Home Entertainment 7 Perbezaan Kdrama Moving Episod 14 & 15 vs Webtoon

7 Perbezaan Kdrama Moving Episod 14 & 15 vs Webtoon

0

Drama Korea Moving episod 14 dan 15 telah pun ditayangkan di Disney+ Hotstar pada Rabu (6/9/2023). Di episod 14, drama ini mengisahkan watak Lee Jae Man dan pertemuan tak terduganya dengan Jang Ju Won.

Sedangkan di episod 15, drama Moving ini mulai menyajikan konflik akhir tentang ancaman askar super dari Korea Utara. Namun, ada beberapa perbezaan jalan cerita drama Moving dalama episod 14 dan 15 vs Webtoon.

Peringatan: Artikel ini mengandung spoiler!

1. Di Webtoon, tidak terdapat banyak adegan yang menunjukkan hubungan rapat Lee Jae Man dan Lee Gang Hoon ketika kecil

Moving

Di versi Webtoon, tidak dijelaskan hubungan emosional antara Lee Jae Man (Kim Sung Kyun) dan Lee Gang Hoon (Kim Do Hoon) semasa kecil. Pembaca Webtoon hanya tahu jika Lee Jae Man tidak ingin meninggalkan anaknya.

Namun, di versi drama penonton disajikan adegan Lee Jae Man yang selalu menghantar dan menjemput Lee Gang Hoon di sekolah. Momen ketika Lee Gang Hoon masa bayi terperangkap dalam kebakaran juga hanya ada di versi drama.

Ini semakin menjelaskan alasan Lee Jae Man bertarung habis-habisan dengan Jang Ju Won (Ryoo Seung Ryong) agar dapat segera pulang ke rumah. Kerana dia sudah berjanji kepada Lee Gang Hoon akan pulang sebelum jam 10 malam.

 

2. Lee Jae Man dan Jang Ju Won bekerjasama menyelamatkan Sung Woo hanya berlaku dalam versi drama
IMG 3749

Di versi webtoon, pembaca disajikan adegan Jang Ju Won melawan Lee Jae Man. Jang Ju Won akhirnya menemukan lawan yang sama kuat yang juga diberi gelaran sebagai monster.

Namun, di versi webtoon Jang Ju Won melepaskan Lee Jae Man kerana teringat anak perempuannya. Lee Jae Man hanya ingin pulang ke rumah dan menemui Lee Gang Hoon, bukannya melarikan diri.

Sedangkan di versi drama, keduanya justeru bekerjasama untuk menyelamatkan anak bernama Sung Woo. Melihat keikhlasan Lee Jae Man, Jang Ju Won akhirnya melepaskan musuhnya tersebut.

 

3. Di Webtoon, tidak diceritakan tentang Jang Ju Won yang melarikan diri bersama Jang Hui Soo

IMG 3750

Adegan selanjutnya menunjukkan NIS yang hendak menangkap Lee Jae Man di rumah. Tanpa sedar Lee Gang Hoon menggunakan kekuatannya untuk menyerang NIS.

Di waktu yang sama, Director Min Yong Jun (Moon Sung Geun) dan Jang Ju Won tahu jika kekuatan super boleh diwariskan kepada anak mereka. Sejak itu, Jang Ju Won bertekad melarikan diri bersama Jang Hui Soo. Namun, cerita Jang Ju Won melarikan diri ini hanya ditunjukkan di versi drama saja.

4. Alasan wujudnya projek (NTDP) hanya dijelaskan secara terperinci di drama

IMG 3751 1

Alasan terbentuknya Projek (NTDP) tidak pernah dijelaskan secara terperinci di versi Webtoon. Tiba-tiba saja adegan berganti ke Choi Il Hwan (Kim Hee Won) yang ditugaskan untuk menguji anak-anak berkuasa super demi regenerasi Black Ops.

Namun di versi drama, dijelaskan jika NTDP mulai terbentuk sebaik sahaja Jang Ju Won menghilang dan Director Min tahu jika kekuatan super boleh diwariskan. Selain itu, dalam versi Webtoon, watak pengetua Sekolah Jo Rae Hyuk (Yoo Seung Mok) tidak wujud.


5. Adegan perbualan Jang Hui Soo dan Lee Gang Hoon di webtoon tidak sejelas di drama

IMG 3752

Di episod 7, Lee Gang Hoon menyelamatkan Jang Hui Soo (Go Yoon Jung) di auditorium olahraga. Sedangkan di episod 15, Jang Hui Soo mengucapkan terima kasih kepada Lee Gang Hoon. Bahkan keduanya makan bersama di minimarket.

Tapi kalau di versi webtoon, momen keduanya tidak ditampilkan. Kerana walaupun mereka adalah rakan sekelas, karakter Lee Gang Hoon baru dimunculkan di webtoon setelah episod dimana dia menyelamatkan Jang Hui Soo.

 

6. Versi Webtoon, Bang Ki Soo dan Satpam Hwang tiada di sekolah ketika askar Korea Utara datang
IMG 3753

Drama Moving (2023) menghadirkan beberapa karakter baru, diantaranya Bang Ki Soo (Shin Jae Hwi) dan Satpam Hwang Ji Sung (Kim Jong Soo). Kedua karakter ini tidak muncul sama sekali di versi webtoon.

Namun di episod 15, keduanya masih tinggal di sekolah. Satpam Hwang mengunci pintu gerbang depan sekolah, sedangkan Bang Ki Soo di tandas wanita sedang menghisap rokok elektrik.

Kemungkinan besar, mereka akan terlibat pertarungan sengit di sekolah. Kerana di versi webtoon, askar super Korea Utara akan datang dan menyerbu sekolah Jeongwon.

7. Versi drama, Jeon Gye Do bantu Kim Bong Seok dan Jang Hui Soo

IMG 3754

Jeon Gye Do (Cha Tae Hyun) adalah karakter baru lainnya di drama Moving. Dia adalah anak Jeon Young Seok (Choi Duk Moon) alias Bongpyeong. Jeon Gye Do memiliki kuasa elektrik yang mampu menghancurkan apa sahaja bak panahan petir.

Di versi webtoon, sepatutnya askar Korea Utara yang mempunyai kemampuan untuk terbang baru muncul di stadium olahraga. Tapi di versi drama, askar tersebut justeru mengekori Kim Bong Seok (Lee Jung-ha) dan Jang Hui Soo menaiki bus yang dipandu oleh Jeon Gye Do. Kemungkinan besar, Jeong Gye Do akan membantu Kim Bong Seok dan Jang Hui Soo.

Perbezaan jalan cerita Moving versi drama sememannya lebih terperinci, kerana menjelaskan pelbagai pertanyaan yang terasa tergantung dari webtoonnya. Adakah anda sudah tonton episod 14 dan 15 “Moving”?

Baca lagi: Apakah Pengakhiran 8 Superhero di “Webtoon Moving”?
Baca juga: 5 Kematian Yang Tragis Dalam Kdrama Moving