Home Entertainment Sekitar Majlis Pembacaan Skrip “Tale Of The Nine Tailed 1938”

Sekitar Majlis Pembacaan Skrip “Tale Of The Nine Tailed 1938”

0

Sekitar majlis pembacaan skrip Tale of the Nine Tailed 1938

1D16245E DE72 4F6F 95FA 26E70F4F5F34

Jangkaan akan ditayangkan pada Mei 2023 yang akan datang, musim kedua drama siri Tale of the Nine Tailed yang berjudul Tale of the Nine Tailed 1938 akhirnya melepaskan gambar-gambar acara proses pembacaan skrip oleh para pelakonnya.

94CD99CB 4BC4 45A8 8303 89D4C4EB62C0 scaled

Dalam gambar pembacaan skrip tersebut, kelihatan pelakon kacak Lee Dong Wook serta Kim Bum kembali bergabung sebagai watak utamanya. Selain membariskan pelakon-pelakon asal yang sebelumnya telah terlibat dalam musim pertama, Tale of the Nine Tailed 1938 juga akan turut menampilkan beberapa orang pelakon baru.

Baca Lagi: 6 Kdrama Bertemakan Detektif “Underrated” Tetapi Sangat Menarik

Jalan cerita berkisar tentang kisah yang terjadi pada tahun 1938, berikut merupakan fakta pembacaan skrip Tale of the Nine Tailed 1938:

E54EC160 B98E 459C 8832 264DA60E152D

1. Sama seperti musim sebelumnya, Tale of the Nine Tailed 1938 juga akan kembali diarahkan oleh pengarah Kang Shin Hyo bersama dengan penulis skrip Han Woo Ri.

2. Pelakon wanita iaitu Kim So Yeon akan berlakon dalam musim kedua Tale of the Nine Tailed ini dengan menjadi salah satu watak utama!

46C794C8 1533 4376 8882 BEE73B239A97

3. Walaupun dalam musim pertama telah ditonjolkan watak Yi Yeon berakhir bahagia dengan Nam Ji Ah, tetapi sebuah insiden besar bakal menghancurkan kebahagiaan tersebut!

4. Watak Yi Yeon secara mengejutkan terseret ke tahun 1938 yang kemudian menyaksikan dia berjumpa dengan orang-orang yang penting dalam kehidupannya pada masa lalu.

5. Pada tahun 1938 ini juga, watak Yi Yeon yang dilakonkan oleh Lee Dong Wook ini ditemukan dengan watak dewi gunung barat.

6. Dewi gunung barat tersebut dilakonkan oleh Kim So Yeon dengan nama karakter Ryu Hong Joo.

7. Selain bertemu Ryu Hong Joo, Yi Yeon juga bertemu dengan adiknya Yi Rang yang dilakonkan oleh Kim Bum pada tahun 1938 tersebut.

8. Walaupun di musim pertama kedua-duanya dikisahkan sudah saling berbaik, tetapi watak Yi Rang yang ditemui pada tahun 1938 adalah watak yang masih membenci abangnya.

F50DF8C5 D717 426C B002 CF7F867973AF

9. Pertikaian dan perbalahan adik beradik ini akhirnya kembali terjadi, dimana Yi Rang terus melakukan lagak pemberontakan dengan penuh kebencian.

10. Yi Yeon juga terus mencari cara untuk membolehkannya kembali ke masa kini dan melepaskan daripada semua kekacauan yang juga membuatnya kebingungan!

Demikian sahaja beberapa fakta menarik sewaktu pembacaan skrip drama siri terbaru Tale of the Nine Tailed 1938. Drama siri ini bakal ditayangkan pada Sabtu, 6 Mei 2023 yang akan datang dengan 12 episod semuanya.

Konflik baru yang bakal dipersembahkan pasti lebih rumit daripada musim pertama dan akan menjadi gangguan baru dalam kehidupan Yi Yeon yang sebelum ini telah menemui kebahagiaan. Berjayakah Yi Yeon pergi meninggalkan tahun 1938 ini atau dia terus tinggal dalam masa tersebut bersama mereka-mereka yang disayanginya?

Baca Juga: 9 Pasangan Pelakon Tidak Bercinta Dalam Kdrama Tetapi Bercinta Di Dunia Nyata