Home Entertainment 8 Watak Penting dalam Moving Yang Tidak Wujud Dalam Versi Webtoon

8 Watak Penting dalam Moving Yang Tidak Wujud Dalam Versi Webtoon

0

Drama Korea Moving (2023) diadaptasi dari webtoon berjudul sama karya Kang Full. Selain jalan cerita, ada beberapa karakter baru yang berbeza dengan versi webtoon asal.

Watak Frank hingga Jeon Gye Do termasuk sebagai karakter penting dalam versi drama. Berikut 8 watak penting Moving (2023) yang tidak ada dalam versi webtoon.

Baca juga: Mengapa Perlu Tonton Kdrama Moving? Kisah Pemburuan Manusia Super oleh Pembunuh Kejam

Peringatan: Artikel ini mengandungi spoiler!

 

1. Frank

MovingFrank (Ryoo Seung Bum) adalah watak antagonis dalam versi drama. Namun, watak Frank dalam versi webtoon tidak muncul sama sekali.

Watak Frank hadir untuk membunuh bekas ejen yang sudah bersara dari Pasukan Black yang ditugaskan oleh C.I.A atau duta besar Amerika iaitu Mark (Daniel C. Kennedy). Frank sejak kecil dipaksa oleh tentera Amerika dan dilatih sebagai tentera yang luar biasa hebat.

Baca lagi: Kdrama Moving, 9 Watak Superhero Dengan Gabungan Kuasa Ajaib

2. Jeon Gye Do

1194c169 1409 4e23 ac0f 748847702983Jeon Gye Do (Cha Tae-hyun) lebih dikenali sebagai pemandu bas yang selalu disapa oleh Kim Bong Seok (Lee Jung Ha). Ternyata, dia juga adalah alumni Sekolah Menengah Jeongwon dan anak kepada Jeon Young Seok (Choi Duk Moon) atau nama kod Bongpyeong.

Namun, Jeon Gye Do tidak lulus ujian menjadi anggota NIS kerana kuasanya yang hanya mampu menghantar petir dan manipulasi elektrik yang terhad. Selain itu, kebolehan fizikalnya juga di bawah markah yang dikehendaki.

 

3. Bang Ki Soo

1d0015b2 25e4 467d 96ed 345fd5f1bbe3Bang Ki Soo (Shin Jae Hwi) adalah seorang pembuli, dia juga adalah pelajar kelas 12-3 di Sekolah Menengah Jeongwon. Dia kerap mencari masalah dengan Lee Gang Hoon (Kim Do Hoon). Alasannya adalah kerana Lee Gang Hoon adalah pelajar pintar dan juga pelajar kesayangan.

Watak Bang Ki Soo ini tidak muncul dalam versi webtoon. Namun, wataknya muncul dalam drama untuk menambah warna jalan cerita berkaitan Lee Gang Hoon.

Baca juga: 5 Kematian Yang Tragis Dalam Kdrama Moving

4. Jincheon

7ebc7d2e 2e0d 41c2 bc51 afb2ca15a3cbJincheon ataupun Jung Sang Jin (Baek Hyun Jin) adalah bekas anggota NIS dan juga Pasukan Black. Kebolehannya serupa dengan Lee Jae Man (Kim Sung Kyun), iaitu mempunyai kebolehan luar biasa.

Dia adalah orang pertama yang diburu oleh Frank. Bahkan, pertarungan mereka pada awalnya cukup sengit. Watak Jincheon ini tidak muncul dalam versi webtoon.

 

5. Bongpyeong

665cbed3 9319 492d 8004 1a505616be58Bongpyeong ataupun Jeon Young Seok adalah bekas anggota Pasukan Black. Selepas bersara, dia bekerja sebagai pemilik kedai buku terpakai. Kebolehannya sama seperti Jeon Gye Do, iaitu mengawal kuasa elektrik.

Dia adalah bekas anggota NIS kedua yang diburu oleh Frank. Frank mendapat maklumat tentang beberapa orang pelajar dengan kekuatan luar biasa bersekolah di Sekolah Menengah Jeongwon selepas dia menghapuskan Bongpyeong.

 

6. Naju

59e8c177 e464 4b5e 8634 99972451d418Naju ataupun Hong Sung Hwa (Kim Guk Hee) adalah bekas anggota Pasukan Black yang akhirnya menjadi pemilik salon. Frank tidak berjaya menemukan anak Naju di majlis pengkebumian kerana Naju seolah-olah sengaja memalsukan kematian anak perempuannya.

Kuasa Naju adalah penglihatannya boleh menembusi benda padat. Selain itu, dia juga mahir menggunakan senjata api. Sayangnya, dia tidak dapat melepaskan diri dari Frank.

7. Pengetua Sekolah Jo Rae Hyuk

7747d351 3ad7 45ce 9328 b72117277a2fPengetua Sekolah Jo Rae Hyuk (Yoo Seung Mok) adalah dalang terbentuknya Projek Pembangunan Bakat Nasional (NTDP). Kebolehan khasnya adalah dia mahir menemui orang-orang yang hilang atau melarikan diri.

Selama ini, ternyata dia berjaya menemui Jang Ju Won, Lee Mi Hyun (Han Hyo Joo), dan juga Kim Doo Sik (Jo In Sung) yang bersembunyi. Orang yang mencetuskan idea menjadikan Sekolah Menengah Jeongwon sebagai tempat regenerasi anggota NIS baru juga adalah Pengetua Sekolah Jo.

 

8. Pengawal Keselamatan Hwang Ji Sung

9d0aae12 5795 46e9 92a7 898f4286eb9eWatak pengawal keselamatan Hwang Ji Sung (Kim Jong Soo) memang nampak seperti tidak penting. Namun, dia adalah salah seorang individu yang tahu kekuatan luar biasa Kim Bong Seok, Jang Hui Soo, dan juga Lee Gang Hoon.

Pada masa lalu, Hwang Ji Sung adalah ejen NIS yang bertugas mengawal Kim Doo Sik ke bilik pejabat Pengarah Min Yong Jun (Moon Sung Geun). Pengawal Keselamatan Hwang juga sangat mencurigakan, kerana dia mengunci pintu pagar Sekolah Menengah Jeongwon selepas Lee Mi Hyun dan Jang Ju Won masuk.

Semua karakter yang tersenarai di atas tidak muncul dalam versi webtoon, tetapi cukup mencuri perhatian dalam versi drama.

Baca juga: 7 Perbezaan Kdrama Moving Episod 14 & 15 vs Webtoon
Baca juga: Apakah Pengakhiran 8 Superhero di “Webtoon Moving”?