Home Entertainment Skandal Buli Dan Pelacuran Artis Korea Mengejutkan Dunia

Skandal Buli Dan Pelacuran Artis Korea Mengejutkan Dunia

0

Dalam beberapa tahun ini, industri hiburan Korea Selatan bersinar terang. Banyak aktor dan aktres serta para pemuzik dan penyanyi yang berasal dari negara ini yang meraih populariti menyeluruh secara global. Namun, sama seperti di negara lain, dunia hiburan dan dunia seni di Korea Selatan juga tidak lepas dari skandal dan kontroversi.

Berikut adalah antara selebriti-selebriti terkenal yang terlibat dalam skandal tergempar dalam industri hiburan, segalanya bercampur dari kisah percintaan, penggunaan ubat-ubatan terlarang, buli, bahkan serangan seksual.

1) Kim Ga-ram

0BA003DA D5C5 4DFA BA4E BFB51955EE29

Kim Ga-ram, merupakan bekas ahli LE SSERAFIM, iaitu kumpulan K-pop di bawah naungan HYBE, dia menjadi tumpuan masyarakat dan peminat. Hal ini bukan kerana prestasi dan pencapaiannya tetapi Kim Ga-ram menjadi perbincangan dan bualan hangat di seluruh negara kerana dugaan skandal buli yang pernah dia lakukan hingga menyebabkan seorang pelajar cuba untuk membunuh diri.

Laporan mengatakan bahawa harus menjalani hukuman disiplin atas perilaku buruknya di sekolah. Agensinya telah membantah dan menepis sebahagian besar tuduhan tersebut. Namun, Kim Ga-ram telah mengambil langkah untuk menarik diri dari kumpulan K-pop LE SSERAFIM, hanya beberapa minggu setelah album debutnya, Fearless.

Akibat dari skandalnya ini, agensi membuat keputusan untuk tidak menyambung lagi kontrak Kim Ga-ram. Dia juga terus meninggalkan kumpulan LE SSERAFIM.

2) Seo Ye-ji

05424845 AEB7 43F2 B75C D27A141B35CB

Selain tuduhan membuli di sekolah dan merendah-rendahkan staf, bintang It’s Okay To Not Be Okay itu juga dituduh cuba mengawal kekasihnya ketika itu, iaitu aktor Crash Landing On You, Kim Jung-hyun.

6FCF8285 E680 405F BA6E BEE0B9B1130B

Seo Ye-ji terlibat kontroversi terlalu mengongkong pergerakan teman lelakinya itu dan membuatkan orang-orang dalam industri berasa tidak selesa. Laporan dari media Dispatch mengatakan, Seo Ye-ji melarang kekasihnya itu melakukan adegan romantik dalam setiap K-drama yang dibintanginya.

3) Kim Seon-ho

2A810365 C954 44BA B552 EB70EA349411

Aktor yang menempa nama melalui K-drama Hometown Cha Cha Cha dan Start Up ini dituduh oleh bekas teman wanitanya sebagai lelaki yang melakukan pemaksaan pengguguran kandungan. Kim Seon-ho dituduh memaksa teman wanitanya menggugurkan kandungan apabila dia tidak sanggup untuk memberikan komitmen terhadap anak tersebut.

Kemarahan orang ramai akibat tuduhan tersebut menyebabkannya Kim Seon-ho dikeluarkan dari projek iklan dan projek-projek lainnya. Akhirnya Kim Seon-ho kembali ke laman Instagram miliknya untuk membuat satu permohonan maaf kepada para peminatnya, setelah dia menghilangkan diri selama hampir tujuh bulan.

4) Seungri

allkpop 1670951670 untitled 1

Mungkin ini adalah skandal selebriti Korea Selatan terbesar yang pernah dicatat. Skandal yang lebih dikenali dengan nama ‘Burning Sun’ ini melibatkan bekas idol K-pop dari kumpulan BIGBANG, Seungri.

Skandal ini disebut-sebut sebagai salah satu kes jenayah terbesar dalam sejarah K-pop.
Seungri disiasat kerana penipuan dan juga sindiket pelacuran di kelabnya yang dikenali sebagai Burning Sun pada tahun 2019.

Dia dan rakan kongsinya terbukti mengatur layanan servis seks untuk calon pelabur dan para pelanggan vvip di kelab tersebut. SCMP melaporkan bahwa Seungri telah membuat pengakuan di mahkamah bahawa dia bersalah atas semua tuduhan yang ditujukan kepadanya dan dia juga menyatakan penyesalannya.

Pendakwa raya pada mulanya memohon hukuman penjara lima tahun untuk Seungri, tetapi Mahkamah Tentera Am Komando Operasi Darat di Yongin memutuskan pada Ogos 2021 bahawa dia akan menjalani hukuman selama 3 tahun.

Hukuman penjara Seungri kemudiannya dikurangkan lagi kepada satu tahun dan enam bulan pada Januari 2022 selepas dia mengaku bersalah atas kesemua sembilan pertuduhan dan denda 1.1 bilion Won ($874,571.17 USD).

Terbaru Pada 9 Februari KST, seorang pegawai dari Kementerian Kehakiman mengesahkan bahawa bekas anggota BigBang itu dibebaskan dari penjara 2 hari lebih awal daripada yang dijadualkan, pada asalnya dijadualkan dikeluarkan pada 11 Februari.

Baca Lagi: Misteri Disebalik Patung Kumanthong Yang Diperoleh Dari Janin Yang Dikeringkan

Baca Juga: Oshiya Atau Penolak Keretapi Bersarung Tangan Putih Di Jepun