Home Entertainment 9 Watak Ibu Tunggal Dalam Kdrama 2023

9 Watak Ibu Tunggal Dalam Kdrama 2023

0

Drama siri Korea Selatan yang disiarkan pada awal tahun 2023 terdiri daripada pelbagai genre cerita yang berwarna warni. Salah satu watak yang sering muncul adalah watak seorang wanita cekal, iaitu ibu tunggal.

Seperti Jin Young Soon (Ra Mi Ran) dalam The Good Bad Mother (2023) yang mana suaminya meninggal akibat sebuah konflik yang menyakitkan.

Wanita-wanita hebat ini berjuang sendirian demi anak-anak mereka. Cara dan sebab mereka berdikari adalah berbeza-beza, namun tekad mereka untuk hidup dan berjuang sama kuatnya.

Berikut ini merupakan beberapa watak ibu tunggal yang boleh kita temui dalam drama siri pada awal tahun 2023. Siapakah mereka? Jom sama-sama kita lihat senarai seperti di bawah ini:

c1029f2e f1b9 424e 90b7 ce040d789b941. Jin Young Soon dalam The Good Bad Mother menjadi seorang ibu tunggal dan berjaya membesarkan anaknya hingga menjadi seorang pendakwa raya

4958946e e659 4206 80a4 522ef88b79f42. Dalam drama yang sama iaitu The Good Bad Mother, Lee Mi Jo (Ahn Eun Jin) juga mempunyai dua orang anak luar nikah dan berjuang membesarkan mereka sendiri

f08ec87c 5bc0 4db0 b906 5cb9f03ea1ac3. Masih lagi dalam Kdrama The Good Bad Mother, ibu Lee Mi Jo iaitu Jung Gum Ja (Kang Mal Geum) juga menjadi seorang ibu tunggal kerana suaminya telah berlaku curang

3eb3e363 6ff5 4e6b a907 1becc9f0c7964. Lee Seo Jin (Han Hye Jin) dalam Divorce Attorney Shin membesarkan anak lelaki tunggalnya selepas bercerai dengan suaminya

d9e921dc 2170 4b93 9526 cbbba76fcee85. Oh Yeon Doo (Baek Jin Hee) adalah ibu tunggal yang bekerja sebagai seorang guru dalam The Real Has Come

0fbae55a c430 44e9 8473 277d8e3513d26. Kim Hyun Joo (Kim Hee Jung) berjaya membesarkan ketiga-tiga anaknya dengan baik walaupun menghadapi trauma akibat kecurangan suaminya dalam Call It Love

71e3f760 8742 4b88 802f 4f952b1a622f7. Setelah suaminya pergi, Kim Jin Sok (Lee Hye Eun) membesarkan anaknya dengan menjadi seorang pemandu teksi dalam drama siri Delivery Man

9f786261 f530 4c27 a019 2f63a09a9a4d8. Moon Se Young (Lim Sun Woo) membesarkan Moon Bo Ra (Choi Myung Bin) seorang diri dalam Missing: The Other Side musim ke 2

152bf13f b3fd 44fb 91ac c28f743c0b469. Walaupun bukan anak kandung, Nam Haeng Seon (Jeon Do Yeon) membesarkan Nam Hae E (Roh Yonseo) dengan penuh kasih sayang

Menjadi seorang ibu tunggal bukanlah satu perkara yang mudah. Namun semua sembilan watak yang telah disenaraikan di atas melakukannya dengan sebaik mungkin.

Baca Lagi: 9 ”First Look” Kdrama “Tale Of The Nine Tailed 1938”, Tayang 6 May Ini

Baca Juga: 9 Nasib Malang Yeon Bo Ra Dalam Kdrama Bora! Deborah!