Home Entertainment Moving, 7 bukti Min Yong Jun adalah pencipta konflik, musuh dalam selimut?

Moving, 7 bukti Min Yong Jun adalah pencipta konflik, musuh dalam selimut?

0

Drama siri yang kini sedang hangat diperkatakan iaitu Moving (2023) nampaknya telah berjaya mempersembahkan banyak perkara menarik, konflik yang mendebarkan dan kisah cinta derita yang seakan-akan tidak pernah habis dan tiada penghujung.

Para penonton ditinggalkan dengan banyak teka teki dan tanda tanya setiap kali habis menonton episod baru drama siri ini. Setiap episod dalam drama siri ini memaparkan kisah setiap watak yang sedang berkembang semakin dalam untuk menjelaskan latar belakang mereka masing-masing. Satu demi satu misteri juga mula terungkap dan terungkai.

Salah satu adegan yang menjadi nilai tambah penting dalam penceritaan ini adalah kehadiran watak Min Yong Jun (Moon Sung-keun). Dia merupakan tunggak utama sebagai penggerak jalan cerita yang berjaya membawa sisi gelap badan perisikan rahsia pada waktu itu. Tambahan pula, watak lelaki ini tergolong sebagai watak antagonis yang menyembunyikan agenda tersendiri yang menyebabkan banyak konflik tercipta untuk watak-watak lain.

Para penonton setia Kdrama Moving pasti tertanya-tanya bukan? Jom sama-sama kita lihat mengapakah watak Min Yong Jun merupakan pencipta utama konflik yang berlaku dalam drama siri Moving seperti berikut ini.

Artikel ini mengandung spoiler ya!

 

bd11376f 7625 4029 8dc2 815ad91fdfba 11. Min Yong Jun menggunakan manusia-manusia yang mempunyai kebolehan luar biasa untuk menjadi asetnya dengan sangat ego

 

 

Moving2. Walaupun sangat bijak dalam membangun strategi, Min Yong Jun terlalu berfikiran sempit hingga memecah belahkan organisasi

 

 

58ab54bd 2809 48e6 9a98 1df6a10c368d 13. Dia tidak menjaga sepenuhnya kepercayaan yang diberikan oleh pihak atasan dan juga orang bawahannya. Lebih teruk lagi, Min Yong Jun sanggup untuk berlaku khianat

 

 

8f1c309f 7dda 41c2 952e a3a4d2da803d4. Dia melancarkan beberapa misi rahsia tanpa berkomunikasi dengan Rumah Biru sedangkan perkara ini berkaitan dengan urusan dua hala antara negara

 

 

6cc128e9 c79c 4ef7 b124 87fda20bb2055. Min Yong Jun tidak pernah bertanggungjawab atas keselamatan setiap ejen yang sudah bersara. Ramai bekas ejen kehilangan nyawa!

 

 

7820e459 7c69 40a2 a2c2 0c4f25186b926. Cita-citanya begitu besar, dia tetap menguruskan organisasi secara tersembunyi walaupun organisasi telah dibubarkan oleh Rumah Biru

 

08caba61 a834 437d b6af f67ea6660fa7 1

7. Dia juga bersetuju dengan Projek Pembangunan Bakat Nasional (NTDP) yang bertujuan untuk memanfaatkan anak-anak keturunan manusia luar biasa

Semua alasan tersebut menjadi bukti atas sikap antagonis Min Yong Jun. Konflik juga mula berkembang dan semakin menghampiri klimaks dengan kemunculan wataknya. Adakah Min Yong Jun akan memulakan langkah yang lebih ekstrem? Saksikan sambungan kisah Moving setiap hari Rabu di Disney+ ya!

Baca lagi: 8 Watak Penting dalam Moving Yang Tidak Wujud Dalam Versi Webtoon
Baca juga: Kdrama Moving, Siapakah Manusia Super Dari Korea Utara Di Episod 13?