Home Entertainment The First Responders 2: Penuh Kejutan, Bakal ada Musim 3?

The First Responders 2: Penuh Kejutan, Bakal ada Musim 3?

0

The First Responders 2 telah pun melabuhkan tirai dengan tayangan episod akhirnya pada Sabtu, 9 September 2023.

The First Responders mengakhiri musim keduanya dengan rating yang memuaskan. Memetik dari Soompi, episod terakhir musim 2 drama siri ini berjaya mengumpulkan rata-rata rating nasional sebanyak 9,3 peratus.

Walaupun The First Responders musim 2 ini adalah sekuel dari musim 1 yang telah tayang pada akhir tahun 2022, jalan cerita musim 2 mempunyai plot dan fokus yang berbeza dari musim 1.

Ia dapat dibuktikan apabila penonton telah dihujani plot cerita yang penuh kejutan! Ditambah pula dengan beberapa watak baru untuk menambah warna kepada jalan cerita.

IMG 4550

Bagi yang belum pernah lagi menonton drama ini, The First Responders merupakan drama bergenre aksi thriller jenayah yang penuh dengan aksi-aksi mencemaskan dan kerjasama menarik dari pasukan penyelamat darurat yang terdiri daripada polis, paramedik, dan bomba.

ARTIKEL INI MENGANDUNGI SPOILER!

 

Ulasan Musim 2 The First Responders

The first responders

Para peminat drama ini begitu menantikan tayangan pada awal episod, kerana penonton dibiarkan “cliffhanger” di episod 12 musim. Dimana Bong Do Jin dan Jin Ho Gae (Kim Rae-won) terperangkap dalam ledakan hebat di gudang yang terbakar.

Episod pertama musim 2 ini merupakan jawapan bagi penantian penonton yang tertunda selama 8 bulan. Kes pertama dalam episod musim 2 ini adalah mencari si pelaku pembakaran berantai yang menyebabkan ketakutan masyarakat.

Kematian Bong Do Jin

IMG 4544

Kematian Bong Do Jin (Son Ho-jun) berhasil menggemparkan penggemar drama Korea. Bong Do Jin terkorban ketika memadamkan api menjadi titik perubahan besar dalam drama ini. Bagaimana Song Seol (Gong Seung-yeon) menghadapi kematian rakan rapatnya, dia bahkan berduka sehingga mengabaikan perasaanya sendiri. Setelah kematian Do Jin, Bong An Na (Ji Woo) memutuskan untuk belajar ke luar negara. Setelah itu, watak baru yang muncul mula memberikan warna yang berbeza dalam drama ini.

Fokus Cerita Berubah Setelah Kematian Bong Do Jin

IMG 4548

Di musim pertama penonton disajikan rasa tegang yang besar dari aksi gabungan antara  pasukan bomba, polis dan pasukan penyelamat. Sedangkan di musim kedua, ia lebih berfokus kepada kes jenayah yang menonjolkan aksi NFS (National Forensic Service). Dimana jasad para korban dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian mangsa, menambahkan lagi rasa debaran dan rasa ingin tahu para penonton.

Rating turun setelah kematian watak utama

IMG 4547

Setelah penayangan perdana pecah dengan rating 7,1% secara nasional menurut AGB Nielson, episod kedua terus merosot di 5,1%. Serta setelah kematian Bong Do Jin, drama ini untuk pertama kalinya dikalahkan oleh drama ‘My Dearest’ MBC yang ditayangkan pada masa yang sama. Ramai peminat The First Responders merasa kecewa dan patah hati dengan kematian Bong Do Jin. Ini kerana ia tidak dijangkakan langsung memandangkan Bong Do Jin adalah watak utama dan juga paling digemari para penonton. Namun jika penonton boleh lebih bersabar, akan ada lebih banyak kejutan di episod seterusnya setelah kematian Bong Do Jin.

Akhir: Semua Orang Tertipu

IMG 4546

Bagi yang menantikan adegan romantis antara Jin Ho Gae dan Song Seol, jangan bimbang ya! Kerana mereka berdua tentu menemui pengakhiran yang bahagia.

Penonton yang masih belum lagi menghabiskan musim 2 ini, sudah tentu ingin tahu bagaimana masalah pada akhirnya diselesaikan, apatah lagi ia penuh dengan tipu daya yang memainkan emosi penonton. Jadi, jangan lepaskan untuk tonton sehingga habis ya!!

Kemungkinan untuk musim ketiga?

IMG 4549

Selesai sahaja tayangan musim keduanya The First Responders, para penonton sudah mula berharap akan adanya kelanjutan kisah dari Jin Hogae CS di musim ketiga mendatang.

Namun yang menjadi persoalan adalah, adakah pengarah Shin Kyung Soo dapat mengabulkan keinginan para penonton The First Responders untuk lanjut ke musim ketiga?

Sebelum ini, Pengarah Shin Kyung Soo pernah membangkitkan hal tersebut ketika majlis wawancara bersama media The First Responders 2. Shin Kyung Soo memberitahu bahawa tidak mustahil adanya musim ketiga untuk The First Responders. Dia turut mengatakan bahawa penulis Min Ji Eun juga telah menyiapkan naskah The First Responders untuk musim-musim selanjutnya.

Setakat ini pihak SBS atau pihak produksi The First Responders masih belum memberikan sebarang kenyataan rasmi untuk musim ketiga drama tersebut. Nantikan sahaja perkembangannya ya!

Baca lagi: Watak Baru Dalam The First Responders 2, Siapakah Kang Do Ha?
Baca juga: First Responder 2, Siapakah Jeon Sung Woo? Dianggap Villain Utama