Home Entertainment Siapakah Sebenarnya Kim Shi Yeol Dalam “The Secret Romantic Guesthouse”?

Siapakah Sebenarnya Kim Shi Yeol Dalam “The Secret Romantic Guesthouse”?

0

9 Perkara yang mencurigakan tentang Kim Shi Yeol dalam The Secret Romantic Guesthouse

Mungkinkah Kim Shi Yeol adalah Lee Seol?
Episod terbaru drama siri Korea Selatan iaitu The Secret Romantic Guesthouse (2023) berkembang menjadi semakin menarik. Para tetamu rumah penginapan Ilhwawon telah memulakan misi untuk mencari putera raja yang telah digulingkan yang dikenali sebagai Lee Seol.

Sementara itu, Lee Seol merupakan keturunan dari putera mahkota yang telah dihapuskan. Tidak hairanlah, ramai orang yang berniat mahu memburunya kerana dia dianggap ancaman utama yang boleh mengganggu takhta raja dan putera mahkota sekarang.

Seperti yang peminat setia Kdrama ini ketahui daj mungkin dapat mengagak, terdapat perkara yang mencurigakan tentang pemuda yang bernama Kim Shi Yeol (Kang Hoon) ini. Walaupun dia merupakan salah seorang tetamu di Ihwawon, ramai penonton yang beranggapan kalau-kalau pemuda ini merupakan Lee Seol.

Baca Lagi: Honey J Selamat Melahirkan Anak Pertama

Pasti ramai yang tertanya-tanya bukan? Jom, kita selusuri sembilan perkara yang mencurigakan tentang watak Kim Shi Yeol berikut ini:

1. Di awal episod, kehadiran Kim Shi Yeol yang membantu Yoon Dan Oh yang dikejar seorang bangsawan sudah amat mencurigakan.

54B3CFBF A91B 49BB 83F3 3FE5D8ACDE7C
2. Niatnya menginap di penginapan Ihwawon milik Yoon Dan Oh adalah dianggap untuk mencari tempat persembunyian dan caranya mendekati wanita tersebut juga meraih perhatian para penonton!

92A3E379 A551 470F 9DDC 3960E74904C1
3. Kim Shi Yeol secara tiba-tiba membawa seekor anjing yang diberi nama Bok Sil. Nama Bok Sil tersebut sama dengan nama anjing Yoon Dan Oh sewaktu kecil.

F35D8085 6E3D 4CED A90A 112127130577
4. Selain itu, terdapat salah satu babak ketika Kim Shi Yeol menemui seorang sami tua yang memanggilnya dengan panggilan “tuanku”.

364AAAB6 31A3 4141 86D9 DFF549725BED
5. Kim Shi Yeol menunjukkan gerak-gerik aneh dan dia pernah berkata bahawa situasi akan bertambah menarik sekiranya salah seorang di antara mereka (tiga tetamu muda di Ihwawon) adalah Lee Seol.

3CBAC0EB 4E75 4A67 8D8E BF27BC80AC05
6. Sikapnya yang pura-pura bodoh dan sering bergurau senda dianggap sebagai cara untuk untuk menutup identitinya yang sebenar sebagai seorang pewaris takhta yang sah.

12160A20 8718 491E 8394 7882B85970D3
7. Sewaktu Kang San tercedera, Shi Yeol sangat arif dan mengetahui jenis-jenis ubat yang mujarab dan berjaya menyembuhkan Kang San, padahal selama ini dia kelihatan seperti suka main-main dan tidak pernah belajar!

79EDA3E9 1D78 41EC AA2C AF5B5B7C1FCE
8.Kim Shi Yeol juga pernah ditangkap oleh Ketua Pentadbiran Jang kerana namanya tiada dalam senarai susur galur keluarganya (seperti yang didakwa olehnya).

325921A4 444F 47A8 8FBA E7BDD8F0321B

9. Lebih mencurigakan lagi kerana akhirnya ia berjaya bebas dengan bantuan orang yang telah mengesahkan latar belakangnya. Boleh jadi juga orang-orang itu adalah pengikut setianya yang membantu Kim Shi Yeol selama ini!

05E7F038 3CBF 4930 9DF3 BD2A4DE28B14Berdasarkan perkara-perkara mencurigakan yang telah tersenarai di atas, tidak hairanlah sekiranya muncul teori yang mengatakan Kim Shi Yeol adalah Lee Seol yang selama ini dicari-cari oleh pihak istana dan ramai orang lain. Jadi, bagaimanakah pendapat anda? Jangan lupa untuk saksikan kisah selanjutnya drama siri The Secret Romantic Guesthouse ya di platform striming Viu sahaja!

Baca Juga: 9 Info Menarik The Secret Romantic Guesthouse