Home Kdrama/Kmovie Marry My Husband, 5 Watak Antagonis ini Sering Merendahkan Maruah Kang Ji...

Marry My Husband, 5 Watak Antagonis ini Sering Merendahkan Maruah Kang Ji Won

0

Kehidupan Kang Ji Won (Park Min Young) dalam drama Marry My Husband sungguh malang. Dia tidak mempunyai sesiapa pun di sampingnya sewaktu dia menerima rawatan panyakit kanser di hospital.

Selama hidupnya, Kang Ji Won selalu ditekan oleh orang-orang di sekelilingnya. Sebelum didiagnos dengan penyakit kritikal, tindakan kejam watak-watak antagonis sekeliling Ji Won telah lama membuatkan maruah diri Ji Won menjadi sangat rendah dan membuatkan hidupnya tidak bahagia.

Lima watak antagonis ini adalah dalang utama dalam drama Marry My Husband yang membuatkan maruah dan kepercayaan diri Kang Ji Won sangat lemah dan rendah dalam drama Marry My Husband. Di kehidupan keduanya pula, Ji Won memutuskan untuk mengubah nasih dan membalas dendam pada mereka!

 

1. Park Min Hwan

7f6189af 0e67 4718 b737 a963bb6e79e0Park Min Hwan (Lee Yi Kyung) merupakan suami Ji Won. Lelaki ini tidak pernah membahagiakan Ji Won, Min Hwan membuat Ji Won menjadi lebih menderita. Min Hwan selalu menegaskan bahawa Ji Won bukan siapa-siapa tanpa dirinya. Namun, dia sebenarnya mengugut dan merendah-rendahkan Ji Won supaya Ji Won tidak akan meninggalkannya. Dia selalu memijak-mijak mariah diri Ji Won.

 

2. Jung Soo Min

0966328c e0e1 4f3d b95d 8b5d80ec5271Jung Soo Min (Song Ha Yoon) membuatkan Ji Won kehilangan banyak perkara membahagiakan dalam hidup, termasuk maruah diri. Soo Min hanya berpura-pura menjadi sahabat, tetapi sebenarnya selalu berusaha untuk menjatuhkan Ji Won.

Bukan hanya selalu mengumpat di belakang, Soo Min juga terang-terangan membuatkan Ji Won kelihatan menyedihkan. Namun, Ji Won selama ini terlalu polos. Dia tidak marah apabila direndahkan oleh Soo Min, walau sebenarnya dia terluka. Kebiasaan tersebut membuatkan Ji Won jadi pemalu dan selalu merasa rendah diri.

 

3. Ha Ye Ji

cd9dd688 5433 4963 b929 5e9e3207ae2cHa Ye Ji (Bae Geu Rin) adalah ketua geng pembuli dan sangar popular pada zaman sekolah. Dia juga yang selalu membuli Ji Won. Bukan hanya dengan kata-kata kasar, Ji Won juga pernah dicurah susu. Ha Ye Ji membuli Ji Won kerana mendengar cerita sebelah pihak dari Soo Min. Ji Won lama-kelamaan percaya bahawa dia memang tidak sesuai dijadikan kawan dan dia tidak berharga.

 

4. Kim Kyung Wook

c547821c b57c 4d40 a97e 48d83e28ee93Di alam pekerjaan, ada lagi orang yang mahu menjatuhkan maruah dan rasa percaya diri Ji Won. Orang tersebut adalah pegawai atasan Ji Won, Kim Kyung Wook (Kim Joong Hee). Dia selalu memarahi Ji Won dan memalukannya di depan pekerja-pekerja lain.
Kim Kyung Wook sendiri mendapat jawatan kerana dia mempunyai pengaruh dan orang dalam yang membantunya walau sebenarnya dia tidak layan.

Dia tidak pernah melihat proposal atau laporan orang bawahannya dengan bersungguh-sungguh dan hanya ingin memarahi mereka tanpa sebab. Ji Won menjadi salah seorang mangsa Kim Kyung Wook dalam drama Marry My Husband.

 

5. Kim Ja Ok

Marry my husbandKim Ja Ok (Jung Kyung Soon) merupakan ibu Min Hwan dan mertua yang jahat kepada Ji Won. Dia selalu memihak kepada anaknya walau dia tahu bahawa sumber masalah adalah dari Min Hwan. Ji Won selalu disakiti. Kim Ja Ok selalu merendah-rendahkan martabat menantunya itu.

Perbuatan kejam dan jahat lima watak antagonis dalam drama ini benar-benar memberikan kesan yang buruk terhadap Ji Won. Dalam masa yang sama, perbuatan mereka berlima membuatkan Ji Won nekad untuk balas dendam dan tidak takut lagi pada kejahatan dan lebih mempercayai dirinya sendiri di kehidupan kedua.

Jangan lupa tonton episod seterusnya Marry My Husband pada hari Isnin dan Selasa hanya di Prime Video ya!

Baca lagi: Bagaimanakah Versi Webtoon Marry My Husband berakhir? Samakah Dengan Versi Dramanya Nanti?
Baca juga: Marry My Husband dan 6 Drama Korea Lain yang Bertemakan Kecurangan, Penuh Konflik