Home Kdrama/Kmovie 4 Kdrama Thriller Ini Meraih Banyak Anugerah, Misteri dan Jenayah Silih Berganti

4 Kdrama Thriller Ini Meraih Banyak Anugerah, Misteri dan Jenayah Silih Berganti

0

Drama Korea selalunya tampil dengan pelbagai genre yang akan menghiburkan para penonton. Bermacam genre seperti romantik, sageuk, jenayah, aksi, fantasi, komedi, dan sebagainya. Salah satu genre yang merupakan kegemaran ramai adalah genre thriller.

Kdrama thriller kerap menyajikan cerita yang penuh keterujaan dan dihiasi adegan menegangkan, drama-drama dengan genre ini mampu menaikkan adrenalin dan membuat para penonton terus menerus ingin tahu apakah yang akan terjadi seterusnya.

Penuh misteri dan selalunya membuatkan para penonton turut memerah otak, perkara inilah yang menjadi daya tarikan beberapa cadangan kdrama thriller. Berikut ini merupakan 4 buah kdrama thriller yang pernah meraih anugerah dan pastinya sangat menarik untuk ditonton. Selain itu, semua drama ini boleh ditonton di Netflix!

1. Extracurricular

859f345d 5039 4bbb a63f b56ffbd7c23aSiri original Netflix ini mengisahkan tentang sisi gelap kehidupan pelajar sekolah yang dianggap sebagai pelajar contoh. Dalam kdrama thriller ini, seorang pelajar yang mempunyai imej yang cukup baik dan sangat pintar sebenarnya bekerja dalam perniagaan pelacuran.

 

2. Signal

dc193cfe 8fba 4dcd ac33 a9da6324ca86Para peminat kdrama thriller dan misteri sudah tentu tidak asing lagi dengan Kdrama popular ini. Drama Korea Signal menampilkan kisah tentang detektif di masa lalu dan masa kini yang berkomunikasi melalui walkie-talkie untuk menyiasat kes yang belum diselesaikan.

Dibintangi oleh Lee Je Hoon, Kim Hye Soo, dan Choi Jin Woong, kes-kes yang diangkat dalam drama ini merupakan adaptasi dari kisah benar. Oleh kerana kehebatan drama ini, drama karya penulis Kim Eun Hee ini berjaya menggondol banyak anugerah seperti Best Drama, Best Screenplay, dan Best Actress di Baeksang Arts Awards 2016, dan banyak lagi anugerah lain.Drama ini tamat dengan rating lebih dari 12%.

Baca juga: Han Suk Kyu Menjadi Profiler dalam Kdrama Thriller Jenayah Terbaru 2024

3. Beyond Evil

9b5d08f9 6265 4f2c beba e4abf91045d4Dibintangi oleh Shin Ha Kyun dan Yeo Jin Goo, Kdrama thriller dengan jumlah 16 episod ini mengisahkan tentang kes pembunuhan bersiri di sebuah bandar kecil di Korea Selatan.

Lee Dong Sik (Shin Ha Kyun) merupakan seorang polis dengan masa lalu yang memilukan yang bekerja di balai polis Manyang. Suatu hari, seorang detektif bernama Han Joo Won (Yeo Jin Goo) dipindah bertugas ke balai polis Manyang dan bekerja sebagai ketua dan rakan setugas Lee Dong Shik.

Tidak lama kemudian, peristiwa pembunuhan bersiri terjadi di bandar kecil tersebut. Anehnya, kejadian pembunuhan ini sama seperti kes pembunuhan yang terjadi 20 tahun yang lalu. Bekerja sama untuk menangkap pembunuh sebenar, Lee Dong Sik dan Han Joo Won mula mencurigai antara satu sama lain dan semua orang yang disyaki terlibat.

Dipersembahkan dengan sinematografi, jalan cerita, dan lakonan para pelakon yang memukau, Beyond Evil juga berjaya memenangi kategori Best Drama dalam Baeksang Arts Awards 2021. Drama ini tamat dengan mendapat rating lebih dari 5%.

 

4. Kingdom

Kdrama thrillerAnda meminati drama sageuk? Siri original Netflix ini perlu dimasukkan ke dalam senarai tontonan anda. Berbeza dengan Kdrama thriller sageuk lain yang selalu mengangkat cerita tentang politik dan kisah romantik, drama Korea Kingdom penuh dengan babak-babak yang menegangkan yang akan memicu adrenalin anda di setiap episod.

Dibintangi oleh Ju Ji Hoon, Bae Doo Na, dan Ryu Seung Ryong, drama ini mengisahkan tentang penularan wabak zombie yang menyerang Dinasti Joseon. Wabak misteri ini bermula dari sejenis tumbuhan yang mampu membangkitkan kembali orang yang sudah mati.

Dibintangi oleh Ju Ji Hoon, Putera Mahkota Lee Chang merupakan satu-satunya harapan untuk melawan wabak maut yang menyerang negaranya itu. Drama karya penulis Kim Eun Hee ini telah tampil dengan 3 musim. Berbeza dengan musim pertama dan kedua, pelakon wanita terkenal Jun Ji Hyun dipilih sebagai pelakon utama dalam musim ketiga yang bertajuk “Kingdom: Ashin of the North”.

Kingdom juga merupakan salah sebuah Kdrama thriller dengan kos produksi paling mahal dalam sejarah pembikinan drama Korea.

Buat anda yang masih belum mempunyai kesempatan untuk menonton kdrama-kdrama thriller ini, jangan lupa untuk menonton keempat-empat drama ini di Netflix. Pasti anda tidak akan berganjak dari skrin tontonan anda! Selamat menonton!

Baca lagi: Suri Hati Mendiang Lee Sun Kyun, Merupakan Bekas Miss Korea dan Salah Seorang Pelakon Paling Kaya di Korea
Baca juga: 9 Kdrama dan Filem Terbaik Lakonan Mendiang Lee Sun Kyun, Pasti Kekal Terpahat Dihati