Home Entertainment 6 Kdrama Bertemakan Detektif “Underrated” Tetapi Sangat Menarik

6 Kdrama Bertemakan Detektif “Underrated” Tetapi Sangat Menarik

0

Apakah 6 Kdrama bertemakan Detektif “underrated” tetapi sangat menarik itu??

Terdapat banyak drama korea Selatan yang mengangkat kisah mengenai kerjaya dan kehidupan seorang detektif. Namun, tidak semua drama dengan tema detektif dan penyiasatan jenayah mendapat tumpuan dan menjadi perbahasan. Beberapa drama siri antaranya mungkin meletup di Korea Selatan, tetapi tidak banyak diketahui oleh para penonton secara global.

Buat anda yang sememangnya pencinta tegar cerita detektif, jangan sesekali terlepas peluang untuk menonton 6 drama siri bertemakan detektif yang bakal kami cadangkan ini. Walaupun tidak popular seperti drama siri yang lain, kehebatan ceritanya tidak boleh diragukan, memang sangat menarik!

1. Duel (2017)

8AF63F79 9B6B 4C3D B97D BA78B9D51A8BWalaupun jarang menjadi topik perbualan, drama Duel (2017) sangat unik dari segi tema. Dalam drama siri ini, Yang Se Jong melakonkan dua karakter yang sangat ikonik. Selain menjadi manusia biasa, dia juga melakonkan karakter sebagai manusia tiruan.
Manusia klon itu disyaki menculik anak detektif Jang Deuk Cheon (Jung Jae Young) yang sedang sakit tenat. Dalam usaha pencarian anak yang hiang, Deuk Cheon terlibat dengan pertarungan hebat antara Lee Sung Joon (Yang Se Jong) dan juga klonnya.

Baca Lagi: Pelakon ‘The Glory’ Shin Ye Eun Kehilangan Pengikut Instagram Kerana Wataknya

2. Criminal Minds (2017)

E092C1CB 1CDB 4370 B9E2 8974264A00CBKisah tentang seorang profiler jenayah dalam drama korea Selatan tidak pernah gagal menyajikan kes yang sangat misteri dan menarik. Sayangnya, Criminal Minds (2017) yang mengangkat tema tersebut masih kurang diketahui ramai.

Criminal Minds menceritakan tentang kisah Kang Ki Hyung (Son Hyun Joo) iaitu ketua penyiasatan jenayah kebangsaan. Bersama pasukannya yang terdiri daripada para profiler jenayah hebat, mereka berupaya merungkau pelbagai kes pembunuhan bersiri.

3. Whisper (2017)

8D12B28A 82FC 4826 8E4D 949AA51E26BASelain itu, drama siri Whisper (2017) juga merupakan sebuah drama siri dengan tema detektif yang sangat menarik. Salah satu sebab mengapa drama siri ini tidak meletup ialah kerana persaingan daripada drama-drama siri lain dengan tema yang sama disiarkan dan ditayangkan pada waktu yang berdekatan. Drama siri ini menceritakan tentang skandal rasuah terbesar di Korea Selatan. Kisahnya bermula sewaktu hakim Lee Dong Joon (Lee Sang Yoon) menangani satu kes pembunuhan. Kes itu melibatkan ayah kepada seorang detektif yang bernama Shin Young Joo (Lee Bo Young).

4. Gapdong (2014)

E4A66102 8477 4035 9E03 D502382C90F7

Pemilihan tajuk Gapdong (2014) mewakili tanda dan pengenalan pembunuh yang menjadi tunjang cerita. Perkara menarik lainnya yang boleh anda temui daalam drama siri ini ialah inspirasi penulis yang datang dari kes sebenar pembunuhan Hwaseong.

Dahulunya, ayah Ha Moo Yeom (Yoon Sang Hyun) dijadikan suspek utama dalam sebuah kes pembunuhan. Setelah 20 tahun berlalu, Ha Moo Yeom berjaya menjadi detektif. Dia berusaha sedaya upaya untuk mencari tahu keberadaan Gapdong yang masih menjadi misteri.

5. The Good Detective (2020-2022)

D2CC69F8 6DD2 449A B257 FDEEDEA61441The Good Detective (2020-2022) merupakan sebuah drama siri kepolisan dan detektif yang juga jarang mendapat sorotan. Sedangkan, drama siri ini telah tersedia untuk dua musim. Aksi detektif dalam The Good Detective sangat berjaya membuatkan para penontonnya hanyut dalam teka-teki. Jalan cerita yang sangat kemas juga membuatkan drama siri ini sangat berbaloi untuk ditonton!

6. The King of Pigs (2022)

A67063D8 4B24 45FB 9495 1944FDC595BCThe King of Pigs (2022) termasuk dalam senarau salah satu drama siri terbaik tentang detektif yang tidak diketahui ramai. Detektif bernama Jung Jong Suk (Kim Sung Kyu) mengetahui dirinya terlibat dalam satu rancangan besar pembunuhan. Dalang di sebalik pembunuhan tersebut ialah Hwang Gyeong Min (Kim Dong Wook) iaitu sahabat Jong Suk pada masa lalu. Gyeong Min memaksanya bekerjasama untuk membalas dendam pada orang-orang yang pernah menganggu mereka dulu.

Sungguh tidak disangka, enam drama siri bertema detektif ini jarang sekali mendapat tumpuan walaupun jalan ceritanya sangat menarik. Buat para peminat kisah-kisah detektif, drama siri korea Selatan yang tersenarai tersebut wajib memasuki senarai tontonan anda!

Baca Juga: 5 Kdrama Underrated Yang Berbaloi Ditonton