Home News Kdrama Moving, 5 Perbezaan Nasib Manusia Super Korea Selatan dan Utara

Kdrama Moving, 5 Perbezaan Nasib Manusia Super Korea Selatan dan Utara

0

Menjadi manusia super tidak selamanya menjanjikan kebahagiaan dan manfaat kepada empunya diri. Sama seperti para manusia super di dalam drama siri Moving yang akhirnya kekuatan mereka dipergunakan dan dijadikan senjata perang oleh kerajaan mereka sendiri.

Di episod 15 sebelum ini muncul beberapa sosok manusia super yang berasal dari Korea Utara. Mereka pergi ke Korea Selatan khusus untuk menyiasat kewujudan manusia dengan kekuatan serupa yang dimiliki Korea Selatan serta anak-anak yang mewarisi kekuatannya.

Namun kehidupan para manusia super dari Korea Selatan dan Korea Utara di dalam drama siri Moving ini ternyata cukup berbeza. Apakah perbezaan mereka? Jom kita lihat ulasan dibawah ini:

 

1. Pencarian bakat di Korea Selatan nampak normal, sedangkan di Korea Utara lebih agesif

Moving

Pencarian bakat manusia super di Korea Selatan awalnya dilakukan dengan mengumpulkan informasi mengenai orang-orang dengan kekuatan yang berbeza. Setelah disahkan, orang-orang ini akan ditawarkan untuk bergabung dengan NIS. Kesejahteraan dan masa depan mereka terjamin sebaik sahaja bekerja dengan kerajaan.

Sementara itu, di versi Webtoon, pencarian manusia super di Korea Utara dilakukan dengan agresif. Jika seseorang didapati memiliki bakat-bakat khusus, maka mereka wajib menerima latihan ketenteraan khusus dari negara.

 

2. Latihan yang dilakukan di Korea Utara sangat tegas

IMG 4529

Di Korea Selatan latihan manusia super dilakukan menggunakan standard agen NIS. Latihan tambahan diberikan sesuai bakat yang dimiliki. Di akhir latihan, para manusia super akan memiliki pengetahuan yang setara dengan agen NIS.

Lain pula halnya di Korea Utara, latihan ketenteraan dijalankan dengan sangat keras dan tegas. Sama seperti latihan di Amerika Syarikat yang sempat muncul di episod awal, dimana latihan gerak gempur manusia super ini membuat para pelatihnya tidak teragak-agak untuk melakukan pembunuhan

 

3. Kesan emosi latihan terhadap para manusia super

IMG 4521

Manusia super Korea Utara didorong hingga ke batas kewarasannya selama latihan. Kebanyakan dari mereka berakhir menjadi manusia “mesin” yang tidak memiliki hati nurani. Meskipun kekuatan mereka mencapai batas maksimum, namun dalam hati mereka menderita untuk dibebaskan.

Berbeza dengan Korea Utara, latihan manusia super di Korea Selatan tidak memberi kesan buruk dari sisi emosional para pelatihnya. Namun demi kepentingan organisasi, organisasi tetap sahaja ada cara-cara licik yang dilakukan untuk menjaga kualiti dan keunggulan manusia super ini. Salah satunya adalah pembunuhan yang dilakukan pada Hwang Ji Hee (Kwak Sun Young), isteri Jang Ju Won (Ryu Seung-ryong) agar dia dapat memberi 100% komitmen dan tumpuan terhadap tugasannya.

4. Kehidupan sosial manusia super di Korea Selatan dan Utara jauh berbeza

IMG 4527

Manusia super di Korea Selatan masih diberikan kesempatan untuk memiliki hubungan sosial di luar. Beberapa dari mereka bahkan memiliki pasangan dan berumahtangga. Kondisi yang berbeza dialami oleh manusia super di Korea Utara. Mereka benar-benar menjadi alat pemerintah. Para manusia super di Korea Utara tidak memiliki kehidupan sosial dan dijauhkan dari keluarganya.

5. Membina keluarga dan melahirkan zuriat

IMG 4523

Ramai manusia super di Korea Selatan yang memiliki keluarga dan anak. Bahkan kemampuan super ini ternyata genetik, dapat diwariskan kepada anak-anak mereka.

Kenyataan ini membuatkan negara-negara yang mengabaikan kehidupan sosial manusia super milik mereka, seperti Korea Utara. Kerana dijadikan aset tentera dan kerajaan, para manusia super ini tidak memiliki keturunan. Akibatnya, tidak ada generasi penerus kekuatan tersebut.

Di episod 15 drama siri Moving, Korea Utara mula menjalankan misi penyiasatan generasi penerus kekuatan super di Korea Selatan dengan menghantar pengintip mereka. Hal ini sudah pasti akan membahayakan para pemilik kekuatan super di Korea Selatan.

Pastinya peminat drama Moving tidak sabar ingin tahu apakah tindakan dan rancangan seterusnya Korea Utara terhadap para pemilik kekuatan super di Korea Selatan kan?  Jangan lupa saksikan episod seterusnya di Disney Plus ya!

Baca lagi: Moving, 7 bukti Min Yong Jun adalah pencipta konflik, musuh dalam selimut?
Baca juga: 8 Watak Penting dalam Moving Yang Tidak Wujud Dalam Versi Webtoon
Baca lagi: Moving: 5 Fakta Shin Hye Won dan Identitinya di Webtoon. Adakah Dia Merbahaya?