Home Entertainment Sugamo Case 1988 Kisah Tragis Tentang 5 Kanak-Kanak Yang Diabaikan

Sugamo Case 1988 Kisah Tragis Tentang 5 Kanak-Kanak Yang Diabaikan

0

Kisah yang sangat meruntun hati “SUGAMO CASE 1988” adalah berdasarkan kejadian sebenar tentang 5 orang kanak-kanak yang diabaikan dan ditinggalkan hidup bersendirian di dalam apartment selama 9 bulan.

96E86687 AE79 40F2 8132 0FC8AAA10324

Insiden yang menggemparkan seluruh dunia dan cukup meruntun hati ini telah berlaku di Jepun pada 14 April 1988 di Toshima Tokyo dan ia telah mendapat liputan besar-besaran oleh media Jepun dan antarabangsa ketika itu.

Kisah ini juga telah diadaptasi menjadi senaskah filem bertajuk “NO BODY KNOWS” pada tahun 2004 dan dijadikan kisah agar ia dapat membuka mata seluruh dunia terutamanya di Jepun sendiri betapa ceteknya akal dan rendahnya moral sebilangan golongan ibubapa yang membuang anak-anak mereka tanpa disedari anak-anak itu sendiri dan bagaimana sebahagian masyarakat di sana mengambil sikap tidak peduli dan mementingkan diri sendiri!

03CF9167 68BA 41AF B083 AAF9D1434C58Apa yang paling mengejutkan lagi…

Kesemua kanak-kanak ini lahir dari satu rahim yang sama tetapi dari bapa yang berlainan!! Yang sulung berumur 12 tahun ketika itu lahir pada tahun 1973, yang no.2 pada 1981, no.3 pada 1984 dan yang no.4 dan no.5 pada 1985 dan 1986.

Sedih mengenangkan nasib kanak-kanak ini yang tidak diketahui hala tuju masa hadapan mereka kerana kelahiran mereka tidak didaftarkan kecuali anak sulung sahaja, maka mereka juga tidak dapat bersekolah seperti kanak-kanak lain.

Kerana tidak puas dengan filem yang diadaptasi, difahamkan sebahagian kisahnya ada ditokok-tambah bagi menghasilkan gambaran yang lebih dramatik serta realistik maka min terus google dan mencari maklumat yang lebih terperinci kronologi kejadian sebenar kisah 5 beradik ini melalui kisah SUGAMO CASE 1988.

68FD230D 8634 4D6F B7BC ED673A0EAAC1

Sesungguhnya anak itu adalah anugerah dan amanah dari Yang Maha Esa dan mereka ini juga adalah pinjaman sementara didunia Allah kurniakan untuk setiap ibubapa. Apabila telah menjadi amanah, maka anak-anak syurga yang umpana kain putih suci ini menjadi tanggungjawab hakiki setiap ibubaanya, bukannya suka-suka untuk campak buang seperti bola dan dibiarkan mati kebuluran berseorangan.

Bayangkan kanak-kanak ini saat itu semua masih kecil-kecil belaka, ditinggalkan begitu sahaja. Ibunya yang tidak berhati perut itu akhirnya meninggalkan mereka semua dibawah jagaan abang sulung dengan hanya memberikan ¥50,000 bagi menampung perbelanjaan mereka setelah berjumpa teman lelaki baru pada tahun 1987. Ibu jenis apakah ini?

Dengan duit itu dan apartment yang mereka duduki ketika itu, TIADA SIAPA PUN YANG TAHU!! NO BODY KNOWS!! Tiada satu kelibat jiran tetangga atau masyarakat disekitar yang tahu anak-anak ini telah diabaikan, ditinggalkan. Malah mungkin juga TIADA SIAPA TAHU KEWUJUDAN MEREKA.

Hanya tidak berapa kemudian, melalui satu laporan kanak-kanak itu berhasil ditemukan. Namun ketika itu semuanya dalam keadaan yang cukup sadis, meruntun hati. Satu pemandangan yang sangat tidak selesa.

Abang sulung, no. 2 dan no.4 ditemukan dalam keadaan kurus kering kerana kekurangan zat makanan. No.3 pula telah menjadi sekujur mayat dan bongsu mayatnya tidak ditemui ketika itu.

Pada tahun yang sama, akhirnya Ibu kepada kanak-kanak itu telah menyerahkan diri dan mengaku ke atas kesemua kejadian sadis yang menimpa kanak-kanak itu semua. Wanita ini kemudianya dijatuhkan hukuman penjara selama 3 tahun.

3 TAHUN SAHAJA! Sungguh mengejutkan dan si ibu mendapat hak penjagaan ke atas 2 orang anak perempuanya yakni no.2 dan no.4.

Beberapa hari setelah itu, abang sulung membuat pengakuan bahawa adik bongsunya telah mati dipukul oleh 2 orang kawannya kerana adiknya tidak berhenti menangis sehingga menimbulkan kemarahan kawan-kawannya itu dan mereka berdua telah menanam mayat adiknya di kawasan yang bernama Chichibu.

Untuk filem yang telah diadaptasi dan diubah sedikit ini pula mengfokuskan 4 kanak-kanak yang bernama Akira, Kyoko, Shigeru dan Yuki. Masih mengekalkan identiti dari kisah yang sebenar dimana mereka ini mempunyai bapa yang berbeza dari seorang ibu.

6640E10E FFC3 4041 A4E7 710E09DB40D1

Dari segi plot dramatiknya yang telah diubah ini pula, dalam filem ini si ibu bersama anak sulung berpindah ke sebuah apartment yang disewa tetapi wanita ini memberitahu tuan rumah hanya dia dan anak lelakinya sahaja tinggal disitu.

5DCCB1BE 4BB3 45BC 9A9E F88094B4C2E2

MANA PULA PERGINYA LAGI 3 ORANG ANAKNYA ITU?

Jika hendak tahu bagaimana 3 orang anak-anaknya boleh berada di apartment itu tanpa diketahui oleh tuan rumah maka anda harus mencari dan tonton filemnya.

Saat menonton filem ini, anda pastinya dapat merasa bagaimana penderitaan dan kepayahan yang dilalui kanak-kanak ini disaat mereka mula diabaikan dan ditinggalkan oleh ibu mereka, tiada siapapun tahu yang mereka hidup bersendirian tanpa pemantauan ibu mereka.

Ini kerana ibu mereka telah menegaskan bahawa ketiga-tiga adik beradik kecil ini tidak dibenarkan untuk menjejakkan kaki keluar rumah kecuali abang sulung sahaja. Oleh demikian, tiada sesiapa yang tahu adanya 3 orang kanak-kanak lain di dalam rumah itu. Sesuai dengan tajuknya, ”NO BODY KNOWS”.

Apa yang menariknya tentang filem ini juga, lakonan bersahaja yang tampak semulajadi sekali seolah tidak menggunakan skrip membuatkan babak-babak dalam filem ini nampak begitu realistik sekali dan sajian emosi yang ditampilkan juga mampu mengguris hati setiap yang menontonnya.

Baca Lagi: Misteri Disebalik Patung Kumanthong Yang Diperoleh Dari Janin Yang Dikeringkan

Baca Juga: Oshiya Atau Penolak Keretapi Bersarung Tangan Putih Di Jepun