Home Entertainment 9 ”First Look” Kdrama “Tale Of The Nine Tailed 1938”, Tayang 6...

9 ”First Look” Kdrama “Tale Of The Nine Tailed 1938”, Tayang 6 May Ini

0

Tale of The Nine Tailed 1938 adalah antara salah sebuah drama siri Korea Selatan yang paling ditunggu-tunggu!

Drama siri ini merupakan sekuel dari musim pertamanya yang telah ditayangkan pada tahun 2020. Drama siri Korea ini mengisahkan tentang kejadian yang tidak disangka-sangka yang telah membawa Lee Yeon (Lee Dong Wook) kembali ke masa lalu. Pada masa lalu tersebut, dia bertemu dengan beberapa orang yang telah dikenalinya sebelum ini.

Drama siri ini ditayangkan di tvN, jom sama-sama kita lihat first look drama siri Korea Tale of The Nine Tailed 1938 selengkapnya di sini:

d22d1dc1 c55e 4529 a087 b83dc9f76fde1. Tale of the Nine Tailed 1938 adalah berkenaan kisah Lee Yeon yang secara tidak sengaja telah kembali ke masa lalu

d1f1133e 149f 48cd bbd1 98f2b95707ad2. Lee Yeon bertemu Ryu Hong Joo (Kim So Yeon), di masa lalu dia menjadi seorang pemilik restoran kelas atas di ibu kota Gyeongseong

ea2ff826 477c 4b24 8d5f bef2c005e1ef3. Pada masa lalu tersebut juga, watak Lee Rang (Kim Bum) yang akan jadi bos penjahat dengan pancaran aura gelap dan sisi lembut tersembunyi turut ditampilkan

b602629f a825 498c 983d ce126d0ea3f64. Watak Cheon Mu Young (Ryoo Kyung Soo) digambarkan sebagai seorang penjaga gunung di timur sekaligus sahabat Lee Yeon

867098c7 c1bd 4070 8dcb 1a4ddaeaa5425. Sementara itu, Goo Shin Joo (Hwang Hee) menjadi sahabat Lee Yeon yang selalu menemaninya selama berabad-abad lamanya

5946ab1c d25b 4de7 afb1 cbfb4d48a5506. Watak Sun Woo Eun Ho (Kim Yong Ji) digambarkan sebagai seorang pejuang kemerdekaan yang sedang menyamar

861d5c59 60b3 497c 8606 2f6e93dd1e2e7. Terdapat juga watak Taluipa (Kim Jung Nan), iaitu pemilik pejabat imigresen akhirat. Ternyata dialah yang mengirim Lee Yeon ke tahun 1938

a9c5fde6 7b69 432b 9d53 91820443f61d8. Selain itu, watak lain adalah Hyun Ui Ong (Ahn Kil Kang) yang merupakan suami Taluipa. Dia memilih untuk terjun ke medan perjuangan

909e6886 67f2 4c0e 953d 4779446ae9f29. Terakhir adalah watak Bok Hye Ja (Kim Soo Jin), iaitu seorang pemilik butik di Gyeongseong sebelum berganti nama menjadi Seoul

Daripada first look yang dipaparkan sahaja kita sudah dapat agak betapa menariknya drama siri yang dibintangi oleh Lee Dong Wook dan Kim So Yeon ini. Tale of The Nine Tailed 1938 akan ditayangkan pada 6 Mei akan datang dengan plot cerita yang pastinya semakin menarik. Jangan lupa saksikan drama siri terbaru ini nanti!

Baca Lagi: Sekitar Majlis Pembacaan Skrip “Tale Of The Nine Tailed 1938”

Baca Juga: 11 Kdrama Menarik Yang Dilakonkan Oleh Para Pelakon Tale of the Nine Tailed 1938