Home Entertainment Moving: 5 Fakta Shin Hye Won dan Identitinya di Webtoon. Adakah Dia...

Moving: 5 Fakta Shin Hye Won dan Identitinya di Webtoon. Adakah Dia Berbahaya?

0

Drama siri Moving semakin menghampiri penghujung episodnya. Namun sehingga kini, ia masih membuatkan penonton merasa tidak puas dan sangat ingin mengetahui apakah kesudahan di setiap episodnya.

Ini kerana, setiap karakter baharu terutamanya yang ditampilkan sebahagian besar memiliki sisi mencurigakan, terutama kepada karakter tambahan. Salah satu karakter yang cukup membuat penonton tertarik dan tertanya-tanya pastinya adalah Shin Hye Won (Shim Dal-gi).

Shin Hye Won adalah mangsa buli yang dibantu oleh Jang Hui Soo (Go Youn-jung). Karakternya kemudian berfokus dengan diceritakan pindah ke Sekolah Menengah Jeongwon, sekolah baru Hui Soo setelah dibuang sekolah kerana melawan 17 pelajar pelaku pembulian keatas Shin Hye Won.

Dalam versi Webtoon Moving, karakter Shin Hye Won tidak begitu menonjol. Identiti asalnya baru terungkap pada musim kedua siri Webtoon aksi Kang Full yang bertajuk Bridge.

Lantas, siapakah Shin Hye Won? Adakah dia seorang yang berbahaya? Jom kita lihat karakter dan identiti sebenarnya dalam versi Webtoon Moving seperti dibawah ini ya!

Peringatan, artikel ini mengandungi spoiler!

1. Shin Hye Won merupakan Ejen BIN

Moving

Dalam bahagian akhir Webtoon Moving, ketika Lee Gang Hoon (Kim Do Hoon) rasmi menyertai BIN dan menemui Min Yong Jun (Moon Sung Keun), Shin Hye Won ada di sana. Rupanya Shin Hye Won sejak awal lagi bukanlah orang biasa. Dia merupakan ejen lapangan BIN.

Setelah ANSP dibubarkan akibat insiden dari Kim Doo Sik (Jo In Sung), Min Yong Jun mula merekrut ejen baru untuk bekerja di bawahnya. Shin Hye Won yang pada awalnya bekerja di bahagian jabatan luar negara adalah salah seorang ejen yang direkrut. Kemampuannya diakui oleh Min Yong Jun sehingga dia pun direkrut.

 

2. Kejadian buli yang menimpanya adalah sebahagian dari misi

IMG 4559

Salah satu misi yang dijalankan oleh Shin Hye Won adalah memastikan kemampuan super Jang Hui Soo. Dia menyamar sebagai pelajar pindahan di sekolah lama Jang Hui Soo. Shin Hye Won sengaja menjadikan dirinya menjadi sasaran buli dengan menunjukkan kelemahannya dan tambahan skenario bahawa dia merupakan anak perempuan tunggal dari keluarga kaya.

Shin Hye Won harus mendapatkan rasa simpati Jang Hui Soo agar dia terlibat dalam pertarungan dengan para pembuli untuk membelanya. Dengan cara sedemikian, kemampuan super Jang Hui Soo dapat didedahkan kerana dia yakin Jang Hui Soo menyembunyikan kemampuan supernya.

Akhirnya misi Shin Hye Won untuk memerangkap Jang Hui Soo berjaya. Jang Hui Soo pun bertarung dengan 17 pelajar yang membuli Shin Hye Won. Jang Hui Soo  pun dibuang dari sekolahnya kerana kekerasan dan berhasil dibawa ke Sekolah Menengah Jeongwon seperti yang telah dirancang untuk dipantau lebih lanjut oleh para pengintip yang dipasang oleh Min Yong Jun.

 

3. Kemampuan super Shin Hye Won

IMG 4560

Anda pasti tertanya-tanya, mengapa pelajar dan gadis semuda Shin Hye Won sudah menjadi ejen BIN kan? Ia tidak mustahil kerana Shin Hye Won diakui mempunyai kemampuan super iaitu tidak dimakan usia. Wajah dan postur tubuh Shin Hye Won kekal seperti remaja. Dia juga sudah hidup lebih lama dari orang biasa.

Dalam jangka waktu yang panjang tersebut, Shin Hye Won boleh membentuk kemampuan baru, iaitu kemampuan analisis. Min Yong Jun merekrutnya kerana dia sangat pakar dalam menilai situasi. Pengalaman berjumpa dengan pelbagai jenis orang untuk waktu yang lama juga membuatkan Shin Hye Won mahir dan tahu bagaimana cara menghadapi mereka.

4. Hwang Ji Sung adalah rakan sekerja Shin Hye Won

IMG 4561

Dalam versi drama Moving, terdapat adegan dimana Shin Hye Won bertegur sapa dengan pengawal keselamatan Sekolah Menengah Jeongwon, iaitu Hwang Ji Sung (Kim Jong Soo). Adegan ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa hubungan Shin Hye Won dan Hwang Ji Sung di drama Moving berhubung kait dengan versi webtoonnya.

Dalam Webtoon Bridge terungkap bahawa Shin Hye Won dan Hwang Ji Sung adalah rakan sekerja di BIN. Hwang Ji Sung pada awalnya merasa janggal kerana Shin Hye Won yang disebut sebagai seniornya nampak masih muda. Seiring berjalannya waktu, dia baru mengetahui tentang kemampuan super Shin Hye Won. Misi pengintipan di Sekolah Menengah Jeongwon adalah misi terakhir mereka sebagai rakan setugas.

5. Shin Hye Won belajar perkara baru dari Jang Hui Soo

IMG 4562

Dalam pertarungan antara Jang Hui Soo dan 17 pelaku buli di sekolah lamanya, Shin Hye Won sedar bahawa Jang Hui Soo sebenarnya baru mengetahui kemampuan regenerasinya. Hal itu membuatnya terkejut. Jangkaannya salah kerana Jang Hui Soo bukannya menyembunyikan kemampuan supernya, tetapi dia memang tidak tahu.

Shin Hye Won merasa tersentuh dengan kebaikan Jang Hui Soo. Darinya, dia belajar tentang nilai kemanusiaan. Shin Hye Won sedar bahawa selain dari kemampuan super yang dimilikinya, Jang Hui Soo hanyalah seorang anak yang baik.

Imbas balik kisah Shin Hye Won hanyalah salah satu bahagian yang dibahas dalam Webtoon Bridge. Sayangnya, Webtoon ini masih belum diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dan hanya tersedia dalam versi bahasa Korea. Agak-agaknya, Shin Hye Won di dalam drama Moving ini bakal berubah atau tidak?

Jangan lupa saksikan 3 episod akhir pada minggu hadapan 20 September yang akan dtayangkan pada hari sama ya!

Baca lagi: Kdrama Moving, 5 Perbezaan Nasib Manusia Super Korea Selatan dan Utara
Baca juga: 8 Watak Penting dalam Moving Yang Tidak Wujud Dalam Versi Webtoon