Home Artis Korea Kim Woo Bin Terlepas Cakap, Dia dan Shin Min Ah Bakal Mendirikan...

Kim Woo Bin Terlepas Cakap, Dia dan Shin Min Ah Bakal Mendirikan Rumah Tangga?

0

Menjalin hubungan cinta sejak 2015, Kim Woo Bin dan Shin Min Ah merupakan salah satu pasangan selebriti yang masih bahagia hingga kini. Ramai peminat menantikan hari bahagia pasangan ini naik pelamin.

Baru-baru ini para peminat dikejutkan dengan sebuah wawancara lama yang menunjukkan pelakon lelaki itu mengatakan bahawa dia akan mendirikan rumah tangga apabila mencecah usia 35 tahun.

Seperti semua sedia maklum, pada tahun ini pelakon tersebut genap berusia 35 tahun.

 

1. Kim Woo Bin mendedahkan dia akan berkahwin apabila berusia 35 tahun

43570adb 8b7b 4cd0 aece 990418300efaBelum lagi mengikat tali perkahwinan selepas bercinta selama 8 tahun dengan Shin Min Ah, baru-baru ini para peminat kembali memberi perhatian pada sesi wawancara antara Kim Woo Bin dengan Star Date. Pelakon itu menyebut bahawa dia akan berkahwin pada usia 35 tahun.

“Perkahwinan.. apablia saya berusia sekitar 35 tahun,” jawab Kim Woo Bin apabila pengacara bertanya kepadanya tentang usia paling sesuai untuk menamatkan zaman bujangnya.

Wawancara itu berlangsung pada tahun yang sama Kim Woo Bin dan Shin Min Ah mula bersama, kebelakangan ini para peminat kembali memberi perhatian pada bintang drama Black Knight itu yang akan berusia 35 tahun pada 16 Julai nanti.

 

2. Kim Woo Bin memberi gambaran menjadi suami dan ayah di masa depan

Kim woo binBukan hanya membahas tentang umur untuk berkahwin dalam wawancara dengan Star Date, Kim Woo Bin juga mengaku ingin menjadi suami dan ayah yang baik kepada isteri dan anak-anaknya kelak.

“Saya ingin menjadi suami yang dianggap sebagai kawan dan juga bapa boleh mesra dan berkawan rapat dengan anak-anak. Ibu bapa saya juga begitu,” kata pelakon itu sewaktu ditemuramah bersama Star Date pada tahun 2015.

 

3. Kim Woo Bin dan Shin Min Ah saling menyokong kerjaya masing-masing

a87b4478 472e 4c79 96c2 ca2927a4b920

Sebelum ini, kehadiran Kim Woo Bin di premier VIP film Our Season pada akhir November lalu yang dibintangi oleh kekasihnya telah menarik perhatian ramai.
Waktu itu, Shin Min Ah berkongsi reaksi Kim Woo Bin saat pertama kali menonton filem Our Season. Menurut pelakon wanita itu, teman lelakinya itu sangat menyukai filem tersebut hingga tidak sedar hanyut dalam emosinya dan menitiskan air mata.

Bila kita melihat balik wawancara pada tahun 2015 yang mengatakan bahawa dia akan berkahwin pada usia 35 tahun, Kim Woo Bin dan Shin Min Ah seolah-olah sudah mempunyai rancangan untuk melangkah ke gerbang perkahwinan pada tahun ini. Semoga cepat-cepat menjadi kenyataan ya!

Baca lagi: Respect dan Mengagumkan, 10 Bintang Kpop Ini Tidak Mengambil Minumam Keras
Baca juga: 8 Bintang Kpop Ini Tidak Sempat Bercinta, Terlalu Sibuk