Home Entertainment 5 Artis Paling Kaya Di Dunia

5 Artis Paling Kaya Di Dunia

0

Dunia hiburan menjadi lubuk mengumpul kemewahan jika anda memounyai pakej lengkap dan nasib yang menguntungkan. Para selebriti, aktor dan aktres muda, serta figura berbakat muncul di panggung dunia hiburan.

Melihatkan pesona dan pengaruh yang mereka miliki dimata dunia tidak hairan langsung jika kini mereka memiliki harta kekayaan yang melimpah-ruah.

Beberapa sumber mencatatkan terdapat sejumlah artis terkaya di dunia yang gajinya dalam setahun sahaja boleh mencecah jutaan dollar. Pendapatan mereka diperolehi dari pelbagai sumber seperti lakonan di layar perak, penampilan di kaca TV, iklan, duta jenama tersohor dan sebagainya.

Berikut merupakan beberapa senarai artis dan selebriti yang berjaya mengumpul harta kekayaan melalui pelbagai sumber:

1) Jami Gertz

98B31552 634F 4482 8347 5569ABD80531Artis paling kaya di dunia adalah Jami Gertz. Aktres yang juga merupakan seorang pelabur ini berasal dari Amerika Syarikat (AS). Pelakon ini sudah membintangi beberapa filem sekitar tahun 80-an, seperti Crossroads, Quicksilver, Less Than Zero, dan The Lost Boys. Jami Gertz juga merupakan pemilik pasukan bola keranjang Atlanta Hawks.
Aktres yang lahir pada 28 Oktober 1965 di Chicago, AS ini dicatatkan memiliki harta kekayaan mencapai $ 3 billion dollar.

2) Jerry Seinfeld

47101701 B4EE 47AA 8AED BF2EF5B0AFF1 scaled

Artis terkaya seterusnya adalah Jerry Seinfeld. Aktor dan pelawak kelahiran New York, AS pada 29 April 1954 ini dikatakan memiliki jumlah kekayaan sebanyak $50 juta dollar setahun. Jumlah kekayaannya mencapai $950 juta dollar.

Perlu diketahui, Jerry Seinfeld merupakan aktor berbakat yang sudah membintangi sejumlah filem dan lebih dari 20 program televisyen.

Salah satu rancangan televisyen yang paling menguntungkan dalam sejarah siaran televisyen dunia adalah Seinfeld. Seinfeld merupakan program yang menyaksikan Jerry Seinfeld bertugas sebagai penulis dan sekaligus produser eksekutifnya.

3) Shah Rukh Khan

E1E2714E 7DD5 415A 8B4C 8CFCBCD0BFA5

Siapa yang tidak kenal dengan Raja Bollywood Shah Rukh Khan? Tidak dapat disangkal lagi dia adalah seorang aktor legenda perfileman Bollywood dan namanya sudah tidak lagi buat peminat-peminat di seluruh dunia. Shah Rukh Khan sudah terjun ke dunia lakonan sejak akhir tahun 1980-an lagi.

Kariernya sebagai aktor Bollywood membuatkan dirinya tersenarai dalam deretan artis terkaya di dunia dengan kekayaan mencapai $600 juta dollar.

4) Tom Cruise

502B5567 BD8E 4408 B460 CEFDB563AAB5Aktor Hollywood ternama Tom Cruise juga tersenarai dalam deretan artis terkaya di dunia pada waktu ini. Jejaka kelahiran New York, AS pada 3 Julai 1962 ini sudah memulakan karier sebagai aktor sejak tahun 1980-an. Tom Cruise juga sudah membintangi lebih dari 30 filem di layar perak.

Maka tidak hairanlah jika beberapa kali pelakon ini meraih berbagai penghargaan, seperti Golden Globe Awards dan Academy Awards. Bahkan pada tahun 2022, dia masih membintangi filem Top Gun: Maverick. Dalah satu filem lakonan Tom Cruise yang paling meledak di dunia adalah Mission Impossible.
Sepanjang kariernya sebagai aktor, Tom Cruise dicatatkan memiliki kekayaan sehingga $570 juta dollar.

5) George Clooney

08ADD387 441C 4321 BB38 8026A07E671FArtis dunia dengan kekayaan luar biasa berikutnya adalah George Clooney. George Clooney merupakan seorang aktor, pengarah dan sekaligus seorang penulis yang berasal dari Amerika Syarikat. Dia menjadi salah satu bintang dunia yang sudah berlakon dalam banyak filem. George Clooney dicatatkan memiliki harta kekayaan sekitar $500 juta dollar.

Baca Lagi: 5 Artis Korea Paling Kacak

Baca Juga: 5 Filem Komedi Menarik NETFLIX Yang Mungkin Anda Belum Tonton