Home Artis Korea 6 Watak Suami Curang dan Khianat dalam Kdrama Januari 2024, Buat Penonton...

6 Watak Suami Curang dan Khianat dalam Kdrama Januari 2024, Buat Penonton Naik Darah

0

Watak suami jahat dan curang dalam drama Korea selalunya menarik perhatian penonton. Watak-watak seperti ini boleh mengundang perasaan amarah, tetapi watak mereka juga membuatkan jalan cerita menjadi semakin menarik. Tambahan pula, topik kecurangan dalam rumah tangga telah menjadi isu hangat pada bulan Januari 2024 ini.

Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan mereka curang, di antaranya adalah kesepian, sudah tidak mempunyai perasaan cinta lagi, sudah muak melihat isteri mereka, isteri juga curang dan pelbagai alasan lain lagi. Berikut adalah ulasan ringkas tentang watak-watak tersebut.

 

1. Ishikawa dalam Gyeongseong Creature

KdramaDalam drama Gyeongseong Creature, watak Ishikawa (Kim Do Hyun) tidak mencintai isterinya, Yukiko Maeda (Claudia Kim). Dia akhirnya curang dengan Akiko (Ji Woo), seorang wnaita penghibur di Gyeongseong. Hasil hubungan terlarang tersebut telah menyebabkan Akiko hamil anak Ishikawa.

Sewaktu Akiko berubah menjadi separuh raksasa, Ishikawa mahu membunuhnya. Namun Akiko yang marah menyerangnya hingga Ishikawa mati kerana kekeringan darah. Akiko berubah kerana telah meminum air yang mengandungi cacing parasit buatan Kato (Choi Young Joon).

Baca lagi: Marry My Husband, 5 Watak Antagonis ini Sering Merendahkan Maruah Kang Ji Won

2. Kim Phil dalam Maestra: Strings of Truth

WatakDalam drama Maestra: Strings of Truth, watak Kim Phil (Kim Young Jae) berlaku curang dengan Lee Ah Jin (Lee Si Won). Perempuan simpanannya itu adalah rakan orkestra Cha Se Eum (Lee Young Ae) dalam The Hangang Philharmonic.

Lee Ah Jin yang hamil anak Kim Phil meminta lelaki itu bertanggungjawab. Malamgnya dia tidak mendapat respons yang baik dari Kim Phil. Akhir episod, Kim Phil mengalami amnesia dan mengalami gangguan jiwa akibat racun yang masuk ke dalam tubuhnya.

 

3. Park Min Hwan dalam Marry My Husband

206acb69 821f 490e 9d10 2a20f7dad487Lee Yo Kyung membawa watak yang merupakan suami Kang Ji Won (Park Min Young) dalam drama Marry My Husband, dia berani berlaku curang dengan Jung Soo Min (Song Ha Yoon). Park Mi Hwan sudah tidak tertarik lagi dengan isterinya yang menderita penyakit barah. Sementara itu, Jung Soo Min adalah sahabat yang mengaku kawan sehati sejiwa Kang Ji Won.

Kang Ji Won menangkap kedua-duanya sedang bermesraan di atas katil, Park Min Hwan berlaku kasar dan menolaknya hingga Kang Ji Won meninggal dunia.

Baca juga: 5 Pelakon Korea ini Pernah Bawa Watak Manusia dengan Kuasa Luar Biasa, Siapa Anda Paling Suka?

4. Yang Jae Seok dalam The Bequeathed

9fbdf0cc 8745 4114 a493 4f07f8e4ed9fYang Jae Seok (Park Sung Hoon) adalah suami Yoon Seo Ha (Kim Hyun Joo) dalam drama The Bequeathed. Yang Jae Seok tertarik dengan Yoon Seo Ha kerana dia adalah seorang profesor. Yang Jae Seok yang merupakan jurulatih yoga, dalam diam curang dengan peserta kelas yoganya.

Yoon Seo Ha ingin bercerai selepas mengetahui suaminya curang. Sayangnya, dia tidak diceraikan oleh Yang Jae Seok kerana lelaki itu juga ingin membolot harta pusaka warisan bapa saudara Yoon Seo Ha.

 

5. Jung Soo dalam Long Time No Sex

592575ab aa2c 4c42 a8dd f2d78917b08dDalam drama Long Time No Sex, watak Jung Soo (Lee Hak Joo) adalah sebagai kawan Samuel (Ahn Jae Hong) sejak dari zaman belajar. Dia mempunyai keluarga harmoni dan kaya raya. Dia dipuji sebagai lelaki setia oleh isterinya. Siapa sangka, Jung Soo mempunyai perempuan simpanan.

 

6. Heo Soon Young dalam My Happy Ending

1b3b56bd 9ebc 4a60 bb41 46f4f25a4bbbHeo Soon Young (Son Ho Jun) adalah suami Seo Jae Won (Jang Na Ra) dalam My Happy Ending. Dia curang dengan Kwon Yoo Jin (So Yi Hyun) kerana ingin melihat isterinya menderita. Dia sakit hati selepas mengetahui Heo Ah Rin (Choi So Yool) bukan anak kandungnya.

Heo Soon Young menganggap bahawa isterinya telah berbohong. Namun, apabila dia mengetahui keadaan Seo Jae Won yang sebenarnya, dia berusaha untuk membantu dan berhenti dari kecurangannya. Dia memutuskan hubungan dengan Kwon Yoo Jin.

Enam watak lelaki curang dalam drama Korea Januari 2024 di atas memang sangat menyakitkan hati dan tidak boleh dimaafkan walau apapun alasan mereka. Mereka telah melanggar janji suci perkahwinan mereka.

Sudahkah anda menonton drama-drama ini? Watak mana yang paling memberi kesan kepada anda?

Baca lagi: 5 Pelakon Lelaki Korea ini Pernah Bawa watak sebagai Tukang Masak, Berjaya Curi Hati Penonton

Baca juga: Setelah Jepun, “Castle in the Time” lakonan Zhang Zhe Han & Park Min Young Turut ditayangkan di Thailand 18 Jan, Bagaimana pula dengan Malaysia?