Home Entertainment “Taxi Driver 3” Kini Dalam Proses Perbincangan

“Taxi Driver 3” Kini Dalam Proses Perbincangan

0

Berita terbaik yang pernah ada! Taxi Driver disahkan kembali untuk musim ke-3!!

“Taxi Driver 2” baharu sahaja menamatkan tayanganya malam tadi dengan 21% rating dan terkini penerbitnya telah mendedahkan dan mengesahkan bahawa Taxi Driver 3 sedang dalam proses perbincangan!

IMG 2413

Wakil SBS #TaxiDriver mengesahkan bahawa siri ini akan kembali dengan musim ke-3. Wakil mengatakan bahawa mereka sedang dalam perbincangan untuk mendapatkan butiran dengan kru dan pelakon yang mengambil bahagian dalam pembikinan musim ke-3 nanti.

Baca Lagi: 10 Watak Utama Yang Pernah Dibawa Oleh Lee Je Hoon

IMG 2415

Taxi Driver 2 telah membuktikan bahawa ia merupakan salah satu drama fenomenal pada tahun ini sehingga mendapat liputan penuh di seluruh dunia. Mana tidaknya, kerana kes-kes yang disajikan dalam drama ini kebanyakkannya diambil dari kes jenayah sebenar yang pernah berlaku di Korea.

IMG 2408

Ada desas-desus mengatakan Musim 3 akan ditayangkan pada Disember ini. Desas-desus ini tersebar pasti ada sebabnya, kerana ia dari beberapa fakta yang disajikan selama penayangan episod terakhir musim ke-2 ini.

Episod akhir di ”Taxi Driver 2” akan menjadi spoiler bagi musim ke-3 cukup ketara setelah berlakunya babak pertemuan diantara Kim Do Gi (Lee Je Hoon) bersama dengan Leftenan Oh Mi seo (Moon Chae Woon) yang meninggalkan pelbagai teka-teki.

Di sisi lain, fakta bahwa Kim Do Gi bertemu dengan Leftenan Oh Mi Seo yang mendekatinya dari seberang gudang merupakan bahagian babak yang menguatkan lagi kisah ini akan berlanjutan sehingga ke musim ke-3.

Selain itu, laporan pemindahan ketenteraan Kim Do Gi juga menjadi perhatian setelah ia menyebutkan bahawa pada 8 Disember 2023 Kapten Kim Do Gi diperintahkan untuk dipindahkan ke Markas Besar Divisi Infanteri ke-29. Adakah 8 Disember itu adalah petunjuk bahawa musim ke-3 Taxi Driver akan berlangsung pada tarikh tersebut??

IMG 2406

Dan adakah Lee Je Hoon akan tetap membawa peranan utama setelah terungkai fakta bahawa Kim Seo Yoon merupakan pemandu teksi mewah pertama?

Rasanya para peminat pasti tidak ingin melepaskan Lee Je Hoon dari karakter ini walaupun petunjuk dari episod akhir musim ke-2 ada nanti lebih fokus untuk watak aksi pemandu teksi mewah pertama.

Betul atau tidak kita sama-sama nantikan pengumanan rasminya ya!

Bagi yang masih belum ada peluang untuk menikmati drama hebat ini, “Taxi Driver 1 & 2” boleh ditonton di penstriman Viu Malaysia ya!

Baca Juga: Peminat Bakal Mengucapkan Selamat Tinggal Kepada “Taxi Driver 2”