Home Entertainment 9 Pasangan Pelakon Tidak Bercinta Dalam Kdrama Tetapi Bercinta Di Dunia Nyata

9 Pasangan Pelakon Tidak Bercinta Dalam Kdrama Tetapi Bercinta Di Dunia Nyata

0

Jom semak siapakah 9 pasangan pelakon yang tidak bercinta di dalam kdrama tetapi bercinta di dunia nyata!

Pada hari Sabtu 1 April 2023, Dispatch telah mendedahkan bukti hubungan cinta antara pasangan Lee Do Hyun dan Lim Ji Yeon yang telah mereka kumpulkan. Tidak lama kemudian, agensi bagi kedua-dua pasangan selebriti itu terus membuat pengesahan tentang khabar angin tersebut.

Pasangan artis ini dipertemukan dalam drama siri popular The Glory yang masih lagi trending hingga saat ini. Namun dalam drama siri itu kedua-duanya menjadi musuh.

09C576C4 0BE0 4C97 84AF 765AAF93BEF2

Selain pasangan kekasih tersebut, terdapat juga beberapa pasangan lain yang pernah menghebohkan dunia hiburan dengan hubungan istimewa mereka kerana mereka bukanlah pasangan kekasih dalam setiap drama siri yang dibintangi bersama. Jom kita lihat siapakah artis-artis tersebut:

48201E5B E5EF 4E90 B053 7450F4E82FD5

1. Tidak dapat bersama dalam drama siri Reply 1988 (2015), pasangan Ryu Jun Yeol dan Lee Hye Ri rupa-rupanya menjalin hubungan cinta di dunia nyata. Hubungan mereka berdua masih kekal utuh hingga ke hari ini.

 

109C7037 E5C9 4E54 A245 5808E9A8EEEF

2. Cinta Kim Bum pada Moon Geun Young dalam Jung-Yi, Goddess of Fire (2013) akhirnya terbalas jua di dunia nyata. Sayangnya, kini hubungan cinta mereka berdua sudah putus.
D4751821 415C 432B 8218 FF2A49340AB63. Bermusuhan dalam drama siri The Glory (2022), Lee Do Hyun dan Lim Ji Yeon telah disahkan kini sedang hangat dilamun cinta sebagai sepasang kekasih!

Baca Lagi: 6 Kdrama Bertemakan Detektif “Underrated” Tetapi Sangat Menarik

71DEB0B2 2835 44F1 B0AF 6AB2C731D4044. Ji Sung dan Lee Bo Young mendirikan rumah tangga selepas terlibat dengan cinta lokasi semasa sama-sama berlakon dalam drama siri Save Last Dance for Me (2004). Kedua-dua pasangan ini tidak pernah mendapat watak pasangan kekasih dalam drama siri!

 

4778DB96 1BA6 47F4 8164 875F6E4D126A5. Setelah sekian lama menjalin hubungan cinta, Kim Woo Bin dan Shin Min Ah berlakon bersama-sama dalam drama siri Our Blues (2022). Namun, mereka tidak membawa watak sebagai pasangan kekasih.

 

20A3C776 E0FA 4A8F B1E2 F82B2CE63AF66. Dalam SKY Castle (2018), Kim Bo Ra dan Jo Byeong Gyu menjadi sahabat. Setelah tamat penggambaran, kedua-duanya disahkan menyulam percintaan tetapi kini hubungan mereka sudah putus.

 

32BC11F3 4A8B 444C BF2F CF452BD4A37E7. Kedua-duanya telah berkahwin dan dikurniakan cahaya mata, cinta Joo Sang Wook dan Cha Ye Ryun tidak menjadi dan berakhir dalam drama siri Glamorous Temptation (2015).

 

BD98F700 B7A6 44EB 8B1E 655127A26E1D8. Menjadi rakan sekelas dalam School 2013 (2012), Kwak Jung Wook dan Park Se Young diam-diam menjalin hubungan asmara dan akhirnya mendirikan rumah tangga di dunia nyata!

 

747B8653 9C83 4EDA 927D F7392407EED39. Lee Ki Woo bertepuk sebelah tangan apabila Lee Chung Ah menolaknya dalam Flower Boy Ramyun Shop (2011). Cinta mereka pernah berputik di dunia nyata!

Kisah percintaan sembilan pasangan selebriti di atas tentu mengejutkan para peminat mereka, apatah lagi watak mereka dalam drama siri langsung tidak menjurus kepada hubungan cinta yang bahagia.

Walaupun ada yang kekal bahagia hingga ke jinjang pelamin, ada juga pasangan yang kini sudah pun putus. Semoga yang masih kekal bersama sentiasa hidup bahagia dan harmoni. Selamat berbahagia diucapkan kepada pasangan kekasih yang baru menjalin cinta Lee Do Hyun dan Lim Ji Yeon!

Baca Juga: Bintang “The Glory” Lim Ji Yeon & Lee Do Hyun Disahkan Bercinta