Home Artis Korea Park Shin Hye Muncul Sebagai Antagonis dalam The Judge From Hell, Drama...

Park Shin Hye Muncul Sebagai Antagonis dalam The Judge From Hell, Drama Baru Selepas Doctor Slump

0

Selepas mendirikan rumah tangga dan melahirkan cahaya mata, Park Shin Hye memutuskan untuk berehat dan menyepikan diri dari dunia hiburan.

IMG 8709

Sisyphus: The Myth adalah drama terakhir yang dibintangi oleh Park Shin Hye pada tahun 2021. Tahun 2020 juga telah menyaksikan kemunculan pelakon berbakat ini melalui wataknya dalam filem The Call. Pelakon ini juga disahkan membintangi dua slot drama pada tahun 2024 ini. Salah satu watak menarik yang akan dibawanya adalah watak antagonis yang pasti akan mengganggu emosi para penonton.

Doctor Slump dan The Judge From Hell merupakan dua drama baru yang dibintangi oleh Park Shin Hye. Berikut adalah fakta tentang Park Shin Hye dan drama-drama baru yang dibintanginya.

Park shin hye

1. Park Shin-hye akan bergandingan dengan Park Hyung Sik dalam Doctor Slump. Sebelum ini, duo pelakon ini pernah bekerjasama dalam projek drama The Heirs (2013)

a4c356b8 0e17 4889 94cb 17feb93b4174

2. Doctor Slump akan ditayangkan secara perdana di JTBS dan Netflix pada 27 Januari 2024 dengan jumlah 16 episod semuanya

61318470 0bd4 4d5a 8c4f 09110839f371

3. Doctor Slump menceritakan tentang dua orang individu yang saling membenci di masa lalu kemudian bertemu kembali apabila kedua-dua mereka sedang mengalami kesukaran dalam hidup

a56b3929 96fe 4641 828f 2a5beedfd87e

4. Park Shin-hye sebagai Nam Ha Neul, pakar bius manakala Park Hyung Sik adalah sebagai Yeo Jeong Woo, pakar bedah plastik

2c606fc2 cc4a 4efe bfb4 d6bcb0b80a37

5. Doctor Slump merupakan drama pertama Park Shin-hye selepas pelakon ini menyepikan diri selama dua tahun

0c6ce92b ea0c 45cb 880b ab53abc953e7

6. Membawa tema perubatan, Doctor Slump merupakan drama kedua yang menyaksikan Park Shin-hye membawa watak sebagai doktor. Sebelum ini sebagai Dr. Yoo Hye Jung dalam ‘Doctors’ (2016)

 

2b8a2c6b cc30 4be5 8972 9dc0a3b7440b

7. Selepas menjadi doktor dalam Doctor Slump, Park Shin Hye akan membawa watak sebagai hakim yang kejam dalam The Judge from Hell bergandingan dengan Kim Jae Young yang membawa watak sebagai detektif

b686cc1e a66e 424a b8f1 102cf914e5c2

8. The Judge From Hell merupakan drama kedua Park Shin Hye pada tahun 2024 ini. Mengikuti kisah hakim yang dirasuk iblis dan langsung tidak mempunyai rasa simpati, hakim kejam ini bertemu dengan seorang detektif yang berhati baik dan lembut

b085d37c 0fd6 4f30 aa2e 76a1ce702251

9. Diterbitkan oleh SBS, The Judge From Hell merupakan projek lakonan Park Shin Hye yang mengusung genre fantasi dan romantik

Untuk drama The Judge From Hell, pihak SBS belum mengesahkan tarikh tayangnya, yang pastinya, anda boleh menyaksikan penampilan hebat Park Shin Hye dalam Doctor Slum sambil menunggu berita terbaru tentang The Judge From Hell.

Baca lagi: 15 Kdrama 2023 Tampilkan Watak Utama Wanita Gila-Gila, Masuk Air

IMG 8710

Baca juga: 13 Foto Sesi Pembacaan Skrip Drama Doctor Slump, Park Shin Hye dan Park Hyung Sik Bergabung Selepas 10 Tahun