Home Entertainment First Responder 2, Siapakah Jeon Sung Woo? Dianggap Villain Utama

First Responder 2, Siapakah Jeon Sung Woo? Dianggap Villain Utama

0

Pasukan Forensik mendapat anggota baru yang bernama Han Se Jin, watak tersebut dilakonkan oleh Jeon Sung Woo.

Kehadirannya membuatkan para penonton menganggap dia adalah villain utama. Setiap gerak-geriknya dianggap mencurigakan, namun belum diketahui secara pasti adakah Han Se Jin benar-benar villain atau tidak.

Sebelum itu, jom kita berkenalan lebih dekat dengan Jeon Sung Woo yang baru muncul di episod terbaru First Responders 2 di bawah ini!

1. Biodata

First responders Nama asal:bJeon Sung-woo (전성우)
Tempat, tarikh lahir: Seoul, 30 Disember 1987 Pendidikan: Universiti Sungkyunkwan Pekerjaan: Pelakon
Tahun aktif: 2007-sekarang
Agensi: High Entertainment
Instagram: @0seongwoo0

 

2. Latar belakang

66b45d61 fb27 4198 b160 5d64053bcc7cJeon Sung Woo melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah di Universiti Sungkyunkwan dengan mengambil jurusan Seni Persembahan. Jurusan tersebut adalah mengenai teknik dan artistik yang diperlukan untuk tampil di atas pentas.

Pembelajaran mengenai teater juga termasuk dalam jurusan itu yang menjadi pilihan Jeon Sung Woo. Menggemari dunia teater, pelakon berumur 35 tahun tersebut bahkan memulakan kariernya dari seni persembahan teater. Selepas banyak melakukan persembahan, Jeon Sung Woo pun memutuskan untuk memulakan debut lakonan drama pertamanya dalam Six Flying Dragons.

 

3. Perjalanan karier

e234d83f 30a2 4dc7 ab75 bce7b39936aa

Jeon memulakan debut sebagai pelakon muzikal pada usia 20 tahun dalam persembahan muzikal Royal Dream of the Moon dimana dia membawa watak versi muda Jeongjo dari Joseon. Dia telah muncul dalam sepuluh drama muzikal lain. Untuk wataknya sebagai Michael dalam The Elephant Song dan Christopher dalam The Curious Incident of the Dog in the Night-Time, dia memenangi Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dalam Kategori Teater pada 2016 Stage Talk Audience Choice Awards.

Pada tahun 2015, Jeon Sung Woo menandatangani kontrak dengan Great Company dan membuat debut televisyen melalui drama Six Flying Dragons membawa watak sebagai seorang pelajar. Kemudian tahun berikutnya, dia membawa watak sebagai rakan di jabatan anestesiologi dalam melodrama medikal A Beautiful Mind.

Bukan hnaya dalam drama, Sung Woo jug memulakan debut filem layar perak melalui The Table sebagai sosok watak yang misteri.
Pada tahun 2018, Sung Woo berpindah agensi ke High Entertainment. Tahun berikutnya, Jeon Sung Woo mula mencuri perhatian melalui wataknya sebagai pendeta dalam drama jenayah komedi bersama Kim Nam Gil bertajuk The Fiery Priest.

Kini pada tahun 2023, dia membintangi First Responders 2. Sung Woo juga akan tampil dalam drama Goodbye Earth yang ditunda penayangan selepas kontroversi salah seorang pelakonnya, Yoo Ah In.

 

4. Filmografi

128ff894 a3db 40ef 8f58 d02ba474f98fFilem
● The Table (2016)
● The Point Men (2023)

Drama televisyen

● The Roots of Throne (2015)
● Beautiful Mind (2016)
● Oh, The Mysterious (2017)
● Goodbye Earth (2023)
● The Fiery Priest (2019)
● Designated Survivor: 60 Days (2019)
● Diary of a Prosecutor (2019)
● Homemade Love Story (2020)
● Pale Moon (2023)
● The First Responders 2 (2023)

Variety show
● Talkmon (2018) – tvN
● Surfing House (2019) – JTBC
Persembahan teater
● The Birth of Mildang (2012–2013)
● M. Butterfly (2014–2015)
● Deathtrap (2014)
● The Curious Incident of the Dog in the Night-Time (2015)
● The Elephant Song (2016–2017)

Persembahan muzikal
● Royal Dream of the Moon (2007)
● Hwarang (2010)
● Spring Awakening (2011)
● Thrill Me (2011, 2013–2014)
● Black Mary Poppins (2012, 2016)
● Three Thousand Flowers (2012)
● The Goddess Is Watching (2013–2014)
● Indangsu Love Song (2013)
● Bare: The Musical (2015)
● Memories of Matsuko (2016)
● Maybe Happy Ending (2018)
● Amadeus (2023)

 

5. Jeon Sung Woo membawa watak Han Se Jin, doktor forensik baru pengganti sementara doktor Yoon dalam First Responders 2

Jeon Sung WooKemunculan Han Se Jin sebagai doktor forensik baru sebagai pengganti kepada doktor Yoon yang mengambil cuti sakit selepas tragedi bom dalam mayat yang meletup. Watak Han Se Jin digambarkan datang dari Jeju, ramai peminat mula mencurigainya.

Suasana ketika kamera menyoroti watak Han Se Jin diiringi dengan muzik yang menegangkan juga penuh teka-teki. Tambahan pula tatapannya yang mencurigakan sewaktu bertanya tentang Seol. Kehadirannya dikaitkan dengan dalang kepada kejahatan Ma Taehwa yang berjaya dirungkai oleh Jin Cheol-Joong, watak itu bernama Dex yang datang dari Miami.

Belum ada perincian lebih lanjut tentang watak Han Se Jin, namun dari petikan dan sedutan episod berikutnya, dia selalu bertemu dan meminta bantuan Seol.

Saksikan penampilan Jeon Sung Woo sebagai Han Se Jin dalam First Responders 2, tayang setiap Jumaat dan Sabtu di Disney+.

Baca lagi: Not Others, 10 Sikap Romantik Eun Jae Won Pada Kim Jin Hee
Baca juga: 5 Filem Korea Tentang Manusia Super Seperti “Moving”