuas hati dan merasa M3gan masih menpunyai potensi untuk pergi lebih jauh dan meminta orang ramai menonton filem itu semula.

ADA APA DENGAN M3GAN?

09710F9D 9D95 4073 BED3 FF9422BAD599

M3gan mengisahkan seorang pakar robotik bernama Gemma (lakonan Allison Williams) yang bekerja di sebuah syarikat permainan terkenal yang membina mainan AI. Gemma telah menggunakan kepakarannya secara rahsia bagi menghasilkan M3GAN (singkatan untuk Model 3 Generative Android).

M3GAN merupakan sebuah patung permainan kepintaran buatan (AI) bersaiz sebenar yang di program untuk menjadi peneman kepada kanak-kanak dan pembantu kepada orang dewasa.

Setelah kematian kakak dan abang iparnya dalam kemalangan kereta, dia dipertanggungjawabkan menjadi penjaga kepada anak saudaranya berusia 8 tahun, Cady (lakonan Violet McGraw).

1418773A 661A 458C 8328 C58A683C4209

Walaupun bekerja dengan alat permainan, Gemma tidak mempunyai pengalaman menjaga kanak-kanak dan dia merasa janggal dengan Cady. Dia ternyata tidak bersedia mengambil alih tugas menjaga kanak-kanak tersebut.

Suatu hari, Gemma mendapat idea untuk memadankan prototaip M3GAN kepada Cady dimana dia berharap agar urusan menjaga Cady dapat dimudahkan. Namun, tindakan Gemma nampaknya menjadi mimpi ngeri apabila M3GAN berubah menjadi sebuah patung ala-ala Terminator atau Chucky yang cukup menakutkan disebabkan kelalaiannya sendiri.

A1F2BF1E 743E 450E 9CF9 0EDBCC29A22B 4BA71A0C 0DDB 43A3 826F 544B177AA5D2

Jika anda masih belum lagi menonton M3gan, ini adalah kesempatan anda untuk membawa seisi keluarga menikmatinya kerana ia masih lagi ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia, Tgv dan Gsc.

Baca Lagi: Madonna Kelihatan Muda Remaja Di Anugerah Grammy Ke-65

Baca Juga: Antara Pasangan Suami isteri Hollywood Yang Kekal Hingga Kini