Home Entertainment 5 Kematian Yang Tragis Dalam Kdrama Moving

5 Kematian Yang Tragis Dalam Kdrama Moving

0

Moving (2023) merupakan drama siri ongoing yang wajib ditonton oleh para peminat Kdrama.

Mengangkat tema superhero, drama siri Moving ini bukan hanya menampilkan adegan aksi dan pertarungan, tetapi juga drama tentang perjalanan hidup setiap watak utama dalam siri ini.

Sepanjang tayangan hingga episod 13 yang ditayangkan pada Rabu, 30 Ogos 2023, sudah ada beberapa watak yang dimatikan dalam drama siri Moving ini. Kebanyakan dari mereka mati dibunuh dengan kejam. Siapakah mereka?

 

1. Jung Sang Jin

MovingJung Sang Jin (Baek Hyun Jin) merupakan ejen yang menyertai black team dalam ASNP. Pada waktu itu, dia menggunakan kod nama Jincheon yang merupakan nama daerah tempat asalnya.

Jung Sang Jin telah menyertai banyak misi dan operasi rahsia. Kuasanya adalah kekuatan fizikal dan kemahiran seni bela diri. Sayangnya, dia mati di tangan Frank (Ryoo Seung Bum) setelah lama dia menyepi dan cuci tangan dari dunia risikan rahsia.

 

2. Hong Sung Hwa

075604c7 b5b8 4b1f b3d0 663930476f19Hong Sung Hwa (Kim Guk Hee) merupakan anggota black team yang berasal dari daerah Naju. Dia juga menggunakan nama Naju sebagai kod namanya.

Hong Sung Hwa yang sudah bersara sebagai ejen ASNP juga telah diburu oleh Frank. Dia menjalani kehidupan seperti orang kebanyakan dengan membuka sebuah salon sebagai sumber pendapatan. Sayangnya, Frank berjaya menemuinya dan dia akhirnya mati dibunuh.

 

3. Jeon Young Seok

bb2d9fdb 9a32 4f35 a66d 0e4e161060f1Jeon Young Seok (Choi Duk Moon) adalah anggota black team terakhir yang juga telah terkorban di tangan Frank. Dia menggunakan kod nama sebagai Bongpyeong. Dia adalah manusia yang boleh mengawal kuasa elektrik.

Selepas bersara sebagai ejen ASNP, Jeon Young Seok membuka kedai buku terpakai sebagai sumber pendapatannya. Dia mempunyai seorang anak lelaki tunggal bernama Jeon Gye Do (Cha Tae Hyun). Kematian Jeon Young Seok yang dibunuh oleh Frank membuatkan Jeon Gye Do sangat marah.

 

4. Frank

9054ca7a f9ca 48bb a6dc 694f8ed55000Frank merupakan seorang lelaki yang berasal dari Korea Selatan yang tinggal di Amerika Syarikat. Dia diculik oleh CIA untuk dikerah sebagai ejen dengan kuasa khas dan luar biasa. Menariknya, Frank mampu menyembuhkan kecederaan pada tubuhnya dengan sangat cepat.

Dia perlu menyelesaikan misi untuk membunuh bekas ejen ASNP yang telah bersara. Mereka adalah anggota black team, Jang Ju Won (Ryu Seung-ryong), dan masih banyak lagi nama bekas ejen dalam senarai.

Namun sebelum dia berjaya menyelesaikan semua misinya, dia telah terkorban ketika bertarung dengan Jang Ju Won.

 

5. Hwang Ji Hee

011e5b5e b796 459e 8902 52486b5106f9Hwang Ji Hee (Kwak Sun Young) merupakan isteri kepada Jang Ju Won dan ibu kepada Jang Hui Soo (Go Yoon Jung). Dia hilang nyawa akibat kemalangan. Masih belum diketahui sebab utama kemalangan tersebut berlaku tetapi Jang Hui Soo telah terselamat dari kemalangan tersebut.

Jang Ju Won yang sedang bertugas sangat terkejut dan terkesima. Dia bergegas untuk menemui mendiang isterinya di rumah berkabung.

Adakah akan ada kematian lain lagi di episod-episod yang akan datang untuk drama Moving ini?

Baca lagi: Kdrama Moving, Siapakah Manusia Super Dari Korea Utara Di Episod 13?
Baca juga: Apakah Pengakhiran 8 Superhero di “Webtoon Moving”?