Home Entertainment Honey J Selamat Melahirkan Anak Pertama

Honey J Selamat Melahirkan Anak Pertama

0

10 gambar Honey J Street Woman Fighter sejak dari hamil hingga melahirkan

Honey J melahirkan anak pertamanya!
Khabar gembira diterima dari penghibur terkenal iaitu Honey J yang merupakan salah seorang peserta Street Woman Fighter (2021). Honey J dan suaminya iaitu Jung Dam telah dikurniakan buah hati pertama mereka pada hari Rabu, 5 April 2023.

Sehingga waktu ini, Honey J belum lagi menunjukkan wajah bayi kesayangannya itu. Jom, sama-sama kita lihat perjalanan Honey J dari awal kehamilan hingga dia melahirkan!

Baca Lagi: 5 Artis Korea Yang Dilabel Sebagai Kaki Kikis

1. Honey J telah mengumumkan berita tentang perkahwinannya dan kehamilannya pada 15 September 2022. Pada waktu itu, dia masih belum lagi menunjukkan wajah calon suaminya!

9E7BD44E 3CE6 489E 9A01 B6F73A95960C
2. Pada bulan November 2022, Honey J telah berkongsi gambar prewedding yang sangat romantik bersama suaminya, iaitu Jung Dam.

FB4EA168 FFED 4149 8B99 8EDD25770CAE
3. Honey J berkongsi dua gambar polaroid yang mempamerkan baby bump dan kemesraannya bersama suami tercinta!

DCF59434 7F36 46F7 9298 558A3FCC91EC
4. Walaupun pernah ditunda, namun akhirnya perkahwinan Honey J dan Jung Dam terlaksana pada 17 November 2022.

D0856624 BB9C 4685 977B 96C461809FFE
5. Honey J sering berkongsi gambar-gambar baby bump-nya dan kemesraannya dengan suami tersayang selepas mereka sah mendirikan rumah tangga. Para peminat juga tumpang gembira melihat kehidupan bahagia yang dipamerkan oleh selebriti ini dan pasangannya. Sungguh romantik!

92DFDC6B B3C8 4E45 9592 42EC478E833F
6. Jika menurut perkiraan yang betul, sepatutnya Honey J sudah hamil sejak bulan Ogos 2022. Waktu dia mengumumkan berita perkahwinannya, kandungannya sudah memasuki usia bulan kedua.

C994277D 1EFE 47D1 B244 C5FB07250033
7. Memasuki trimester ketiga, Honey J tetap aktif dengan aktivitinya sebagai seorang penari. Dia juga turut berkongsi gambar-gambar kehamilannya bersama Singles Magazine!

8804A82C F2B6 407F 87D0 C8F534B5E2BF
8. Dalam sisi lain, Honey J juga sering menghabiskan waktu lapangnya dengan bersiar-siar bersama suaminya. Lebih menariknya, ternyata suami Honey J ini adalah 10 tahun lebih muda daripadanya!

72071393 236B 4013 8B95 30BE738882C7
9. Seminggu sebelum melahirkan bayinya, Honey J telah berkongsi gambar tilam bayi dan peralatan-peralatan lain untuk buah hati pertamanya itu!

0AA3DCD3 6E3F 472B A4E4 9221AA46786F
10. Akhirnya buah hati Honey J dan Jung Dam yang ditunggu-tunggu telah lahir pada hari Rabu, 5 April 2023 dalam keadaan sihat walafiat.

0B03A31F 5790 41E2 95E5 36C230F94F6F
Sehingga artikel ini ditulis, Honey J belum lagi terbuka untuk berkongsi wajah buah hatinya secara jelas. Selamat berbahagia dan memikul tanggung jawab sebagai ibu bapa untuk Honey J dan Jung Dam!

Baca Juga: Rindu Kang Tae Oh? Jom Semak 14 Fakta Menarik Tentang Dirinya