Home Entertainment 10 Sebab Kdrama “Duty After School” Wajib Ditonton

10 Sebab Kdrama “Duty After School” Wajib Ditonton

0

Drama siri Duty After School berjaya mencuri perhatian ramai dan mendapat banyak pujian daripada para peminat KDrama. Drama siri ini bertemakan kisah bencana dan mengusung jalan cerita yang unik iaitu tentang sekumpulan remaja sekolah tinggi yang perlu berjuang dan bertahan hidup melawan makhluk asing yang muncul membunuh manusia sesuka hati.

Kehadiran makhluk asing yang mampu menyerang manusia menjadi masalah utama yang ditonjolkan dalam drama siri ini dan segala cerita yang ada sehingga mampu membuatkan para penonton merasa cemas, bimbang, tegang, sedih, dan juga turut merasa terharu dengan ikatan persahabatan watak-watak yang dipamerkan.

Baca Lagi: Rindu Kang Tae Oh? Jom Semak 14 Fakta Menarik Tentang Dirinya

IMG 1372Jom kita lihat 10 sebab mengapa Kdrama Duty After School menjadi viral dan banyak dibicarakan di pelbagai platform media dan mengapa Kdrama ini wajib ditonton:

94889201 077A 47C5 BA6F 7023ACBAB522

1. Duty After School adalah drama siri garapan Studio Dragon yang merupakan syarikat produksi yang terkenal menghasillkan pelbagai drama siri hits serta mereka mempunyai kepakaran teknologi CGI yang canggih.

3C421F50 F416 4E3B 92B0 5E57F1A149D42. Drama siri original TVING ini sangat menarik untuk ditonton kerana mengumpulkan pelakon-pelakon muda yang masih baru dalam dunia lakonan Korea Selatan. Inilah masanya untuk menonton wajah-wajah segar pelakon baru dan menikmati bakat mereka!

84C8A334 8877 4B86 90AE F0BB45AB00103. Walaupun ramai pendatang baru, kualiti lakonan mereka sangat cemerlang hingga mereka berjaya menggambarkan sikap sebenar remaja sekolah tinggi yang sangat mirip dengan kehidupan sebenar!

3061C561 C860 43BB 97A7 AB82D1194D234. Selain itu, drama siri ini juga menyajikan kisah persahabatan remaja sekolah dengan ikatan yang kuat dan mengharukan. Berjaya membuat para penonton rindu akan zaman persekolahan masing-masing.

C449D9B6 F4EB 44ED B6AA 0F19F72AEC695. Mengangkat cerita unik fantasi tentang usaha bertahan hidup sekumpulan anak-anak pelajar dalam melawan makhluk asing yang menyerang manusia di bumi. Sangat mengujakan!

387E89CF EB6B 48DD 81DF DD0BA3D3EE296. Selain itu, Duty After School juga menyajikan konflik yang sangat tegang dan suasana cemas dari awal hingga akhir, wajib ditonton bagi peminat-peminat drama siri bertemakan fantasi dan bencana.

9A6E8D2F 0B55 4EB8 AC09 B0760C4C3C137. Walaupun suasana sering tegang, drama siri comeback Moon Sang Min ini juga ternyata berjaya menyelitkan banyak adegan komedi yang berjaya menggeletek hati para penonton!

906CC140 467E 4E3B 8B7A 7AB7F11823488. Seterusnya, terdapat beberapa plot twist yang tidak disangka-sangka sehingga membuatkan para penonton tertanya-tanya tentang jalan cerita selanjutnya.

537770C6 224A 4CFD 8DE7 19E62FC04FB19. Gandingan yang sangat menjadi antara pelakon-pelakon utama sangat kuat dan serasi. Seolah-olah tiada karakter watak utama yang spesifik kerana semua watak adalah diberi screen time yang sama banyak. Semuanya penting dan mempunyai peranan yang sangat berkesan untuk drama siri ini.

0E55145B C674 48C9 8D4F AD35F16E89FA

10. Setiap watak sangat sesuai dengan gaya dan ketrampilan para pelakon, maka lakonan tampak sangat semulajadi dan sangat meyakinkan.

Boleh dikatakan bahawa Duty After School memang layak untuk mendapat perhatian dan pujian daripada para penonton. Kisah yang sangat menarik dan sungguh segar. Bagaimana kisah mengenai remaja sekelas yang pada awalnya sangat asing dan tidak mempedulikan antara satu sama lain menjadi sangat dekat dan saling menyayangi kerana bencana dan peperangan. Jom kita nantikan Duty After School Part 2 yang akan ditayangkan di platform striming Viu pada 21 April 2023 nanti.

Baca Juga: 9 Kdrama yang Bakal Menemui Anda April 2023