Home News Misteri Disebalik Patung Kumanthong Yang Diperoleh Dari Janin Yang Dikeringkan

Misteri Disebalik Patung Kumanthong Yang Diperoleh Dari Janin Yang Dikeringkan

0

Tahukah anda Kumanthong diperoleh dari janin yang dikeringkan dari anak-anak yang telah mati ketika masih dalam kandungan ibu mereka?

Ia juga dikaitkan dengan amalan Necromancy. Para dukun dikatakan mempunyai kekuatan untuk memanggil bayi-bayi yang telah lahir ini dan mengambil mereka dijadikan sebagai anak mereka kemudian menggunakan mereka untuk membantu para dukun mencapai matlamat melalui satu persembahan ritual.

A0E3A14F 1ECC 485E 9BE0 AC9B123F16A1

Asal usulnya dari Thailand sekitar abad ke 15 masihi ketika kegemilangan pemerintahan dibawah kerajaan Ayutthaya di Thailand. Dan sehingga ke saat ini, pemujaan Kumanthong masih diamalkan dikalangan pengamal animisme di negara Asia terutamanya.

Penjagaan Kumanthong ini juga mempunyai garis panduan tersendiri, memerlukan pemiliknya meletakkannya di atas rak dan menawarkannya secawan susu dan minuman manis. Kumanthong didakwa mampu melihat dan mendengar pada jarak 20,000 kilometer, memberikan perlindungan secukupnya kepada mana-mana isi rumah.

8B397027 05AE 4D67 B118 D769B4DF8E2B

Walau bagaimanapun, kadang-kadang, Kumanthong juga pandai menipu dengan mengusik kanak-kanak kecil secara ghaib. Apabila ini berlaku, pemilik harus menghukum roh itu dengan memukulnya dengan batang kayu sambil bercakap dengannya dengan nada yang keras. Dan jika seseorang itu tidak lagi dapat menjaga Kumanthong dengan cara yang betul, ia boleh dibuang ke kuil.

Terdapat 2 buah FILEM MISTIK dari Vietnam yang bertemakan pemujaan Kumanthong yang boleh anda tonton:

1. Kumanthong (2019)

B0B7EEE0 65B6 4B65 86AF 7ABE0ADCDAED

Filem yang diadaptasi dari KISAH BENAR ini telah berlaku di sebuah perkampungan di Mekong, Vietnam sekitar tahun 90an. Ia mengenai seorang dukun yang mengamalkan ilmu hitam demi untuk menghidupkan semula Ibunya yang telah mati akibat bunuh diri sehingga sanggup membunuh demi menjayakan ritual tersebut.

Dia juga mendakwa dirinya adalah seorang dukun penyembuh yang mampu merawat pelbagai jenis penyakit jiwa dan orang-orang yang di santet. Setelah mendapat kepercayaan orang kampung, dia telah menggunakan kesempatan itu untuk menjalankan ritualnya.

Filem ini telah diubahsuai sedikit demi mendapatkan kesan dramatiknya namun hala tuju filem ini tetap sama dengan kejadian sebenarnya dan filem ini tiada di mana-mana platform striming berbayar. Anda boleh membuat carian google dengan menaip “Kumanthong 2019 Watch Full Movie”.

Sekuel untuk Kumanthong ini juga boleh ditonton di Netflix dengan tajuk “Kumanthong  2 Jackpot Island (2022)” namun alur kisah untuk sekuel ini tiada kaitan dengan kejadian sebenar yang berlaku di bahagian 1. Ia hanyalah berdasarkan fiksyen sahaja.

 

2. The Guardian (2021)

6180D9A0 E32F 464E 8AA4 B34974002111 scaled

Ia sebuah filem seram mistik Vietnam diarahkan oleh Victor Vu, menampilkan beberapa pelakon seperti Tran Huyen My, Nguyen Truc Anh, Hoan Kim Ngan, Huynh Samuel An.

Gabungan antara genre “HORROR, PSYCHOLOGICAL dan THRILLER” ini mengfokuskan kisah tentang manusia yang terlalu taksub dengan keinginan duniawi sehingga sanggup menggunakan sihir voodoo yang dipanggil Kumanthong (anak patung hantu Thai) demi mencapai kemasyhuran dan kekayaan.

Ly yang merupakan penyanyi latar kepada Phuong berasa cemburu dengan apa yang pernah dimiliki oleh Phuong telah menggunakan patung Kumanthong sebagai “PENJAGA” untuk mendapatkan kemasyhuran dan cinta tanpa memikirkan akibat buruknya. Patung Kumanthong yang dimilikinya diberi nama “Baby Na”.

Sejak memiliki “Baby Na”, tuah Ly datang mencurah-curah dan semakin terkenal. Namun hanya ada satu lagi yang dia belum benar-benar dapat miliki, iaitu cinta dari Khand yang merupakan tunang kepada Phuong.

Kali ini dia memohon kepada “Baby Na” agar dia dapat meraih cinta Khand yang mana akhirnya cintanya berbalas namun ada sesuatu yang Ly tidak ketahui adalah Khand mempunyai agenda sendiri.

Filem berdurasi 2 jam 7 minit ini boleh ditonton secara striming melalui aplikasi Netflix.

Baca Lagi: Kisah Kehidupan Dan Tragedi Di Sebalik “American Sniper”

Baca Juga: Oshiya Atau Penolak Keretapi Bersarung Tangan Putih Di Jepun