Home Entertainment 5 Filem Korea Tentang Manusia Super Seperti “Moving”

5 Filem Korea Tentang Manusia Super Seperti “Moving”

0

Peminat filem Korea yang sukakan tema manusia dengan kuasa super luar biasa wajib baca artikel ini!

Sekarang ini, Moving menjadi salah sebuah drama Korea OTT paling popular. Selain mengangkat kisah tentang manusia yang mempunyai kebolehan super dan luar biasa, drama siri ini juga dibintangi oleh beberapa orang pelakon ternama, seperti Zo In Sung, Han Hyo Joo, Go Yoon Jung, Ryu Seung Ryong, dan juga Cha Tae Hyun.

Sambil menunggu episod terbaru Moving, terdapat beberapa pilihan filem Korea Selatan yang juga tidak kurang hebatnya, filem-filem tentang manusia dengan kuasa super yang luar biasa yang perlu anda masukkan ke senarai tontonan anda. Berikut ini beberapa filem Korea yang membawa tema sama seperti drama Moving.

 

1. The Witch: Part 1. The Subversion (2018)

Filem koreaThe Witch: Part 1. The Subversion menceritakan tentang Ko Ja Yoon (Kim Da Mi), seorang gadis dengan kuasa luar biasa yang melarikan diri dari organisasi rahsia. Namun seorang lelaki misteri digelar Nobleman (Choi Woo Shik) mengaku mengetahui latar belakangnya.

Kerana jalan cerita yang menarik serta fokus kepada sosok gadis dengan kuasa super, The Witch: Part 1. The Subversion ini telah ditonton hingga 3.1 juta penonton di pawagam tempatan di Korea Selatan.

Filem ini juga telah mengeluarkan sekuelnya pada tahun 2022 bertajuk The Witch: Part 2. The Other One.

 


2. Project Wolf Hunting (2022)

3e4b54e8 c8da 475c 9df9 1e8d49e278e5Dibintangi oleh para pelakon popular dan ternama seperti Seo In Guk, Jang Dong Yoon, Jung So Min serta Sung Dong Il, Project Wolf Hunting ini juga boleh dikatakan mirip dengan drama Moving. Filem ini juga fokus pada kisah manusia-manusia yang mempunyai kuasa luar biasa dan boleh ditonton di Viu.

Project Wolf Hunting menceritakan tentang perjalanan untuk memindahkan sekumpulan banduan, tetapi gagal kerana serangan di lapangan terbang yang kemudian dilakukan melalui jalan laut. Namun, para penjahat pula saling bekerja sama untuk melarikan diri seorang demi seorang.

 

3. Psychokinesis (2018)

b5b75381 c83e 4595 9b10 a68a85e70363Psychokinesis menceritakan tentang manusia luar biasa yang juga dibintangi oleh Ryu Seung Ryong. Dalam drama Korea Moving, dia membawa watak sebagai Jang Joo Won yang mana boleh menyembuhkan kecederaan tubuhnya dengan sangat cepat, dia seolah-olah tidak akan mati.

Sementara itu dalam filem Korea bertajuk Psychokinesis, dia membawa watak sebagai Shin Seok Heon, seorang pengawal keselamatan yang boleh terbang dan juga memiliki kebolehan telekinesis (memindahkan benda dengan kekuatan fikiran), kuasa tersebut dimilikinya selepas dia munum air pegunungan yang terkena meteor yang jatuh.

Baca juga: 5 Fakta Pelakon Lagenda Ryu Seung Ryong, Raksasa dalam Moving

4. Haunters (2010)

IMG 2672

Haunters juga merupakan filem Korea yang berjaya ditonton hingga 2.1 juta orang penonton di pawagam Korea pada tahun 2010. Dibintangi oleh Kang Dong Won serta Go Soo, filem ini menceritakan tentang lelaki yang boleh mengawal fikiran orang lain hanya dengan melihat mata mereka.

Cho In boleh mengawal fikiran orang lain, sementara itu Gyu Nam dapat menghalang kekuatan Cho In. Dengan latar belakang yang hampir serupa, kedua-duanya bertemu dan bertarung habis-habisan.

 

5. Seobok (2021)

IMG 2683Filem Korea Seobok menceritakan tentang sebuah syarikat teknologi yang berjaya mengembangkan teknologi klon manusia pertama di dunia. Seo Bok (Park Bo Gum) lahir dari hasil gabungan antara sel-sel manusia dengan rekaan genetik sehingga dianggap sebagai figura yang istimewa.

Suatu hari, bekas ejen perisikan bernama Ki Heon (Gong Yoo) ditugaskan untuk mengawal pemindahan Seo Bok ke sebuah fasiliti. Namun, mengingati bahawa Seo Bok menyimpan rahsia tentang kehidupan abadi, maka banyak pihak yang menginginkannya.

Sambil menunggu episod terbaru dari drama Moving, anda boleh menonton filem-filem Korea di atas yang juga menceritakan tentang manusia dengan kuasa super luar biasa. Ryu Seung Ryong rupa-rupanya pernah menjadi manusia super juga dalam filem lain sebelum ini ya!

Baca lagi: Filem dan Kdrama 2023 Tentang Kartel Dadah
Baca juga: Mengapa Perlu Tonton Kdrama Moving? Kisah Pemburuan Manusia Super oleh Pembunuh Kejam