Home Entertainment 5 Artis Korea Yang Dilabel Sebagai Kaki Kikis

5 Artis Korea Yang Dilabel Sebagai Kaki Kikis

0

Sikap materialistik sememangnya dianggap buruk oleh masyarakat. Terbukti, ramai artis Korea Selatan yang dikecam kerana mereka dianggap hanya menginginkan keuntungan kewangan apabila menjalinkan hubungan dengan pasangan mereka yang kaya raya. Mereka juga dituduh tidak ikhlas dan kaki kikis.

Walaupun begitu, artis Korea yang sering dikaitkan sebagai kaki kikis ini membantah tuduhan orang ramai. Mereka mengaku tidak menjalin hubungan semata-mata untuk mengambil kesempatan atas kekayaan pasangan mereka. Jom kita lihat senarai artis yang terpalit isu ini:

1. Kahi

D6D2496F 099C 448E BF4B 61270D1948E4Dalam program Taxi pada tahun 2016, Kahi menyatakan bahawa pihak media sengaja membesar-besarkan khabar angin tentang kekayaan suaminya. Menurutnya, suaminya adalah seorang lelaki yang sangat bekerja keras dan sederhana. Dia juga memulakan semuanya dari bawah dan bukannya bermula dengan suapan sudu emas dimulutnya. Kahi juga membantah gosip yang mengatakan dirinya hanya mementingkan harta. Dia mengaku bahawa dia bukanlah orang yang hanya memandang kekayaan atau wang sahaja dalam memilih pasangan.

Baca Lagi: Perjalanan Karier Lee Do Hyun

2. Lucas NCT

81500433 04F9 499A 9594 7B900A22ED07Pada tahun 2021, seorang netizen dari Korea dan negara Cina menuduh Lucas hanya mengambil kesempatan atas kekayaan pasangannya, mereka membuat tuduhan melalui hantaran di laman komuniti atas talian. Menurut kedua-dua netizen tersebut, Lucas suka berlaku curang dan hanya menginginkan harta pasangannya sewaktu bercinta.

Pada waktu itu, SM Entertainment mengumumkan bahawa Lucas akan menghentikan segala aktivitinya untuk bertenang mengambil iktibar atas tindakannya. Lucas juga membuat permohonan maaf dan menyesali perbuatannya melalui hantaran di laman Instagram peribadi miliknya.

3. Park Min Young

1927845B E040 4B64 9A79 DD06E4A82A03Park Min Young dikhabarkan menjalin hubungan cinta dengan seorang ahli perniagaan yang bernama Kang Jong Hyun pada tahun 2022. Menurut laporan Dispatch, ahli perniagaan yang kaya raya itu mempunyai sejarah hitam masa lalu akibat kontroversi yang pernah melandanya. Dia pernah dituduh mengumpulkan kekayaan besar melalui transaksi haram dan tidak sah. Park Min Young juga dituduh menerima duit dalam jumlah yang banyak dari Kang Jong Hyun.

Setelah menjadi kontroversi, agensi Park Min Young menyatakan bahawa peakon wanita itu tidak menerima duit daripada ahli perniagaan itu dan tidak terlibat dengan kes kesalahan undang-undang yang berkait dengan lelaki itu. Selain itu, agensi juga telah memberi kebenaran untuk mereka berdua menjalin hubungan cinta, tetapi hubungan mereka kini sudah putus.

4. Lee Jung Jae

FDE5DADE 2BB3 4A6D 8137 2C68E1155311

Lee Jung Jae digosipkan menyulam asmara dengan Im Se Ryung sejak tahun 2010 lagi. Kedua-duanya mengesahkan hubungan cinta mereka pada tahun 2015. Im Se Ryung berasal dari sebuah keluarga konglomerat Daesang yang juga merupakan bekas isteri kepada pewaris Samsung, Lee Jae Yong.
Lee Jung Jae dituduh hanya menginginkan kekayaan Im Se Ryung.

Netizen juga beranggapan bahawa Im Se Ryung rela memberikan duit kepada Lee Jung Jae yang ingin membuka perniagaan. Lee Jung Jae juga sering dilaporkan menerima sponsor oleh netizen dalam forum Pann. Dia dituduh menerima duit dalam jumlah yang besar dari Lee Hae Kyung yang berasal dari keluarga Dongyang Conglomerate untuk membayar hutangnya. Namun, semua gosip liar itu tidak pernah terbukti kebenarannya.

5. Jung Ryeo Won

11DD9469 8B5F 4F04 8434 7170968810A1Pada tahun 2021, Jung Ryeo Won dituduh menjalin hubungan cinta dengan seorang ahli perniagaan yang dikenali sebagai Kim. Dia juga dituduh hanya mencuba untuk mengaut kekayaan ahli perniagaan itu. Perkara ini menjadi sangat kontroversi kerana jejaka tersebut pernah ditangkap atas tuduhan kes penipuan, ugutan, dan kekerasan pada April 2021.

Hasil penyiasatan mendapati bahawa Kim menghabiskan banyak duit dengan membeli barang-barang mewah untuk Jung Ryeo Won. Namun, agensi artis tersebut segera membuat kenyataan bahawa pelakon tersebut tidak pernah menerima sebarang duit daripada Kim ataupun terlibat dengan kes penipuan. Sayangnya, kariernya jatuh menjunam walaupun pihak agensi juga telah memberi kenyataan tersebut.

Gosip-gosip yang memburu para artis ini adalah igauan buruk dalam hidup mereka. Tuduhan-tuduhan itu berkembang dan tersebar luas, sehingga berakhir menjadi kontroversi yang tidak dapat dielakkan.

Baca Lagi: Rumah Agam Baru Jungkook BTS