Home Entertainment 10 Watak Utama Yang Pernah Dibawa Oleh Lee Je Hoon

10 Watak Utama Yang Pernah Dibawa Oleh Lee Je Hoon

0

Pelakon terkenal Lee Je Hoon selalu tampil memukau ketika membintangi setiap filem dan drama siri Korea. Pertama kali membuat debut lakonan pada tahun 2007 yang lalu, kini bakatnya kian hari semakin bersinar dan berkembang.

Baru-baru ini, lakonan Lee Je Hoon sekali lagi telah mencuri perhatian para penonton dan peminat melalui drama siri terbarunya iaitu Taxi Driver 2. Sebelum itu, dia juga memang kerap melakonkan pelbagai jenis watak.

Berikut ini ada 10 penampilan Lee Je Hoon sewaktu berlakon watak utama. Ini membuktikan bahawa dia sememangnya mampu tampil unik dan berbeza untuk setiap watak yang diberi.

d600148d db81 4db3 8eeb 90b44de6f6171. Tampak gagah dan penuh karisma dengan balutan pakaian istana, Lee Je Hoon membawa watak sebagai sebagai putera mahkota yang bernama Putera Sado dalam drama siri Secret Door

73f99d2b 18b2 4c5b ae7e b63d15b0eb132. Segak sungguh mengenakan pakaian seragam detektif, Lee Je Hoon menjadi anggota polis dan berusaha memecahkan kes jenayah dalam drama siri Signal

419d8851 03dd 44bc bd94 eadae493d1b13. Tampil sangat bergaya dan selalu membawa senjata api. Lee Je Hoon membawa watak sebagai seorang detektif yang bernama Gil Dong yang mempunyai misi balas dendam dalam filem Phantom Detective

0ca40562 3f2b 44c4 8c3a c1a525c47fb24. Gaya pakaian yang kasual dan santai sangat sesuai dikenakan oleh Lee Je Hoon sewaktu berlakon dengan Shin Min Ah dalam drama siri Tomorrow with You

Baca Lagi: Peminat Bakal Mengucapkan Selamat Tinggal Kepada “Taxi Driver 2”

c24dffa5 431d 4f33 a941 f6d0f4e0d2de5. Selalu tampil formal dengan pakaian kemas dan lengkap. Lee Je Hoon berjaya membawa watak jejaka yang dingin dan bekerja di Lapangan Terbang Incheon dalam drama siri Where Stars Land

05ef81b1 0832 4c3d 85ea fb8d88c485ab6. Sangat identikal dengan kacamata dan selalu berpakaian kemas, Lee Je Hoon berjaya melakonkan watak seorang pegawai kerajaan dalam filem I Can Speak

17b54530 6274 4a82 8a6e 0ae6e4700be77. Tampil dengan sangat cemerlang, aksi Lee Je Hoon sebagai bekas banduan dalam filem Time to Hunt berjaya memberi suasana tegang buat para penonton

a39bd427 9ae6 4b4a bf08 c3361f18c1d3

8. Dengan pelbagai bentuk penyamaran, Lee Je Hoon berlakon menjadi pencuri yang licik dan mencuri harta bersejarah dalam filem Collectors

348cb0cb ce90 4f73 ad55 cf67882396f09. Lagak seperti seorang samseng tetapi mempunyai hati yang baik, Lee Je Hoon sangat berjaya melakonakn watak sebagai pak cik Sang Gu dalam drama Move To Heaven

bfac61d8 0eba 4dcd a37a f56f1cfb0f5f10. Dengan penampilan yang sangat meyakinkan dalam Taxi Driver 1, Lee Je Hoon kembali muncul dalam Taxi Driver 2 dengan lakonan yang sama, dia menjadi seorang pemandu teksi misteri yang bernama Do Gi, Kim Do Gi mempunyai misi yang luar biasa!

Jika anda sangat minat untuk menonton filem dan drama siri Korea, pasti sudah tidak asing lagi dengan nama Lee Je Hoon. Sejak terjun ke dunia seni lakon, Lee Je Hoon dikenali sebagai pelakon yang telah berjaya membawa banyak karakter dengan cemerlang. Bermula dari seorang putera mahkota, detektif, pencuri, hingga ke pemandu teksi. Semuanya hebat belaka!

Semua watak tersebut dilakonkan dengan penuh emosi dan penjiwaan. Maka tidak hairanlah jika Lee Je Hoon telah berjaya meraih pelbagai anugerah dalam dunia seni untuk kualiti lakonannya yang tidak perlu dipertikaikan lagi.

Baca Juga: 12 Pelakon Yang Berjaya Membawa Watak Playboy Dalam Kdrama