Home Artis Korea Welcome To Samdalri, Semakin Menarik Perhatian, Raih Rating Tinggi

Welcome To Samdalri, Semakin Menarik Perhatian, Raih Rating Tinggi

0

Drama Korea “Slice of Life”, Welcome To Samdalri” rating melonjak naik selepas episod 12!

Drama siri Welcome to Samdalri merupakan salah satu daripada rancangan jTBC yang ditayangkan pada awal Disember hingga pertengahan Januari. Ia ditayangkan setiap hari Sabtu dan Minggu melalui saluran jTBC dan streaming Netflix.

IMG 9906

Penayangan perdana drama Welcome to Samdalri ketika itu cukup ditunggu-tunggu kerana dibintangi dua pelakon ternama Ji Chang Wook dan Shin Hye Sun!

Dipetik dari Soompi, drama bergenre “slice of life” dan romantik ini mampu menarik perhatian penonton dan mencapai rating tertinggi.

Menurut Nielsen Korea, episod terbaru Welcome to Samdalri baharu ini telah mencatatkan rata-rata rating nasional sebesar 9.8 peratus, menandai rekod peribadi baharu untuk drama tersebut.

Selepas siaran episod 12 drama Welcome to Samdalri, seperti yang dilaporkan Soompi, rating drama ini melonjak naik, jauh daripada episod sebelumnya iaitu 9.8 peratus.

Rating untuk episod 12 drama Welcome to Samdalri meningkat berbanding episod 11 yang hanya 7.3 peratus. Ini bermakna penarafan meningkat sebanyak 2.5 peratus, bermakna ini adalah perkara yang sangat baik.

Untuk drama sageuk ‘Korea-Khitan War’ milik KBS 2TV tetap stabil di kedudukannya dengan rata-rata rating nasional sebesar 10.0 peratus pada malam itu.

Sementara itu, ‘Maestra: Strings of Truth’ daripada tvN yang ditayangkan pada slot waktu yang sama, naik dengan rata-rata nasional sebanyak 5.4 peratus lebih cepat daripada sebelumnya.

Kemudian, untuk drama baru TV Chosun berjudul My Happy Ending memperoleh rating rata-rata nasional sebanyak 2,3 peratus untuk episod keempatnya.

Terakhir, ‘Live Your Own Life’ KBS 2TV naik ke rata-rata rating nasional sebesar 19.0 peratus, berjaya meneruskan rekodnya sebagai rancangan yang paling banyak ditonton yang ditayangkan pada hari Minggu.

Baca juga: Filem Netflix “Society of The Snow”, Kisah Benar Tragis Nahas Pesawat Andes 1972

Welcome to Samdalri yang diarahkan oleh Cha Young Hoon, merupakan drama romantik yang dibintangi Ji Chang Wook sebagai Jo Yong Pil.

IMG 9903

Dia merupakan seorang lelaki yang setia tinggal di kampung halamannya di Pulau Jeju sepanjang hidupnya untuk melindungi para warga disitu.

Kemudian kita ada pelakon Shin Hye Sun akan membawakan watak sebagai Jo Sam Dal, yang membesar bersama Jo Yong Pil sebagai kawan masa kecilnya.

Pada episod 11 drama Welcome to Samdalri menceritakan tentang Jo Yong Pil (Ji Chang Wook) yang terus berusaha untuk meyakinkan Jo Sam Dal (Shin Hye Sun) jika hubungan mereka layak untuk diperjuangkan.

IMG 9901

Pada episod 12 pula, Welcome to Samdalri memfokuskan tentang Jo Yong Pil (Ji Chang Wook) dan Jo Sam Dal (Shin Hye Sun) yang akhirnya kembali mempunyai hubungan sebagai sepasang kekasih.

Buat anda yang baharu sahaja ingin menonton drama ini, penting untuk anda tahu bahawa drama siri ini bukan sahaja memfokuskan semata-mata hubungan diantara Yong Phil dan Sam Dal dan kisah curang serta dendam Sam Dal terhadap bekas kekasihnya.

Welcome to samdalri

Tetapi juga kisah-kisah yg berlaku setiap hari di perkampungan Samdalri. Ini termasuklah kisah warga-warga kampung dan makcik-makcik bawang, kisah sumber lautan mereka, kisah tragis suami yang kematian isteri, trauma tidak dapat menerima kematian isterinya dan pelbagai lagi.

IMG 9904

Jadi, agar rating drama Welcome to Samdalri terus meningkat dengan setiap episod, jangan lupa untuk terus menonton setiap Sabtu dan Ahad di saluran jTBC dan streaming Netflix ya guys!

Baca lagi: 14 Kdrama 2023, Genre Slice of Life, Terbaru Welcome to Samdalri
Baca juga: Latar Belakang Lee Yi Kyung “Gwenchana” Yang Mengejutkan