Home Entertainment 9 Kdrama Terbaru Pelakon Taxi Driver 2

9 Kdrama Terbaru Pelakon Taxi Driver 2

0

Taxi Driver 2 telah berjaya memenangi hati ramai penonton dan juga peminat. Kini semua 16 episod telah ditayangkan dan anda semua sudah boleh mula marathon semua episod menarik yang terhidang dan tidak perlu menunggu episod baru setiap minggu lagi!

Drama siri dari Korea Selatan tersebut mengisahkan tentang khidmat balas dendam yang dilakukan oleh sebuah kumpulan dari Teksi Pelangi. Pelbagai cara dilakukan oleh mereka agar para pesalah dan penjahat mendapat balasan sesuai dengan tindakan buruk dan jenayah yang dilakukan oleh mereka.

Pasukan teksi mewah memang sukar dilupakan oleh para penonton, sukar untuk para peminat untuk move on dan melupakan mereka. Jangan bimbang, tenang-tenang sahaja, kerana Lee Je Hoon, Pyo Ye Jin dan bintang-bintang lain Taxi Driver 2 telah mendapat tawaran untuk drama siri terbaru.

Baca Lagi: “Taxi Driver 3” Kini Dalam Proses Perbincangan

Jom sama-sama kita lihat senarai drama siri terbaru yang dibintangi oleh para pelakon Taxi Driver 2:

c234bfff 131b 4015 a599 f548fac6071d1. Lee Je Hoon sedang diintai untuk membintangi Chief Inspector 1963 dan membawa watak sebagai orang Korea Utara yang bersembunyi di Korea Selatan

dfeda83b a5a1 4258 9e37 9543802276132. Sementara itu, Pyo Ye Jin sudah disahkan akan tampil sebagai cameo dalam The Devil yang menceritakan tentang kisah gadis yang dirasuk oleh iblis

cb20edb6 95e3 45bc 82e7 197bb3f32e6d3. Jang Hyuk Jin menjadi cameo sebagai bapa kepada pelajar pada episod 1 dalam drama siri Duty After School, Duty After School adalah Kdrama tentang serangan makhluk asing yang ganas dan misteri

8508f07a efd5 4c0c a13e 51863bbe4c574. Big Bet 2 membawa kisah seorang jejaka yang menjadi raja kasino. Lee Je Hoon diberi peluang untuk muncul sebagai cameo pada episod finale siri ini

1442c756 639e 4a1d a68e 11608c81cb675. Pyo Ye Jin mendapat tawaran untuk berlakon bersama dengan Kim Young Dae dalam The Moon that Rises in the Day, drama siri tentang kisah cinta pada zaman Dinasti Silla dan juga pada masa kini

dd12962c 7d10 43e5 abcc 84d7721722926. Shin Jae Ha juga sedang diintai untuk berlakon dalam drama siri Biography of a Villain yang menceritakan tentang kehidupan seorang penjahat

51ed1754 7a3a 4c13 9d46 2dea54f1219e7. Bakal dilancarkan pada 12 Mei nanti, Black Knight berlatarkan tahun 2071 dimana dunia rosak teruk akibat pencemaran udara. Kim Eui Sung turut serta membintangi Black Knight

8e1a8161 1b0d 468a 8142 ae8656b224018. Pyo Ye Jin baru sahaja menamatkan Our Blooming Youth yang mengisahkan tentang seorang bangsawan yang menyiasat kes pembunuhan keluarganya

43efde30 3f6f 4d16 bc95 c78815c3fec39. Sebelum membintangi Taxi Driver 2, Shin Jae Ha telah mencuri perhatian di Crash Course in Romance, sama-sama membawa watak antagonis yang tersembunyi!

Populariti drama siri Taxi Driver 2 memang tidak perlu diragukan lagi. Nampaknya ramai peminat yang menantikan musim ke-tiga siri ini kerana masih ingin melihat pasukan teksi mewah tersebut. Demikian sahaja beberapa drama siri terbaru yang dibintangi oleh para pelakon Taxi Driver 2.

Baca Juga: 10 Watak Utama Yang Pernah Dibawa Oleh Lee Je Hoon