Home Entertainment 5 Teori Yang Menunjukkan Leftenan Lee “Duty After School” Sudah Meninggal

5 Teori Yang Menunjukkan Leftenan Lee “Duty After School” Sudah Meninggal

0

Saluran YouTube TVING baru sahaja melepaskan trailer kedua drama siri Duty After School Part 2 pada Isnin 17 April 2023. Trailer tersebut menunjukkan adegan-adegan para pelajar kelas 3-2 yang makin hebat dalam menembak dan melawan mahkluk asing sfera.

Selain itu, ternyata terdapat beberapa perkara yang membuatkan para peminat makin yakin bahawa Leftenan Lee Choon Ho tidak terselamat semasa penutup Duty After School bahagian pertama.

Jom kita lihat 5 sebab kenapa Leftenan Lee Choon Ho Duty After School (2023) sudah meninggal dunia:

1. Cha So Yeon menyimpan rantai tentera Leftenan Lee

7c53f9f8 b6b0 4c30 bd6e 98b43040a622Dalam petikan pertama trailer, kelihatan Cha So Yeon (Shin Soo Hyun) memegang seutas rantai tentera. Penonton perlu fokus kerana terdapat tulisan hangul dengan perkataan Lee. Selain itu, rantai tentera biasanya selalu dipakai atau disimpan oleh pemiliknya. Jika rantau tentera Lee Choon Ho (Shin Hyun Soo) bertukar tangan, besar kemungkinan pemilik rantai tentera tersebut sudah meninggal dunia atau gugur semasa bertugas.

Baca Lagi: 10 Sebab Kdrama “Duty After School” Wajib Ditonton

2. Jo Jang Soo mengatakan para pelajar kelas 3-2 sangat mahir menembak, tapi Leftenan Lee tidak kelihatan

5382c4a6 4b11 4631 a89e cd60fe6c45a2

Masih mengulas mengenai trailer yang sama, para pelajar kelas 3-2 tetap setia membuat rakaman video untuk menceritakan tentang kehidupan dan perjuangan mereka selama menjadi askar simpanan kerajaan. Dalam salah satu petikan video trailer, Jo Jang Soo (Yoon Jong Bin) turut bercerita.

Akaun Twitter @kdrama_menfess menulis terjemahan dari dialog Jo Jang Soo, “Kemampuan menembak mereka meningkat sangat cepat, tapi tidak sama seperti waktu mereka menembak target di lapangan sasar. Pemimpin platun, kamu pasti akan terkejut jika melihat mereka kini.”

Dialog tersebut mengisyaratkan bahawa Leftenan Lee tidak bersama mereka lagi. Apakah Letnan Lee benar-benar meninggal dunia? Atau Leftenan tersebut belum lagi menjumpai mereka?

3. Leftenan Lee tidak muncul sama sekali dalam dua trailer Duty After School Part 2

6f3ec70c a806 4a0d a772 af64e2c0c57fTVING sudah melepaskan dua trailer Duty After School Part 2 di saluran YouTube dan laman Instagram milik mereka. Trailer pertama dilancarkan pada 11 April 2023, manakala trailer yang kedua pada 17 April 2023. Dalam dua trailer tersebut, Leftenan Lee tidak muncul sama sekali. Oleh sebab itu, para penonton semakin curiga dengan nasib Leftenan Lee selanjutnya.

4. Adegan terakhir Leftenan Lee waktu diserbu makhluk asing sfera

049cc763 741f 4a6d 9daa c50eea524124Dalam episod 6, Leftenan Lee menyatakan bahawa dia tidak mampu untuk melarikan diri dari kawanan makhluk asing sfera. Dia telah terkepung di salah satu ruang kelas dan makhluk asing sfera sedang berusaha untuk masuk ke kelas tersebut.

Waktu itu, keadaan kakinya juga cedera dan peluru yang dimilikinya sudah habis. Leftenan Lee mengarahkan para pelajar kelas 3-2 dan Sarjan Kim Won Bin (Lee Soon Won) untuk segera meletupkan Universiti Kota Maesong.
Dalam adegan tersebut juga kelihatan makhluk asing sfera mendekati Leftenan Lee yang hanya berdiri dan terdiam kaku. Bagaimanakah nasib Lefetanan Lee sebenarnya?

5. Caption Twitter TVING yang memberi isyarat bahawa Leftenan Lee sudah tidak bersama untuk berjuang

88a6434b 2bae 40e2 8aa7 4756658e7f3eLaman rasmi Twitter TVING melepaskan poster Duty After School (2023) yang terbaru pada 11 April 2023. Di dalam poster tersebut kelihatan para pelajar kelas 3-2 yang sedang diancam oleh makhluk asing sfera. Lebih menambah tanda tanya adalah apabila gambar Leftenan Lee juga turut kelihatan dalam poster tersebut.

Caption dari tweet tersebut dibicarakan oleh para peminat setia siri ini dan turut menjadi topik utama kerana TVING seolah-olah mengisyaratkan bahawa Leftenan Lee sudah tidak berjuang bersama para pelajar kelas 3-2.

“Pemimpin platun Lee Choon Ho yang melindungi para pelajar sampai akhir. Mulai sekarang, platun ke-2 Sekolah Sungjin perlu bertahan hidup sendiri,” dipetik dari @tvingdotcom.

Cukupkah 5 sebab di atas? Para penonton dan peminat semakin yakin bahawa Leftenan Lee tidak selamat. Semoga teori-teori di atas tidak benar dan Leftenan Lee masih hidup dan menemui kita semua di Duty After School Part 2 yang juga boleh ditonton di Viu Malaysia nanti!

Baca Juga: 17 Drama dan Filem Shin Hyun Soo, Leftenan Lee dari “Duty After School”